Selasa, 19 Oktober 2010

Langsainya Hutang Rindu

30hb Sep 2010: Setelah flight tambang murah AirAsia dari LCCT mendarat di Airport Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, KB.

(Airport Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa KB)

aku berasa bersyukur kerana semuanya selamat. Sebelum flight mendarat dan ketika berada di ruang udara Kota Bharu, aku dapat melihat pemandangan yang telah setahun aku tinggalkan. Rasa rindu dan tidak sabar untuk memeluk dan mencium tangan Ma dan Pa aku semakin melonjak-lonjak dalam diri ketika  itu. Sebaik sahaja flight itu selamat mendarat dan seperti kebiasaan flight belum sampai dan berhenti di tempat yang sepatutnya, bila sahaja lampu isyarat pasangkan tali pinggang keledar dimatikan semua penumpang macam diberi suntikan antibody semuanya terus bangun dan membukak ruang penyimanan untuk mengeluarkan barang masing-masing. Masa itulah aku terfikir kenapa mereka nak tergesa-gesa sedangkan flight dah sampai. tak perlulah nak berebut-rebut untuk turun dari flight...biarkan yang orang dekat dengan pintu turun dulu dan tak payahlah nak berasak-asak semuanya dapat turun. Sah-sah pintu flight tu ada dua jer satu belakang dan satu lagi hadapan. Jadi aku macam biasa biarkan si mereka-mereka yang terujan serta tak sabar turun dari flight dan aku bila dah susut sikit orang barulah aku turun...

Perasaan gembira dan rindu masih menyelinap dalam diri aku. Sebaik sahaja keluar dari balai ketibaan, aku tak nampak akan kelibat Ma dan Pa aku. Aku mencari-cari takut mereka tersorok dari pandangan mata ku. Ya benar Ma dan Pa aku tak ada pada masa itu, kerana mungkin mereka belum sampai lagi kut... aku menunggu mereka di perkarangan luar airport itu, sedang asyik melayan perasaan dengan kenangan semalam di KL yang kadang kala membuat aku bersenyum sendiri. Deringan telefon mengejutkan aku dari lamunan itu, pangilan itu dari Pa aku. Aku menjawab dan bertanya di mana mereka berada? Pa aku memberitahu mereka baru sampai di airport dan berada di kawasan tempat letak kereta. Aku memberitahu tak payah datang ke kawasan bangunan terminal, biar aku yang pergi kesana berjumpa dengan mereka. Talian telefon aku matikan, menuju laju langkahku untuk pergi ke sana untuk berjumpa dengan mereka.

Sebaik tiba di kawasan letak kereta, dari jauh kelibat Ma dan Pa aku dapat aku kenali. Mereka melambai-lambai tangan mereka untuk memberi isyarat dimana mereka berada. Kelihatan mereka bukan datang berdua tetapi berempat, meraka datang membawa bersama dua orang anak buah aku Esha dan Anis masing-masing berumur 4 tahun dan 6tahun. Kali terakir aku melihat kedua buah anak buahku bulan 9 tahun lepas. Begitu juga Ma dan Pa aku mereka berdua tiada yang berubah masih sama, aku terus bersalam dan mencium tangan mereka. Perasaan rindu telah terubat tetapi tiba-tiba perasaan sedih menyelinap masuk kedalam hati ku. Aku terasa sebak keran masih berpeluang melihat senyuman manis yang terukir di raut wajah tua mereka berdua. Aku juga berasa sebak kerana berpeluang bersalam dan mencium tangan mereka yang masih hangat terasa.
Walaupun kesempatan bersalama pada pagi Syawal tidak dapat aku rasai, kerana aku dak dapat balik bercuti untuk Syawal tahun ini. Terima kasih Tuhan, kerana masih berikan aku peluang untuk merasakan perasaan itu pada hari tu.

Kami berlima menaiki kereta Produa Myvi yang dipandu oleh Pa aku dan terus membawa kami meninggalkan kawasan airport itu. Dan yang pastinya aku akan datang kembali kesana beberapa hari lagi. Akhirnya pada hari itu hutang rindu yang aku tanggung selama setahun sudahpun langsai.

“Malaslah aku nak layan sedih tu panjang-panjang nanti org yang baca pulak mengalirkan air mata.”

note: '10 hari aku berada dikampung'

Tiada ulasan: