Jumaat, 22 Oktober 2010

"Aku Mencari Aku"


Dari  jauh ku merantau, 
mencari persoalan yang ada dalam diri. 
tidak pernah ku bermimpi.
Terbangnya aku kemari, 
mencari ruang di tempat pertama kali ku kunjungi.

Sudah hampir empat tahun aku disini.
Tempat dahulunya asing pada diri ini, 
kini semakin serasi kurasai.
Tetapi aku belum pasti apa yang sebenar aku cari??
Soalan yang datang pada diri ini, 
jawapan masih belum juga aku temui.

Persoalan sering menjadi igauan yang mengekori,
 kemana sahaja langkahanku pergi 
Tahun , musim dan hari silih berganti.
Tidak sesekali menunggu hidupku ini.

Adakah hidup aku kini hanya sebuah mimpi?  
Atau terus hidup dengan pencarian yang belum pasti. 
sehingga berakhirnya hidupku ini.

Kadangkala aku rasakan tidak mengenali siapa diri sendiri.
Walaupun aku senang dan mudah untuk didampingi.
Semua itu untuk aku melupakan kegusaran yang membelengungi diri.
Tawa dan senyum yang indah terukir hanyalah sementara.
Persoalan kembali hadir setia medampingi dikala ku sendirian.

Kerana aku sendiri tidak pernah cuba untuk berhenti dan terus mencari .
Walaupun diri lemah untuk  berdiri akanku terus mengejar walaupun lemah berlari.
Pencarian itu aku pastikan temui.
Walaupun bukan disini...


Tiada ulasan: