Selasa, 19 Oktober 2010

Perjalan dari Bintulu, LCCT, Alamanda Putra Jaya, ke Sepang

Lepas layan lagu Senyumlah Kuala Lumpur nyanyian Allycat... teringat kenangan masa aku singgah KL masa nak balik kampung 29/30 Oktober lepas....


                                                        (AirAsia Penyelamat Ku)

Akhir bulan September awal bulan oktober lalu aku buat kali pertama dalam tahun 2010 aku balik kampung. Percutian aku itu sememangnya telah dirancang awal2, borong permohonan cuti telah di hantar bersama dengan borang permohonan waran tiket penerbangan 3 minggu sebelum tarikh berlepas. Aku ingatkan semuanya berjalan lancar tetapi 3 hari dekat dengan hari aku nak berlepas . aku dimaklumkan waran tiket aku belum dibuat oleh pihak yang bertanggung jawab!! (Malaslah aku nak ceritakan kenapa terjadinya masalah itu) Ingatkan nak balik cuti guna wang Syarikat tetapi terpaksa megeluarkan duit sendiri. Bila guna duit sendiri untuk beli tiket last-last minit, faham-fahamlah harganya…“Mahal gile”. Pada mulanya niat untuk bercuti dan balik kampung ingin aku batalkan hasratnya…

Tetapi disebabkan rasa rindu akan kampung serta keluarga terutamanya ibu tercinta, harga tu bukan jadi penghalang. Yalah, kalau aku batalkan cuti nak balik kampung…nanti rasa ralat pulak hati ibu dan keluarga aku. Kerana mereka mengharapkan kepulangan aku. Tiba hari nak berlepas 29hb September 2010 penerbangan dari Bintulu ke Kuala Lumpur aku dihantar ke Airport Bintulu oleh kawan serumahku “ Hamidi” tepat jam 1830hrs aku diterbangkan ke Kuala Lumpur bersama pesawat Air Asia. Selama tempoh 3 jam kurang lebih aku selamat mendarat di Terminal LCCT KLIA.
Buat kali pertama dalam tahun 2010 kaki ku menginjak bumi Kuala Lumpur. Perasaan gembira serta rindu pada keluarga semakin menyala-nyala. Tetapi pada malam tu kena bermalam di Sepang dahulu kerana penerbangan aku untuk ke Kota Bahru ke esokkan harinya. Mujurlah pada malam tu kawan aku “ Didy” tak bekerja bolehlah dia datang ambil aku di LCCT dan aku tumpang tidur rumahnya untuk satu malam. Pada mlam itu memandangkan aku dah setahun aku tak meronda Kuala Lumpur. Maka dengan itu Didy pada malam itu telah menjadi pemandu untuk membawa aku meronda pusing di Putra Jaya dan sekitar Sepang je. Maklumlah hari dah malam hari dan pagi besok pulak penerbangan untuk Kota Bahru.

Tapi malam tu banyak cerita menarik dan kelakar yang aku dengan Didy lalui. Kita orang memang satu kepala dan gila-gila. Si Didiy pada malam tu boleh dia buat lawak seram, yang lawaknya dia datang ambil aku kat Airport dengan kereta tak bawak lessen memandu!!! Yang seram pulak malam tu JPJ buat RoadBlock dkt simpang LCCT AirPort nak keluar jalan utama. Adoy…adoy!!! Didy, kenapalah aku boleh jumpa kawan macam dia. Untuk menjadi cerita tu lebih menarik dia suruh pulak aku pandu kereta tu melimpasi JPJ yang bertungkus lumus menjalankan kerja pada malam tu. Nasiblah aku ada lessen, kalau tak… dapat dapat surat cintalah malam kami orang pada malam tu.

Aku ni yang tak pernah bawak kereta kat kawasan tu dah jadi macam “ Rusa Masuk Kampung” tak tahu arah dan jalan mana nak aku lalui. Si Didy pulak kira jadi pemandu pelancong dan memberi tahu arah jalan yang sepatutnya dilalui. Maka tibalah kami di tempat JPJ buat RoadBlock tu, aku perlahankan kereta dan dengan rasa rendah dirinya menurunkan cermin tingkap kereta untuk menunjukan rasa hormat kat anggota-anggota JPJ yang bertugas pada malam itu. Tetiba lagu nyanyian Dato’ CT terngiang-ngiang di telinga “ Budi Bahasa Budaya Kita”. Walaupun dalam diri aku dah gabra seribu selawat aku baca dalam hati. Yang peliknya malam tu aku ada lessen, aku pandu kereta tapi kenapa aku pulak rasa takut?? Yg tak bawa lessennya budak Didy, dia pun tak pandu kereta. Kalau kena tahan JPJ mintak lessen pun aku boleh beri dah sah-sah kami berdua selamat. Yang aku rasa takut dan buat muka cover slumber tu kenapa erkkk?? Masa tu pun Didy tak tahu yang aku tengah gabra.
Lepas jer melepasi RoadBlock tu tak beberapa jauh kita tukar pemandu, aku suruh Didy yang pandu kereta tu. “Gila, kau!!” nak suruh aku pandu, wey tu KL lah bukan Bintulu mahupun kampung aku. Kalau aku yang pandu alamatnya tak tahu alamatlah jawabnya.

(Alamanda Putra Jaya)



Si Didy pandu kereta dan kami menuju ke Alamanda Putra Jaya untuk memonton wayang filem “MAGIKA”. Malam tu aku yang belikan tiket wayang sebab budak Didy tu dah belanja aku makan kat FoodCourt LCCT serta tuang minyak kereta. Tayangan filem Magika tu jam 12 malam lebihlah jadi kami masih ada satu jam sebelum filemtu di tayangkan. Aku dengan Didy pergilah masuk pusat karaoke dekat Alamanda tu juga. Alah nak isi masa yang ada sebelum masuk panggung. Pada mulanya aku memang malu nak menyanyi, tahulahkan suara aku bukan sedap sangat pun. Tetapi bila dah terdengan suara-suara sumbang dalam pusat karaoke tu aku terpanggil untuk turut menyumbangkan suara sumbang ku pada malam itu. ( Karaoke 4 bintang tau!! Bukan karaoke jamban tapi bilik yang boleh muatkan 8 org)
Aku dan Didy pun apalagi terus balaunlah lagu yang hits, Mencari jodoh, Kekasih Gelapku, Sebelum Cahaya dan banyak lagilah. Walaupun pitching ke laut, key lari, nada flat, melodi sesekali hancur yang penting kami happy. Dah cukup masa dan habis kering suara aku dan Didy keluar dan pergi ke tempat panggung wayang tu. Ingatkan dah lambat, tgk ramai yang masuk, kami dengan yakinnya pergi menghapiri budak yang jaga pintu masuk tu tunjukkan tiket wayang. Fuhh!! Nasib baik belum di panggil masuk lagi maka aku dengan Didi duklah melepak-lepak ruang lega panggung wayang itu. Masa tengah lepak-lepak kat situ, aku tengok banyak jugak budak-budak muda (student) nyang datang tgk wayang lewat-lewat malam, sangkaan aku mereka pun nak tengok Magika jugak kut!! Mereka semuanya nampak baik-baik jer muka. Yang perempuan ada bertudung yang lelaki terpacar sinar diwajahnya anak-anak emak. Ni mesti kat kampung dia orang tak mungkin pernah kelauar lewat malam dan balik larut malam. Dan bila berjauhan dari kelaurga ibu dan ayah, time nilah mereka tunjuk sifat yang tersimpan dalam diri mereka sebenarnya. Tak kisahlah kalau mereka datang nak tengok wayang daripada duk merempit mahu pun pergi ke pusat-pusat disko tu. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang datang tengok wayang yang di buat oleh KRU tu.


(Filem Magika)


Tibalah masa kami dipanggil untuk masuk ke panggung. Sangkaan aku betul, budak-budak yang aku tgk kat luar tadi masuk mengisi kerusi-kerusi kosong dalam panggung tu. Hampur 1/3 jer kerusi di penuhi yang selebihnya kosong. Cubalah pihak panggung wayang tu berikan harga murah untuk tayangan larut malam mesti penuh punya kerusi-kerusi dalam panggung tu. Apa-apa pun aku teruja sangat nak tengok buah tangan Edry KRU Filem Muzikal “Magika” yang mendapat tajaan promosi besar-besaran dari “Celcom”. Pembukaan filem menarik, dengan nyanyian oleh watak orang bunian yang dilakonkan oleh pelakon Pontianak Harum Sundal Malam “Maya Karin” . Maya Karin dalam filem tu, perghhhhhh…. cun gila!!! Yang aku hairan kenapa semua yang jadi orang bunian tu semuanya muka serupa je…semuanya Maya Karin. Bagi aku idea tu tak masuk akal. Buatlah Maya Karin tu puteri bunian sedang bermain dengan dayang-dayangnya. Kalau semuanya muka sama nanti masalah jadinya….banyaklah kelemahan dari segi penceritaan dalam filem ni. Harapkan CGI jer gempak gile!! Lakonan “Mawi” juara af 3 melakonkan watak Badang, keras macam kayu. Tetapi menarik sedikitlah untuk watak Mawi dia kena berambut panjang. Nak bandingkan lakonan Mawi dengan watak tiga batang pokok tu rasanya lebih baik watak 3 batang pokoktu.
Dan ada lagi beberawa patak menarik, tetapi haruslah diperhalusi lagi setiap kareater watak-watak dalam filem tu. Begitu juga jalan cerita haruslah diolah lagi. Kaitkan setiap watak dengan watak utama “Ayu dan Malik” ada beberapa watak yg keluar tak ada kena megena dengan watak utam. Banyak yang lagi yang boleh diceritakan dalam filemtu. Filem Magika membaiskan pelakon-pelakon dan artis-artis yang mempunyai nama dalam industry Malaysia. Malaslah aku nak sebut siapa mereka. Nak tahu pergilah tengok!!! Apa aku boleh kata CGI memang gempak gile!!! Kelakar tu adalah, Aku berikan 3 bintang untuk jalan cerita 5 bintang untuk CGI dan 4 Bintang untuk susunan muzik dan lagu dalam filem Magika yang tiada magicnya

Habis jer tengok Magika, aku dan Didy terus nak balik rumah. Sebab hari dah masuk awal pagi. Esok aku kena bangun sebab penerbangan aku jam 11 pagi, jika aku tak silaplah. Aku pun dah lupa maklumlah dah 2 minggu berlalu. Yang menarik lagi time nak balik kerumah lepas menontong wayang, si Didy buat lawak sedih. Ada ke patut dia ingat-ingat lupa jalan dari Alamanda nak balik kerumahnya. Maka kami berdua pusinglah lebuh raya sekitar Putera Jaya tu. Last-last Didy ambil jalan pergi ke KLIA semula dan mulakan jalan dari KLIA ke rumahnya. Nasib baiklah tiada polis buat sekatan jalan raya mlam tu..kalau tak habislah sebab Didy bawa aku meronda dengan memandu tanpa lessen!!!! Dengan keletihan, gembira dan kelakar kami sampai kerumah sewa Didy. Aku dengan Didy masing-masing tertidur dalam perbualan masing-masing. Dan esok paginya aku di hantar ke Terminal LCCT KLIA oleh Didy!!

Apa yang aku lalui malam itu dengan Didy menjadi sebahagian cerita kelakar, manis dan gembira dalam sejarah hidup aku...andai aku membatalkan niat nak balik kampung tempoh hari adakah semua kenangan kelakar, manis dan gembira ada tercacit dalam sejarah hidup aku??? memang benar ada perkara yang di rancang jika tanpa keizinan Allah pasti ianya tidak berlaku.... dan ada sesetengah perkara yang tidak di rancang ianya berlaku jika mendapat keizinanNya... "segala-galanya telah tercatit dalam diariNya dan hanya dia yang dapat mengubah catitan diariNya itu"

*Walaupun semalam sahaja singgah di KL, kenagngan yang kelakar, manis tu aku ingat selama-lamya. Terima kasih Didy serta tuan rumah Zul, isteri dan anaknya kerana sudi menumpangkan aku bermalam dirumah kalian. Dan Didy aku berikan kredit untuk kau...... TAMAT

2 ulasan:

mangsibersamajabatanku berkata...

Akhi...ko patut kasi tittle tu HARI INI DALAM SEJARAH! hahah!

Akhi Othman berkata...

hahahahahahahahahahaha......baca post2 lain gak