Rabu, 20 Oktober 2010

"Karma Dunia"

KARMA itu bermaksud perbuatan yang meliputi semua jenis kehendak dan maksud perbuatan, yang baik maupun yang buruk, lahir atau batin dengan pikiran kata-kata atau tindakan. Makna yang luas dan sebenarnya dari KARMA adalah semua kehendak atau keinginan dengan tidak membeda-bedakan apakah kehendak atau keinginan itu baik (bermoral) atau buruk (tidak bermoral).

Karma Dunia disini yang aku maksudkan, tentang manusia yang mempunyai sifat sebagai mana maksud KARMA itu, yang gila kuasa dan bermegah-megah dengan apa ada padanya. Manusia itu tak perlu aku nayatakan siapa dirinya. Aku tahu kuasa miliknya tetapi dia harus sedar kuasa itu hanya pinjam buat dirinya. Aku bukan takut pada dirinya mahupun kuasanya, tetapi rasa hanya ada perasaan rasa hormat sesama khalifah di muka bumi ini.

Sebalik dirinya merasakan orang sekelilingnya takut akan kuasa yang ada pada dirinya. Bila perasaan menguasai diri maka Karma Dunia menjadi kesukaannya. Lumrah dunia ada yang kuat pasti ada yang lemah. Tetapi bila yang kuat bertemu yang kuat maka jadilah sengketa. Masing-masing mahu menunjukan siapa yang salah siapa yang benar.

Perlukah sengketa dan karma dunia dalam kehidupan manusia??  Kawan aku sering berkata “jangan biarkan diri kita dipersenda”. Ya ada benarnya  kata mereka, tetapi bukan dengan cara sengkata. Biarlah dirinya hanyut dengan kuasa yang ada. Tak perlu melawan jika hasilnya tidak kemana. Mengalah tidak bererti kalah, adakalanya kita mengalah untuk kemenagan. Begitu juga diam tidak bererti kita salah, dengan berdiam juga ada kebenarannya.

Tak ada yang akan abadi di dunia, tiada yang akan menogkat langit dengan kuasa yang ada dan tidak perlu mendabik dada. Usah kita takut dengan karma dunia, ianya hanya sementara. Karma Akhirat semua akan merasa melaikan yang beriman terlepas darinya.

Aku harapkan dia sedar dari ketaksuban kuasa "Karma Dunia "yang ada padanya itu

Tiada ulasan: