Jumaat, 22 Oktober 2010

"Hero"

Hero, dialah hero pada aku. Hero itu yang aku maksudkan ialah sesorang yang yang bersemangat waja.  Seseorang yang bertanggung jawab. Dirinya tidak gentar melawan badai, menongkah arus, membelah lautan, mencabar ribut. Dia tak pernah kenal erti penat mahupun lelah. Selagi kudrat keratnya mampu dianggkat, dihayun selagi itulah dia terus bekerja. Walaupun bahang mentari membakar belulangnya(Kulit), titisan keringat membasahi bumi dia tetap merobek lautan untuk mencari khazanah yang tidak pernah habis berkurun lamanya. Dikala bumi hampir penghujung senja.

Hero itu adalah ayahku seorang nelayan, Othman Bin Omar. Dialah tunjang pohon keluarga aku, dialah yang memayungi kami melindungi kami. Walaupun hidup susah  kami sekeluarga seharipun tidak pernah kelaparan. Bagi aku sudah cukup apa yang disediakan. Ayah aku bukan seorang ilmuan tetapi  dia mengerti akan pentingnya ilmu.

Disuruhnya anak-anaknya belajar.  Pesannya kepada kami beradik “ tiada harta lain yang mampu dia berikan kecuali ilmu”. Tetapi aku ketika peasan itu disampaikan  hidup dalam kelalian. Tidak pernah megambil peduli akan nasihat itu. aku  hidup dalam dunia ku. Akhirnya kini aku terfikir akan kebenaran dan maksud pesanan yang disampaikan. Tetapi sudah terlambat, aku khilaf dan akhirnya kecundang.

Tetapi ayah aku tidak pernah membuang aku walaupun aku kecundang. Diserunya semangat pada aku. Satu ketika yang lemah kucundang kini aku bangkit teguh berdiri atas robohan dahulu. Menjadi seorang yang lebih berguna seperti sekarang. Hidupnya aku sehingga  saat ini semuanya hasil usaha serta pengorbanan yang tidak pernah pupus dalam dirinya walaupun aku pernah kecewakan dirinya. Tiada dendam dihatinya. Melainkan kasih dan doa yang terbaik untuk anak-anaknya. Ayah aku amat berbangga menjadi anak mu. Ayah aku sayang kau.

Aku tidak dapat banyangkan sekiranya Tuhan menggudang mu, suatu hari nanti mampukah aku menerima kententuan itu.  Setiap pengorbananmu member inspirasi pada diri aku untuk terus melangkah selagi bumi berpaksi.  Usaha dan pengorbanan yang dia lakukan ketika dahulu kesannya dapat dilihat garis-garis usia pada wajahnya. Ayah engkaulah HERO ku. 

Tiada ulasan: