Jumaat, 1 April 2011

"Hadirnya Aku Kerana Dia Kembalinya Aku Kerana Dia"

Dengan lafaz suci Bismillahirrahmanirrahim serta dengan ucapan salam Assalamualaikum.

Saya Mohd Syahir Bin Othman, bertarikh 31 Mac 2011 menulis wasiat ini dan mungkin ini wasiat terakhir yang ditulis sepanjang hidup saya.Wasiat pertama juga pernah ditulis ketika mengikuti Program Kursus Bina Roh yang di anjurkan oleh CSD Petronas dan wasiat itu diserahkan kepada penceramah yang terlibat untuk diserahkan kepada keluarga saya sekiranya saya dipanggil menemui yang Esa. Mengenai wasiat tersebut kita lupakan seketika andai berkesempatan pasti kalian akan membaca dan mendengarnya.

Untuk ketika ini bacalah wasiat ini, ini bukanlah wasiat pembahagian harta. Tetapi wasiat ini hanya sekadar pesanan terakhir kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai serta orang yang mengenali diri saya. Kepada sesiapa yang terbaca akan wasiat ini  berjanjilah, kalian akan menjadi saksi untuk wasiat ini dan menghebahkan wasiat ini kiranya ada satu hari saya pergi menemui yang Esa.

Dengan ada wasiat ini semoga pemergian saya akan suci dari dosa-dosa yang pernah saya lakukan pada Ma, Pa, abang-abangku, kakak-kakakku, adik-adikku, saudara maraku dan sahabat-sahabatku...

Ma...Pa,
Sekiranya wasiat ini baru dibacakan kepada Ma dan Pa selepas pemergianku, Itu sudah cukup memberi ketengangan untuk diriku. Walaupun surat wasiat ini sudah diterbitkan di blog CeriterAkhi  dan sudah dibaca oleh orang lain terlebih dahulu ketika hayatku masih hidup. Ma dan Pa janganlah bersedih dengan pemergianku menemui yang Esa. Kerana kematian itu adalah haq mutlak seorang manusia. Tiada siapa yang boleh menolaknya. Cuma masa dan usia sahaja berbeza kita pergi menemuiNya.

Ma pemergianku pasti dibuai sejuta kenangan manis disiram segar dengan subur kasih.. penuh rindumu mengiringi pemergianku. Ma sejuta keampunanku pinta darimu buat penghapus dosa diriku yang kerdil ini. Buat menebus kekurangan melayani hayatmu. Buat melunaskan hutang jiwa seorang anak terhadap dirimu. Ma ku pergi meninggalkan dirimu, Namun izinkan aku bawa bersama denganku kasih sayangmu. Izinkan aku membawa semangat dan doamu..Izinkan juga pemergianku berbekalkan keampunan dan redho darimu Ma.

Ma halalkan setiap titisan susu mu, Pa halalkan setiap titisan peluh mu yang menitis dibumi demi mencari rezeki untuk mendewasakan aku. Ma  Pa, halalkan setiap pemberian tunjuk ajar akal, ilmu dan iman yang kau ajarkan dahulu kepadaku. Ma Pa, ku titipkan kasih sayangku pada mu dan ku pinjam jiwa kental dan kasih sayang mu yang dirahmatiNya untuk menemanai aku disana. Ma Pa, Aku hargai pengorbanan dan jasa mu yang tidak mampu ku balas melainkan dengan ucapan terima kasih...Ma Pa, maaf dan ampuni aku....Ma Pa aku sayang kamu.

Abang-abangku, Kakak-kakaku dan Adik-adikku.
Pemergian aku pasti menghadirkan rasa sedih dan rindu pada abang, kakak dan adik. Pasti saat-saat aku membesar dibawah jagaan abang-abang dan kakak-kakaku akan menjadi memori indah untuk diriku dan dibawa pergi bersama. Begitu juga dengan adik-adik. Aku begitu bersyukur dikurniakan adik beradik seperti kamu semua. Dengan adanya kamu semua aku dapat rasakan kasih sayang daripada seorang abang kasih sayang dari seorang kakak dan kasih sayang dari seorang adik. Pesanku untuk kalian semua, tolong jaga Ma Pa dengan baik-baik, berilah kasih sayang dan penuhilah kemahuan mereka sementara mereka masih ada. 

Pemergian aku tiada meninggalkan harta untuk kamu semua. Tetapi aku tinggalkan kalian dengan kasih sayang aku pada kalian tiada putusnya. Walaupun tiada lagi aku di dunia ini ingatlah bahawa aku tetap sayang kamu semua. abangku, kakakku dan adikku satu permintaan terakhir aku adalah ampunkan setiap kesalahan yang pernah aku lakukan ketika kita bersama satu ketika dahulu. Kini tibanya saat aku bersendirian tanpa hadirnya kamu semua di sisi untuk menemaniku. Ku harap pemergianku ini ada berbekalkan secebis doa dari kamu semua buat menemani aku di sana. Buat pengetahuan semua telahku maafkan segala kesalahan  dan kesilapan kamu terhadap diriku.

Saudara-maraku,
Andai kalian membaca wasiat ini, tiada pinta dariku hanya pohon keampunan dan kemaafan dari kalian semua. mungkin di saat hayat hidupku telah melakukan kesilapan pada kalian. Andai ada perbuatan yang menguris hati kalian harap dihalalkan jangan simapan dalam hati . Begitu juga silap dan  salah kalian telahku maaf dan halalkan tidak pernah ku simpan di dalam hati.

Sahabat handaiku,
Walaupun kalian tiada pertalian darah dengan diriku, tetapi jalinan dan ikatan persahabatan yang terjalin antara kita amat bermakna pada diriku. Senda, gurau, hilau tawa kalian banyak membuat diriku tidak berasa kesorangan bila berjauhan dengan keluargaku. Hampir separuh memori hidupku diisi bersama kalian semua.

Sahabatku, aku ucapkan terima kasih kerana banyak memberi tunjuk ajar dan menegurku ketika aku dalam kelalaian. Jasa dan budi kalaian akan aku kenang selama-lamanya. Dikesempatan ini juga aku ingin memohon apun dan maaf setiap kesalahan aku, halalkan segala makan minum sepanjang kita berkawan. Ingat daku dalam doamu.

Hadirnya Aku Kerana Dia Kembalinya Aku Kerana Dia

Sekian,
Wasalam.
 Syahir.



4 ulasan:

mangsibersamajabatanku berkata...

Wasiat!
lain benar entri ko kali ni, Syahi.

Akhi Othman berkata...

Chenal: kenapa?

AIN ARDHANEE berkata...

lain mcm jea...hidup ag ke tuan blog nie....

Akhi Othman berkata...

masih hidup