Selasa, 26 Oktober 2010

"IzinkanKu Ke Syurga"






"IzinkanKu Ke Syurga" Mesti menarik tajuk ini untuk dibaca kisahnya. Tetapi tajuk kisah yang ingin aku kongsi bukan tajuk asalnya.Tajuk asalnya biarlah kalian ketahuai sendiri....


Satu lagi kesah yang pernah dijadikan telemovie/Drama tv bertajuk "Salam Terakhir". Salam Terakhir ditayangkan di saluran "asrto prima". Kisah ini menceritakan hikayat seorang pemuda bernama Salem yang hidup bertarung nyawa melawan penyakit yang dihadapinya "Barah Otak". Salem mengharapkan andai Tuhan menjemputnya biarlah dalam panggkuan ibunya yang tercinta, yang telah terpisah bertahun-tahun lamanya...  Drama yg ditayangkan di tv sudahpun di ubah sedikit jalan ceritanya......untuk mendapatkan mood sila mainkan lagu salam terakhir nyanyian Sudirman....

Salem atau lebih mesra di panggil “Alem” adalah seorang graduan dalam bidang undang-undang dari Universiti Malaya. Salem mempunyai hobi nyanyian tetapi suaranya tak lah sesedap mana (dia menyanyi hanya sekadar hobi dan menghiburkan hati sahaja).Salem yang kini bertugas sebagai Peguam bela disebuah pejabat guaman sering berkaraoke sendirian dirumah.



Salem mempunyai Idola, Alem adalah peminat fanatik Sudirman Hj. Harshad. Alem selalu bersiul lagu-lagu nyanyian sudirman, poster, kaset dan cd Sudirman menjadi koleksi peribadi yang amat berharga.Pendek kata apa pun Sudirman tetap dihati, kerana dia bangga dengan semangat Sudirman menghiburkan tak kira bangsa, agama dan keturunan.

Adik Alem bernama Sulaiman atau lebih mesra dipanggil "Iman" dituduh mengedar ganja yang membawa kepada hukuman mati mandatori. Alem yang bertanggungjawab untuk membela Adiknya sendiri. Alem adalah anak kesayangan Bapanya yang bernama Yasin dan Ibunya yang bernama Azizah.

Yassin terlalu percayakan Iman dan terlalu manjakan Iman, kerana kelahiran Iman memberi sinar kepada keluarga Yassin yang sememangnya hidup susah kini bertukar hidup sederhana, pada mereka itu sudah cukup bersyukur. Yassin dianggap anak pembawa tuah dalam keluarga mereka walaupun Iman seorang yang tidak berpendidikan tinggi. Manakala Aziah langsung tidak membezakan kedua anak lelakinya itu. Kasih sayangnya dibahagikan sama rata kepada ketiga-tiga anaknya. Iman, Suria dan Alem. Yassin sahaja yang terlalu taksub dengan kepercayaan Iman pembawa tuah sedangkan Alem lebih layak mendapat gelaran sedemikian sebenarnya.

Yassin pula amat bencikan Alem kerana Alem gagal membuktikan Iman tidak bersalah. Iman dijatuhkan hukuman mati mandatori kerana dia didapati bersalah mengedar ganja. Yassin amat kecewa dengan Alem yang tidak mampu menyelamat adiknya sendiri.Yassin yang terlalu kecewa sehingga tidak mahu mengaku Alem anaknya lagi dan Alem telah dihalau keluar dari rumah dan bapanya itu 

"bersumpah jika dia balik kekampung halaman dia akan pulang sebagai mayat dan bukan sebagai jasat hidup". Yassin terlalu benci untuk melihat wajah Alem walaupun sesaat.

Aziah yang buta matanya tidak mengetahui anaknya itu diharamkan dari balik ke kampung. Alem difitnah kononnya dia tak balik-balik ke kampung kerana berlagak dengan kerjayanya sebagai Peguam yang handal dan anak yang tidak mengenang budi.

Alem sebenarnya meninggalkan rumah kerana dia telah dihalau oleh bapanya sendiri dan dia juga telah merasa amat bersalah kerana tidak mampu menyelamatkan adiknya sendiri.Alem paranoid dengan keputusan mahkamah kerana gagal menyelamatkan adik kandungnya sendiri.

Alem yang profesional dalam pekerjaannya tidak mampu untuk membuktikan Adiknya tidak bersalah kerana dia sememangnya tahu Iman sememangnya melakukan kegiatan pengedaran dadah, jalan pintas untuk kaya. Sudah banyak kali dia nasihatkan untuk adiknya berubah tetapi adiknya itu tetap berdegil sehinggalah penangkapannya yang membawa kepada hukuman mati. Alem berasa berdosa jika menipu fakta semata-mata untuk membebaskan adiknya itu kerana sudah terang lagi bersuluh kegiatan jenayah adiknya yang berjaya menyorok kegiatan itu dari pengetahuan bapa mereka.Alem sangat sayangkan adiknya itu tetapi malangnya kasih sayang Alem dipandang serong oleh Iman.

Alem amat rindukan Ibunya tapi apakan daya dia diharamkan untuk melangkah ke rumah kedua ibu dan bapanya di Kampung. Alem sesekali dia curi-curi juga pulang untuk melihat ibunya walaupun dari jarak yang jauh. Ibunya yang buta seolah-olah dapat merasakan kedatangan, kepulangan anaknya. Tetapi bila dia cakap pada suaminya, suaminya akan melenting. Alem terpaksa menyembunyikan diri bila terlihat kelibat ayahnya. Ibunya kecewa dan yakin yang anaknya datang melihatnya walaupun dari jauh.

Beberapa hari selepas Iman diumumkan tarikh untuk dijatuhkan hukuman Mati, Yassin yang tidak dapat menerima hakikat telah seolah-olah seperti tidak siuma. Satu kampung dia mengamuk nak memukul Alem bila dia terkenangkan Iman. Habis gambar dan baranagn Alem dibakar oleh ayahnya.

Alem tidak tahu apa yang telah berlaku di Kampung kerana dia tidak berani balik.Suria juga merahsiakan sikap Yassin dari pengetahuan Alem.

Di Kuala Lumpur dia tinggal bersendirian dengan penuh rasa bersalah. Alem seorang yang ceria bertukar menjadi seorang yang murung. Perubahan perwatakan Alem disedari oleh tunangnya yang bernama Zulaikha atau “Ika”. Ika bertugas sebagai jururawat di Hospital.

Alem membuat kejutan, setelah berfikir masak-masak, dia mengumumkan yang dia mahu meletakkan jawatan sebagai peguam dan ingin menjadi ahli sukarelawan dirumah kanak-kanak Harapan.

Keputusannya itu dibuat setelah dia mendapat tahu dia disahkan mengidap kanser otak. Dia memilih untuk menjadi sukarelawan di Rumah Kanak-Kanak Harapan kerana dia terlalu sukakan kanak-kanak dan bersimpati dengan nasib mereka. Disana Alem yang murung bertukar ceria, dia menjadi seperti penghibur,pelawak dan terlalu rapat dengan para pesakit. Pada Fikiran Alem menghiburkan orang membolehkan dia melupakan kisah pahitnya. Gelak ketawa orang ramai terutamanya kanak-kanak akan membuatkan Alem merasa lapang hati.

Ika pada mulanya tidak bersetuju tetapi demi untuk melihat tunangnya kembali ceria, Ika terpaksa Akur. Ika merasa pelik bila Alem suka menghabiskan wangnya untuk menceriakan kanak-kanak, seperti membeli mainan dan pakaian kepada kanak-kanak yaang mengidap kanser serta sesiapa sahaja yang mengidap kanser pasti dia Alem akan hulurkan derma dan bantuan wang ringgit dan tenaga.

Ika mula merunggut kerana duit simpanan Alem bukan semakin bertambah malah semakin berkurangan. Alem lebih suka bersedekah dan menderma. Alem seperti terlupa yang mereka perlukan banyak wang untuk berkahwin nanti.Alem ada hantar duit ke kampung tetapi bapanya selalu membuang duit pemberian Alem jika terjumpa surat yang dikirimkan oleh Alem. Duit yang dipos dalam bentuk money oder.

Alem selalu menyanyikan lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Sudirman disetiap kali bersama-sama kanak-kanak. Hanya sekadar menghibur jika ada kanak-kanak yang menangis menahan sakit. Lagu yang sering dia nyanyikan adalah lagu-lagu yang mengembirakan dan ceria, contohnya lagu “Basikal Tua”, “Horey-Horey”, “Chow Kit Road”, “bercandar Di Pasiran Pantai”. Alem akan buat lawak sehingga membuatkan kanak-kanak dan pengidap kanser ketawa terbahak-bahak dengan suaranya yang pitching hancur tetapi melucukan dengan persembahannya yang bersahaja nampak macam orang yang tidak ada masalah. Alem memegang teori yang mengatakan “KETAWA ADALAH PENYEMBUH KESAKITAN”.

Alem selalu mendapat berita dari kampung melalui SMS,telefon,Email dan Chatting dengan Adik perempuannya sahaja. Alem hanya mampu untuk melepaskan rindunya kepada ibunya dengan menatap wajah ibunya melalui Web Cam semasa Chatting. Ibunya pula hanya mampu memegang monitor, ini amat menyedihkan Suria melihat ibunya yang buta itu bercakap dihadapan komputer seolah-olah itu adalah Alem, mereka berkomunikasi dengan menggunakan earphone dan microphone semasa berchatting, Alem menatap wajah ibunya hanya melalui web cam. 

Segala perbuatan dua beranak itu tidak diketahui oleh Yassin sehinggalah suatu hari Yassin dapat tahu perbuatan mereka berdua, sehingga menyebabkan komputer milik Suria habis dirosakkan oleh Yassin. Handphone milik Suria juga dirampas oleh Yassin.Selepas peristiwa itu Alem terputus hubungan sementara dengan suria dan ibunya buat seketika. Tetapi kadang kata Suria akan mencuri-curi ke cyber cafe untuk berhubung dengan Alem.Alem ada memberitahu yang dia akan berkahwin tidak lama lagi. Ibunya dan suria amat gembira.

Hari perkahwinan Alem dan Ika semakin hampir. Ika telah menyiapkan pelbagai persiapan, tetapi Alem seperti tidak ceria dengan majlis perkahwinan walaupun dahulunya dia amat teruja. Tetapi kini Alem selalu melenggah-lenggahkan persiapan.

Dikampung Suria dan Ibunya tidak sabar untuk ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perkahwianan Alem. Tetapi Yassin yang dapat tahu mereka akan pergi ke Kuala Lumpur terus menghalang dengan pelbagai perkara. Seperti mengoyak kad jemputan perkahwianan, membuat tiket bas yang telah dibeli, membakar baju dalam bag yang bakal dibawa serta merampas duit dari membolehkan Suria dan Ibunya ke Kuala Lumpur.

Alem yang yang masih merahsiakan penyakitnya tidak mampu untuk memujuk Ika yang kini telah merajuk dan menghilangkan diri buat sementara waktu, beberapa hari sebelum majlis perkahwinan. Alem sebenarnya mahu meluahkan masalah sebenarnya tetapi dia belum sempat berbuat demikian Ika telah merajuk dan tidak mahu bertemu dengannya. Handphone pun dia tutup. Alem sebenarnya tak sampai hati nak beritahu perkara yang sebenarnya seteleh melihat persiapan yang telah Ika lakukan, Alem serbasalah antara nak berteus terang atau tidak. Tetapi setiap kali dia nak berterus terang pada Ika status kesihatannya,ada sahaja halangan.

Alem yang masih mahu menceriakan pesakit kanser, masih meneruskan kerja sukarelanya walaupun dia mengalami masalah peribadi dengan Ika dan bapanya, bukan itu sahaja dia juga berperang melawan kanser di kepalanya. Dia terus menghiburkan kanak-kanak pengidap kanser. Semua kanak-kanak gembira bertepuk tangan setiap kali Alem ada. Alem kelihatan ketawa tetapi mengalirkan air mata. Ketawa dalam tangisan.

Sehinggalah satu perkara yang tidak pernah dia nyanyikan ialah lagu sedih. Entah kenapa seolah-olah seperti dia tahun ajalnya telah tiba, Alem memilih untuk menyanyikan lagu “Salam Terakhir”. Tetapi lagu salam terakhirnya itu tidak dinyanyikan dihadapan pesakit lain, dia nyanyikan lagu “Salam Terakhir” seorang diri di ward kosong dimana seorang budak yang sering dia hiburkan telah mati pada haari sebelumnya.

 Dia mahu tujukan lagu itu kepada Ika. Ika yang masih tidak mahu menjawab panggilan Alem. Alem terpaksa merakamkan Voice mail di handphonenya sambil menyanyikan lagu “salam terakhir”. Seorang budak Jimy  juga pengidap kanser melihat segala yang dilakukan oleh Alem, budak itu tahu yang Alem juga senasib dengan mereka. Budak itu memberanikan diri bernyanyi bersama-sama dengan Alem di atas katil. Budak itu sempat menyapukan air mata Alem dengan bajunya. Alem senyum sambil mengalirkan air mata melihat perbuatan budak lelaki itu.

Ika yang tergerak hati untuk membuka “on” handphonenya dalam perasaan marah-marah sayang, kemudian dia menerima Voice Mail dari Alem lalu mendengarnya. Ika merasa pelik dan risau kenapa Alem berbuat demikian. Ika akhirnya menghubungi Alem tetapi malangnya Alem pula tidak menjawab panggilan. Ika kemudian menyemak SMS. Dia dapati Alem ada menghantar SMS mengatakan yang dia akan bertemu dengan orang yang dia paling sayang dan cintai iaitu ibunya dan Suria buat kali terakhir sebelum dia berkahwin.

Ika mula merasa cemburu.Ika salah faham.

Ika tak tahu yang Alem masih ada ibu dan Adik bernama Suria. Ika ingat Suria itulah kekasih Alem yang selalu Alem tersasul menyebut nyama Suria bila keluar dating dengan Ika. Yang Alem pula merahsiakan siapa ibunya dan siapa Suria untuk mengelakkan Ika dan keluarga Ika ingin bertemu dengan keluarga Alem, Jika Alem memberitahu yang dia sebatang kara proses pertunangan lebih mudah, kalau Ika tahu Alem masih ada keluarga pasti Ika nak jumpa Ibu dan Bapa Alem sedangkan Alem tak boleh menjejakkan kaki ke rumah bapanya lagi.


Ika kecewa seolah oleh dia tidak diperdulikan lagi, merasa ditipu dan merasa hatinya dipermainkan. Ika terpandang cincin pertunangan dijarinya, Kemudian Ika bergegas kerumah Alem dengan niat untuk menghantar semula cincin pertunangan.

Bila Ika sampai dirumah Alem, jiran Alem memberitahu yang Alem telah lama keluar dari rumah semenjak semalam, yang peliknya jiran Alem menyerahkan kunci kepada Ika. Ika pelik kenapa Alem berbuat demikian, Ika masuk kedalam rumah, bila dia masuk dia terjumpa sampul ubat dan botol ubat diatas meja makan. Kelihatan seperti Alem tergesa-gesa mahu keluar rumah/terlupa nak simpan semula – orang dah buat tabiat memang macam tu.

Ika melihat botol ubat itu satu persatu dan dia telah menghubungi rakannya melalui telefon bertanyakan apakah jenis ubat yang dimakan oleh Alem. Rakan Ika yang bertugas sebagai ahli Farmasi memberi tahu ubat yang ditanya oleh Ika sebenarnya ubat penahan sakit dan ubat mengurangkan merebaknya penyakit kanser. Barulah Ika tahu yang Alem mengidap penyakit kanser.

Patutlah selama ini Alem suka mengembirakan pengidap kanser, dia juga selalu menceriakan orang lain dan dirinya dengan gelak ketawa kerana dia mahu mengurangkan rasa sakitnya. "ketawa penawar duka". Pada pemikiran Alem, dia hanya mahu beramal dan menceriakan golongan senasib dengannya, duit bukan boleh dibawa kemati, segala wang simpanan, Kwsp dan saham unit trust telah dia tukar nama kepada emak dan adiknya.

Ika kemudiannya memunggah bilik Alem jikalau terjumpa alamat kampung halaman Alem. Ikaan nak ke kampung halaman Alem.


Alem meletakkan jawatan sebagai peguam bukan semata-mata kerana kecewa dengan masalah kegagalan menyelamatkan Adiknya dari hukuman gantung atau kecewa dengan sikap bapanya tetapi dia mahu menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan kebajikan dan mengembirakan orang lain kerana dia tahu yang dia mengidap kanser otak yang hanya mampu bertahan 6 bulan sahaja lagi tetapi dia tak sanggup untuk memberitahu kepada mereka yang dia sayang kerana tak nak mereka bersedih atau risau. 

Pada Alem wang bukan segalanya Cuma yang dia kesalkan dia tidak dapat bertemu dengan ibu dan adiknya serta memohon maaf dengan bapanya yang mengidap tekanan jiwa dan masih marah kepadanya. Impian Alem jika dia pergi menemui ilahi, biarlah di pangkuan ibunya.


Alem kini tiba di perkarangan rumahnya dikampung, dia bertemu dengan Ibu dan Adiknya Suria, Ibunya amat teruja dengan kedatangan Alem, Ibunya memasak segala makanan kegemaran anaknya itu maklumlah dah bertahun-tahun tak jumpa. Tidak lama kemudian, semasa dimeja makan, belum sempat Alem nak menjamah makanan masakan ibunya itu, Yassin pulang dan terus mengamuk. Pada malam itu juga Alem ditendang keluar dari rumah, Alem langsung tak melawan kerana dia tidak mahu menderhaka, tangannya sukar untuk dilepaskan oleh ibunya yang merayu-rayu pada suaminya supaya jangan menghalau Alem.

Alem ditendang keluar, pintu dikunci rapat, emak dan Suria tak berani nak melawan. Alem nekad untuk tidak balik ke Kuala Lumpur, pada malam itu dia hanya bermalam di pangking dibawah pokok berhampiran rumah. Alem berharap esok pagi dia dapat restu dari bapanya tentang perkahwinannya itu nanti.

Pada sebelah malam, Alem diserang sakit yang teruk, maklumlah tidur diluar sejuk dan berembun.

Pada keesokan paginya Yassin keluar dari rumah dan kemudiannya menaiki motorsikal,tidak nampak Alem terkujur kaku di pangking bawah pokok. 

Suria yang kebetulan keluar untuk menyidai kain ternampak abangnya itu tidur, Suria yang teruja terus menjerit memanggil nama ibunya. Ibunya yang buta dan duduk dimeja makan mengadap lauk-pauk yang masih belum terusik.

Bila Ibunya mendapat tahu yang Alem masih ada dan tidur di pangking bawah pokok, Ibunya mengambil makanan kegemaran untuk dibawa ketempat Alem tidur. Manakala Suria sibuk masak air nak buat air panas.

Ibunya yang tak nampak hanya meraba-raba tetapi dia tahu jalan ke pangking itu, berjalan sambil senyum memagang lauk kegemaran Alem. Ibunya mengosok kepala dan membelai rambut anaknya supaya anaknya itu bangun makan. Ibunya dapat merasakan tubuh Alem telah sejuk, dia menjerit memanggil Suria dapatkan kain selimut.

Seketika kemudian suria melihat Ibunya menangis sambil meriba Alem. Ibunya dapat merasakan Alem telah tiada. Tangan Suria yang memegang air kopi panas dan kain selimut telah terlepas dari pegangannya dan terjatuh terkejut melihat Alem kini telah menjadi mayat.

Tidak lama kemudian Ika sampai dengan memandu sendiri dan berhenti di hadapan rumah itu. Kemudian Ika terpandang Suria, Ibu Alem sedang menangis sambil memangku kepala Alem.

2 ulasan: