Selasa, 19 Oktober 2010

"Kamu Bila Lagi????"

(Belum Tiba Detiknya)
Kamu bila lagi???  Satu pertanyaan setiap kali akan aku kedengari bila berjumpa dengan kawan-kawan Ma aku semasa balik ke kampung tempoh hari. “Kamu bila lagi?” merujuk kepada pertanyaan yang membawa maksud bila aku nak mengakhiri zaman bujang… hahahaha aku hanya mampu ketawa dalam benak hati ku. Perkahwinan orang  berkata seperti nak membina sebuah masjid. Masjid ni merupakan tempat suci untuk orang islam beribadah, jika kita mahu membina sesuatu yang elok seperti masjid orang kata tak perlu dilengah-lengahkan!! Berlainan dengan pendapat aku Perkahwian dan Masjid satu perkara yang berbeza bukan sahaja dari sebutannya mahupun ejaannya. Tetapi kedua-duanya tetap ada persamaan antra satu sama lain.

(Masjid bukan sekadar hiasan tetapi tempat beribadah)
Nak bina masjid bukannya senag, perlu ada perancangan yang terperinci. Perlu tahu apa yang harus disediakan untuk membina sebuah masjid, lebih-lebih lagi masjid baru. Antara persediaannya di mana lokasi yang sesuai nak membina masjid? Kalau salah lokasi masjid jadi binaan untuk hiasan sahaja buat apa? Berapa kos yang diperlukan untuk membinanya?? Jika besar dan cantik buatannya maka kosnya pun besar dan mahallah jawabnya. Yang paling penting arah kiblat kena tahu dan betu. Kalau tersalah arah kiblat tidak sahlah ibadah solat kita semua nanti. Selain itu tapak nak membina masjid tu harus kukuh dan kuat. Barulah selamat untuk diguna kita nanti.

(Mengimpikan sebuah ikatan abadi)
Begitu juga perkahwinan, kita juga perlu ada perancangan dan buat persediaan dalam semua aspek termasuk cirri-ciri calon isteri  yang sesuai. Secara umumnya dalam hadith ada menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yangbiasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya,berharta, berdarjat tinggi dan cantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelakiagar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”. Ini disebabkan wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumah tangga “wallahualam” Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpapenilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soalkehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani bersama dengan pasangan.

Tanggung Jawab
Jadi itulah jawapanya untuk pertanyaan “Kamu bila lagi?” Tanggung jawab untuk menjadi seorang suami, menantu dan anak dalam satu masa, untuk diriku belum tiba masanya lagi.  Perkahwinan adalah satu ibadah bukan keran nafsu semata-mata.  Aku tak mahu dipersoalkan akan kegagalan melaksanakan tanggung jawab aku untuk ketiga-tiga gelaran yang setiap lelaki akan sandang itu di akhirat kelak.

Kesimpulannya, kita tak kira lelaki mahupun perempuan perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soalpemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yangberorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial”
yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasihsayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak,tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.

Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orangorang
bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang
soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin,
Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya,
kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32).

Tiada ulasan: