Rabu, 20 Oktober 2010

“Ku Intai Cinta Dalam Rahsia”


Mesti kalian terfikirkan akan lagu Jaslina Hashim yang pernah menjadi Hits suatu ketika dahulu. Tajuk ku intai cinta dalma rahsia memang sesuai untuk orang-orang persis diri aku, yang menanti cinta dari jauh daripada seseorang. Mengapa keadaan sedemikian wujud pada diri aku. Adakah aku terlalu pengecut untuk meluah rasa cinta terlebih dahulu pada seseorang?? Atau aku hanya mampu mengintai cinta dalam diri seseorang secara rahsia?? Aku sendiri tidak ketahui akan  sebabnya. Mungkin sebabnya ada di baris-baris bawah.

Seumur hidup aku, Sejarah cinta mahupun kisah cinta tidak pernah terukir indah seperti manusia-manusia lain. Andai satu hari kelak jika kisah cinta terukir dalam hidup aku, akan aku pastikan setiap ukiran-ukiran yang terhasil itu tidak menjadi goresan luka dan meninggalkan parut yang sukar untuk aku hilangkan.

Aku menjadi manusia yang mengintai cinta dalam rahsia di sebabkan rasa kecewa yang pernah menyinggah lamanya dalam hidup aku. Perasaan kecewa lebih hebat kesannya berbanding perasaan jatuh cinta. Kini perasaan kecewa itu telah aku kuburkan bersama-sama pusara cinta yang dahulunya.

Dan hari ini aku takut untuk menukarkan persahabatan menjadi cinta. Kerana aku lebih suka persahabantan daripada bercinta. Walaupun kini “Ku Intai Cinta Dalam Rahsia”  pada seseorang.

Dahulu diri aku mudah untuk mengaku ku cinta, aku mudah untuk menerima mahupun memberi cinta. Kini semuanya telah berubah, aku tidak mudah dincintai, aku tidak mudah untuk mengaku ku cinta dan aku kini juga tidak mudah jatuh cinta.

Atau dengan adanya “Ku Intai Cinta Dalam Rahsia” akan mengubah hidup dan diri aku nanti. Semuanya terserah pada yang maha Pencipta. Dia yang menciptakan setiap perasaan dalam diri kita.  Aku rasakan diri kalian juga  “Diintai Cinta Dalam Rahsia” oleh seseorang serta kalian juga sedang “Mengintai Cinta Dalam Rahsia”
                         
“KU INTAI CINTA DALAM RAHSIA”

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kadang2 berahsia lagi bagus.. tak lah kecewa sangat...

Akhi Othman berkata...

atas penerimaan diri masing2