Sabtu, 29 Oktober 2011

"Munajat Rindu"

Part 1

Qayyum duduk mengadap laptop di hadapannya, Langsung tidak menghiraukan si isterinya yang tengah menonton televisyen, Ustazah Pilihan  siaran astro OASIS itu telah pun bertukar Indahnya Iman yang menandakan telah masuk waktu solat fardhu maghrib.

Tiba-tiba isterinya bangun dan memandang Qayyum yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapannya "abang, maghrib dah masuk. Kita berjemaah ya" Qayyum yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. "selama seminggu kahwin ni tak pernah dia ajak solat berjemaah. Kenapa hari ini tiba-tiba ajak berjemaah pula? Aku mana pernah solat. Nak kena jadi iman lagi? Huh, maharaja lawak betul. Aduh, macam mana aku boleh kahwin dengan ustazah pilihan ni pun tak tahu.

Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari stok burung walid yang bertudung labuh pula tu. Okay, salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu siapa suruh. Lagi sebab selalu balik lepas subuh, sebab pergi kelab dan balik mabuk.  salah aku lagi, duit syarikat abah aku joli sakan. Banyaknya salah aku.

Jadinya abah kahwinkan aku dengan Siti Aisha Humairah binti Hj. Amir ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk di Kemaman, Tengganu ni. Itu kira okay lagi, tapi abah ambil kereta sport aku, dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Ada ke patut abah, suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk alam ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Terengganu bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah naik gila. Belum seminggu lagi, kalau sebulan atau selamanya? Huh!" merungut hati kecil Qayyum.

"abang dengar tak? macam, cakap dengan laptop tu je" sapa si isterinya Humairah. "hmm, saya sembahyang dekat surau. Aduh... macam mana ayat tu keluar? surau pun aku tak tahu di mana. Nak lari dari jadi iman sebenarnya"
"Saya ikut...jap saya siap-siap" Humairah telah hilang dari pandangan mata, Qayyum tersentak. "Aduh makin parah ni, ustazah ni nak ikut pula" Laptop dimatikannya.

Qayyum duduk di sofa sementara menanti si Humairah bersiap. Fikirannya ligat memikir di mana surau?
"abang, dah siap" Qayyum memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh dengan berbaju kurung warna sedondon biru laut bercorak bunga kecil-kecil. "Cantik!" bisik hati Qayyum.
"Abang...?"Qayyum tersedar dari lamunan, seolah-olah kecantikan isterinya memukaunya."Jom" kunci kereta di atas meja di capainya. "Saya drive kereta awak, tak kisah?"tanya Qayyum dengan ragu-ragu.

Humairah senyum "harta saya harta abang juga" Qayyum hanya mengangguk. Dalam kereta hanya dengar radio Hot FM refleksi. Qayyum dah tidak tentu arah. Humairah yang dari tadi macam nak ketawa. "Rasanya asyik ulang alik jalan yang sama je. Abang, surau belok kiri tu" Qayyum hanya diam, malu.

Kereta Produa Kenari yang dinaiki mereka membelok pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan Surau As-Syakirin dimana azan sedang berkumandang. Qayyum masih tidak mematikan enjin, kereta diletakan di kawasan parking yang tersedia. Humairah telah pun keluar dari kereta. Qayyum melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt  Nike dan berseluar jeans Levi's. "aduh terlupa nak bawa kopiah ataupun songkok" dengan suara perlahan Qayyum merungut.

Dimatikan enjin kereta dan keluarnya dari kereta, kerana Humairah dah meluru berjalan menuju naik ke surau. "Errr..Ira" Humairah menoleh, dia kenal suara tersebut. Mana ada orang pernah panggil dia Ira, keluarganya memanggil Humairah. Itulah kali pertama suaminya memangil namanya walaupun salah panggilannya, selalunya suaminya hanya memanggil awak sahaja. "ya?" Humairah menjawab dan berjalan menghampiri Qayyum. "Abang saya Humairahlah bukan Ira" bagi tahu Humairah dengan suara lembut.

"Okay...ke saya pakai macam ni, Humairah? manalah tahu kena halau ke nanti?" Humairah senyum "jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau pakaian kita cukup menutup aurat dan memenuhi syarat serta nawaitu kita keranaNya, IsyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni, wahai Encik Qayyum" Qayyum terdiam, tidak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang pasal soal agama. "Jom" ajak Humairah. Mereka berdua jalan seiring dan berpecah setelah sampai di tangga suarau, kerana balai untuk jemaah wanita diasingkan jadi humairah masuk ke surau melalui pintu untuk jemaah muslimah.

********************

Malam itu Qayyum duduk di ruang tamu menonton televisyen. Dia teringat ceramah yg disampaikan oleh iman di surau tadi tentang solat "Solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama meruntuhkan agama dan solat juga membezakan orang mukmin dengan orang bukan islam" Dia teringat lagi diari isterinya yang dia jumpa tadi dan terbaca coretan isi diari itu "saya nak bersuamikan suami yang soleh! Ya Allah kabulkan doa hamba mu ini". "Aku bukanlah calon suami yang kau mahukan, aku daif agama, aku dah jauh tersasar dari laluan ke syurga dan jurang neraka semakin aku hampiri. Kesihan kau Humairah dapat suami seperti aku" seperti ada suara yang membisikan pada hatinya "Tapi kau mampu berubah, Allah maha pengampun!"

Televisyen di hadapanya itu dipandang kosong. "Berubah?" teringat juga dia amaran abag iparnya
"aku bagi amaran, jangan sesekali kau angkat tangan pada adik aku, dan jangan kau pernah membuatnya menangis" 
Qayyum hanya mendengar amaran keras Syahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta  perjalanan balik ke rumah mertuanya selepas selesai sembahyang Jumaat minggu lalu.

"ingat, kalau aku dapat tahu hidup adik aku sengsara menderita...hidup kau lagi teruk aku lakukan! Jangan kau berani buat perangai buruk kau tu..jika aku dapat tahu, siap kau Terengganu tu taklah jauh sangat...kau faham tak?"
Bentak Syahir dengan tegas. Qayyum hanya mengangguk. Abang iparnya memang pemanas orangnya dan dia merupa seorang jurulatih anggota tentera udara di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tidak hairanlah dia bersifat pemanas dan tegas.

Humairah memandang suaminya yang duduk di sofa itu, dia tersenyum. Humairah menghampri suaminya dari arah belakang dan menutup mata suaminya dengan tangannya.
"cuba teka siapa ni?" Kata Humairah dengan suara yang dibuat-buat  macam suara lelaki. Qayyum yang sedang mengelamun itu terkejut secara tiba-tiba pandangan matanya gelap. Lama memikir, senyuman  terukir apabila mendengar suara Humairah.
"Hurmmm Shia La Beouf" Qayyum main-main. Shia La Beouf aktor filem transformers.

Balas Humairah "salah, Shia La Beouf tak reti cakap melayu!" Qayyum ketawa
"hurmmm Hj. Amir"  Humairah pula ketawa
"salah Hj. Amir dekat KL"
 "Haa...! tahu Ira" Humairah kerut dahi.
"Ira mana ni?" Humairah terlupa Qayyum pernah memanggil namanya dengan panggilan Ira sewaktu di surau tadi.
"Ira mana lagi kalau bukan, Siti Aisha Humairah" Qayyum menarik tangan isterinya agar dudukdi sebelahnya.

Tidak sangka Humairah romantis orangnya, ingatkan stok pendiam. Qayyum sudah mula rasakan keserasian antara mereka berdua. Humairah pandai mengambil hatinya.
"abang buat apa?"
"tak ada apa-apa"
Qayyum bertanyakan sesuatu "Saya nak tanya awaklah"
"tanya apa?" soal Humairah
"Ermmm kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya....bukan ke awak tak pernah kenali saya?" tanya Qayyum

" sebab Allah"  Humairah menjawab dengan yakin
Qayyum diam sebentar  "saya tak faham, maksud awak?"
Humairah memberi penjelasan "Setelah abah abang masuk melamar saya, saya tidak terus memberi jawapan. Saya minta masa untuk fikirkan, ketika hati saya bercelaru untuk memberi kata putus. Maka saya mengadu kepada Allah, minta diberi petunjuk dengan membuat solat istikharah dan solat tahjjud. Syukur Allah pertemukan abang dalam tahjjud saya dan Allah juga berikan jawapan dan petunjukNya dalam istikharah saya. Bila istikharah berikan petunjuk, dalam tahjjud hijab tersingkap. Bila hati jadi perantaraan.. Bila cinta sudah berbunga, hanya nikah menjadi bicara berserah redha padaNya terimalah dengan seadanya"

Qayyum membisu, tiada apa-apa yang hendak dipersoalkan lagi hanya perasaan sebak membeku dihati.
"Ya Allah, kau telah pertemukan aku dengan permata yang tidak pernah aku mencari dan mimpi untuk mendapatkannya...Aku akui akan kebesaranMu ya Allah" Qayyum melafaz rasa syukurnya dalam hati. Nekad untuk berubah.

********************

Seminggu berlalu mereka menetap di Terengganu....

"Abang, saya tak pandailah nak masak" Humairah kelihatan kekok menyiang ikan.
Qayyum terkejut, nak makan apa kalau isterinya tak pandai masak. Hari-hari makan kedai bankruplah. sudahlah abah Qayyum tidak berikan duit banyak untuk mulakan hidup di Terengganu. Qayyum hanya senyum dan mendiamkan diri tidak berkata apa-apa sebab dia teringat isi coretan diari isterinya
"lelaki bising jika perempuan tak tahu masak!. Habistu, kalau lelaki tak pandai nak jadi iman tu bagaimana?"
Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka nikah lagi, tetapi erti amat terkesan dalam hati Qayyum.  

"macam mana ni abang?" kata Humairah sayu.
Qayyum menggaru kepala tanda tidak tahu nak jawab apa "tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak..ya"
"maaf ya, abang"
Qayyum senyum "tak apa"
Qayyum keluar dari dapur.Humairah rasa bersalah. Dahulu Uminya selalu suruh masuk dapur belajar masak, tapi Humairah sering berdolak dalih. Qayyum masuk dengan membawa laptop "abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?" tanya Humairah  
"belajar masak guna internet" Qayyum senyum dan mengangkat kening.

"huish masin" Komen Humairah.
Qayyum mengambil gulai di hadapan isterinya itu."abang ke yang masak ni" kata Humairah lagi. Qayyum ketawa.
"okay lah ni...awak punya sayur campur ni tawar! tak rasa apa-apa" komen Qayyum
"okay apa.......is okay, gulai tu masin dan sayur awak tak rasa apa-apa. Jadi kita campur je semua kedua-dua tu, jadi respi baru"
"boleh ke buat macamtu?'
"boleh je...okay dah makan cepat, nanti lambat ke surau" Qayyum tidak sedar apa yang dia cakap. Ajak isterinya pergi surau. Humairah hanya tersenyum.


********************
"Assalamualaikum, Imam" panggil Qayyum pada insan yang baru selesai mengimamkan solat maghrib dan isyak tadi.
Imam itu menoleh "Waalaikumusalam, ya saya. Ada apa-apa yang saya boleh tolong?"
Qayyum malu nak berkata-kata, tapi sedaya upaya dia cuba luahkan
"Anak nak apa"? bertanya lagi Imam itu
"saya...saya nak belajar agama" terluah juga akhirnya.
Imam itu senyum. mereka seiring berjalan keluar dari suaru "kemari..,owh pasal tu. Jangan malu dan berputus asa untuk berubah, menjadi hamba Allah s.w.t yang baik. Baik di sini mengikut neracaNya, bukan mengikut neraca manusia semata-mata. Allah itu maha  pengampun, jika kita jatuh, jika kita tersungkur, jika kita tertewas di tengah-tengah usaha. Jangan sesekali berhenti untuk bangkit semula, sesungguhnya Allah mengira usaha kita, bukan natijahnya" panjang lebar Imam berikan kata-kata semangat buatnya.

Selesai solat Isyak tadi Humairah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Qayyum di kawasan parking kereta itu. Senyum terukir apabila melihat suaminya muncul dan berjalan menghampiri keretanya bersama seorang lelaki separuh umur.
"Imam, kenalkan isteri saya Humairah"  "Huamirah, ini Imam Akhi" Humairah lemparkan senyuman dan mengangguk
"baguslah, muda-muda dah kahwin lepas tu sama-sama pergi surau" puji Imam pada mereka suami isteri. Qayyum sentak, walau apapun senyum paksa diberikan.
"Alhamdulillah Imam, Allah berikan suami yang soleh macam abang Qayyum ni" kata-kata Humairah membuatkan Qayyum terdiam.
"Amin, semoga kalian berbahagia hingga ke Syurga" balas Imam
"Terima kasih Imam" Qayyum bersuara.
Imam menepuk bahu Qayyum."Baiklah saya balik dulu....Qayyum apa-apa hal nanti jangan segan jumpa saya atau call je... Assalamualaikum"
"waalaikumusalam" jawab Humairah dan Qayyum serentak.

*******************

Qayyum duduk di birai katil dengan mata memandang Humairah yang tengah mengemas bajunya ke dalam beg pakaian "lama ke abang pergi?"
Qayyum tersedar "hurmm..seminggu je" Qayyaum memberitahu Humairah yang dia ada urusan kerja. Perkara sebenarnya dirahsiakan untuk belajar ilmu agama di pondok agama yang terletak Marang, Terengganu yang diberitahu oleh Imam Akhi kepadanya. Rasanya dia perlu berubah, Walau apa cara sekali pun dia nekad untuk menjadi suaminya soleh. Sampai bila dia nak mengelak menjadi Imam kepada isteri dan anak-anaknya suatu hari nanti. Sampai bila dia nak hipokrit mengikut Humairah ke surau tapi tak tahu apa-apa. Qayyum teringat lagi ceramah oleh Imam Akhi
"Bila mana kita mahu berubah dari sejarah kehidupan yang kelam kepada peribadi yang cerah, Jangan kita berasa pelik dan ragu-ragu dengan penghijrahan kita. jika diri kita masih tidak mampu mempercayainya cukuplah Allah sebagai saksi, kerana Allah maha mengetahui. Yang menghitung bukan manusia lain, bukan juga diri kita tetapi Allah. Berhijrahlah kerana Allah."
"Seminggu tu lama tauu" lirih Humairah.
Qayyum tersedar dari lamunan seketika "Ehh, mana ada lama...Pejam  celik-pejam celik dah seminggu"
"Kalau pejam tak celik-celik?" tersentak Qayyum apabila mendengar ucapan isterinyaitu. Rasa berat pula hati dia nak tinggalkan isterinya Humairah itu. Qayyum memandang Humairah.
"Apa awak cakapkan ni?" lembut dan ada nada risau di situ.
Humairah ketawa halus" gurau jelah...Abang ni cepat betul sentap, muka je macho" Qayyum tersenyum ceria, isterinya pandai bergurau "Awak, tak yah lah beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas."
Humairah menarik muncung. "tak maulah, nanti kurang pahala"

*******************

Sudah dua hari  Qayyum di pondok agama itu, Memang airmatanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa silam yang pernah dia lakukan
"Ya Allah, ya Tuhanku...Usahaku untuk mendapatkan syurgaMu sangat perlahan. Sedangkan lariku dari nerakaMu juga sangat lemah...bantulah aku terangilah laluan untuk aku menuju ke jalanMu. Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini, sesungguhnya hambaMu ini banyak lakukan dosa"
Selepas solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya.
"Assalamualaikum" salam berbalas. "awak sihat?" Qayyum duduk di tangga surau papan itu. Humairah bersuara riang.
"Waalaikumusalam...Allamdulillah sihat. Abang tak rindu saya?"
"Dah masuk dua hari baru abang call?.Abang tahu tak saya ni bosan duk sorang-sorang..saya dah dua hari tak pergi surau solat jemaah tau. Tak ada orang temankan" Qayyum hanya senyum mendengar celoteh isterinya itu.
"Wahai isteriku Humairah, nanti abang balik abang yang akan mengimamkan solat dan awak yang jadi makmumnya. Tak perlu lagi kita berjemaah di surau" Qayyum berkata dalam hatinya
"Ha, lagi satu, abah kata abang mana ada kerja luar...Baik abang cakap pergi mana?" Tiba-tiba suara humairah bertukar sebak. "Saya tahu, saya bukan siapa-siapa pada abang. Tapi tak patut abang tipu saya" air mata Humairah mengalir. Qayyum terdiam isterinya juga diam.

Terkejut Qayyum tiba-tiba terdengar esakan "awak nagis ke?" Humairah diam lagi
"awak saya......" Humairah memintas " tak apa, saya faham" airmatanya di saka.
"Abang sihat tak?"
Alhamdulillah sihat." balas Qayyum
"Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al- Mulk" pesan Humairah
"baik awak"
terdiam Humairah. Qayyum senyum je "lagi?'
"err..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur." Qayyum ketawa "Next?'
"selalu beristigfar"
"Oka, lagi?'
"ingat Allah dalam setiap perbuatan"
"alright, next?'
"sentiasa berselawat"
"okay"
"abang last sekali"
"apa dia tu?" soal Qayyum lembut.
"Doakan rumah tangga kita sampai Syurga"
Qayyum senyap seketika "sure"
"Okay abang, jaga diri elok-elok. Assalamualaikum"
"Waalaikumusalam" balas Qayyum.

**********************************************************************************
Part 2

Seminggu berlalu, pembelajaran Qayyum di pondok selesai......

Dari jauh Qayyum telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Qayyum mengheret beg pakaian berodanya. Humairah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung.

"Assalamuaalaiku..Sayang" sapa Qayyum. Dahulu Qayyum hanya membahasakan awak tapi hari itu dia memanggil isterinya sayang
"Waalaikumusalam, abang" nada ceria Humairah menjawab salam dan menghulurkan tangan untuk bersalam dan mencium tangan suami tercinta. Humairah terpegun melihat Qayyum yang hanya mengenakan t-shirt berkolar dan berseluar slack serta berkopiah. Qayyum tidak perasan tenungan isterinya itu. Wajah Qayyum seolah ada sinar keimanan. Wajahnya bercahaya jernih lembut dan berseri-seri.

Barulah Qayyum perasan dengan tenungan isterinya itu.
"Eh, sayang pandang apa?"
Humairah tersentak. "ermm, tak abang nampak lain"
"apa yang lain?" Qayyum memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya.
"Ohhh" jawab Qayyum dan menarik kopiahnya.
"Dah, jom masuk" mereka beriringan masuk ke dalam rumah.
Qayyum melabuhkan penggungnya ke sofa di ruang tamu rumahnya. Sementara Humairah ke dapur untuk membuat air.

Mata Qayyum menebar ke segenap ruang tamu rumahnya, kemas dan bersih. Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Semasa tinggal di villa abahnya tidak pernah rasa selesa dan tenang.
"Abang, nah" lembut Humairah menghulurkan gelas itu pada suaminya.
Qayyum menyambut "Thanks , sayang"
"abang, nak tahu tak?" Humairah duduk melutut di depan Qayyum yang duduk di sofa itu.

"Hurmm?" Qayyum merenung Humairah. Dia sudah faham dengan sikap Humairah yang peramah dan banyak cakap itu. kadang-kadang macam budak-budak.
"ada drama baru slot Lestary" kata Humairah
Qayyum berkerut dahi "ohh, apa benda tu?"
"apalah abang ni...drama bersiri di tv3. Tajuk dia Cinta Elysa" jelas Humairah
"Ohhh" balas Qayyum, gelas di letak atas meja."Kenapa dengan drama tu?"
"best" Humairah senyum menampakan lesung pipitnya.
Walaupun penat Qayyum masih lagi melayan "apa yang best?"
"lagu" jawab Humairah
"jalan cerita best tak?" Pertama kali dalah hidup Qayyum berbual mengenai drama Melayu.
"Best jugak, tapi sedih"
"kenapa?" tanya lagi Qayyum.
"Entah....., abang nak dengar lagu tema drama tu tak?"

"Lagu apa?"
"tajuknya, Kisah Dongeng nyanyian Stacy" Humairah mengambil Iphonenya di almari yang terletak diruang tamu itu juga. Qayyum hanya memerhati.
"Haa, nah!" Humairah menghulurkan earphone yang di sambung di Iphonenya.
"ermm, awak ambil satu" kata Qayyum dan menghulurkan sebelah earphone lagi pada isterinya.
"err..kita dengar sama-sama" tergagap-gagap Qayyum.
"Okay" ceria Humairah menyambut earphone itu
Qayyum menarik tangan Humairah agar duduk di sebelahnya. Memudahkan untuk mendengar lagu itu.

"Ku sedar ku tak seberapa,
Jika dibanding mereka,
Yang jauh lebih megah dari diri ini,
Apa yang mampu ku berhias,
Hanyalah hati yang ikhlas,
Terpendam simpan untuk dia yang sudi"

"Saya baru download tadi" Humairah senyum, Qayyum turut tersenyum.
"Abang, kita jadiakan lagu ni lagu kita nak?' tanya Humairah
Qayyum diam seketika "lagu ni?? macam sedih je, abang dengar"
"hurmmm" lirih Humairah.

"Mencintai aku dengan seadanya,
Sanggup menerima seadanya..........."
mereka berdua lena dibuai perasaan dengan lagu itu.


Tanpa disedari Qayyum telah meletak tangannya di bahu sofa lantas menarik isterinya ke dalam rangkul pekukannya. Khusuk melayan lagu itu. Qayyum tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik dan mengejut isterinya.
"sayang bangun dah Asar ni" Humairah bangun dengan mengosok matanya.
"Abang, saya MC lah" Qayyum pelik, menyangkakan isterinya masih belum sedar sepenuhnya.
"Sayang..dah Asar lah.Kenapa MC pulak?? hari ni kan Sabtu, dah-dah tentu sayang tak mengajarkan"
Humairah memandang Qayyum "saya period"
"oh..haaa okay-okay" tergagap-gagap Qayyum.

"Abang, solat dulu" Qayyum bangun menuju ke bilik.
"Abang" langkah Qayyum terhenti, dia menoleh ke arah isterinya.
"Doakan rumah tangga kita, sampai surga" Humairah senyum dan memberi isyarat menadah tangan.
"Sure, Sayang" Qayyum senyum.

***************

Pada petang itu mereka ke bandar untuk membeli sedikit barang keperluan. Mereka sempat singgah di sebuah kedai buku.
"Abang, saya nak cari buku masakkan"
Qayyum hanya mengangguk dengan tangan memegang dua beg kertas yang dibeli Humairah tadi.
"Nanti saya jumpa abang dekat kauter okay" kata Humairah dan terus berlalu. Qayyum hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Sementara menunggu isterinya Qayyum berjalan menuju ke rak buku-buku islamik. Terlintas hatinya untuk membeli tafsir Al-Quran. Qayyum pergi ke kaunter untuk bertanyakan ada tidak tafsirAl-Quran, kerana dia ingin membelinya.

"Ada boleh saya bantu encik?" tanya pekerja kedai itu
"Ermmm..ada buku tafsir tak?"
"maksud encik, tafsir Al-Quran?....Maaf encik dah habis terjual, stok baru lambat lagi sampai" jawab pekerja itu dengan jelas.
Qayyum senyum paksa "okay, thank's".

Tiba-tiba Humairah muncul "abang tak beli apa-apa?"
"tak..., sayang dah jumpa buku tu?"
Humairah senyum dan menunjukan buku itu pada suaminya
" Taaadaaa.....nanti kita sama-sama try masak kat rumah okay!"
"Okay!" balas Qayyum dan terus membayar buku itu.

Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai itu siap berbisik sesama mereka. "Wah, romantiknya mereka suami isteri tu"
"tahu tak pe, untungkan wanita tu dapat suami yang punyalah handsome dan baik pulak tu"
"mana kau tahu,dia baik?"
"tadi, suami dia nak beli tafsir Al-Quran"
"Oh..,memang padanlah. Isterinya pun alim je"
"sweet kan, si suami just kakai t-shirt berkolar dan seluar sleck. Isterinya pakai baju kurung dengan tudung labuh. jalan siap berpegangan tangan lagi"
"superb, romantic!"
"Kan, Allah ada berfirman, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan jahat. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (an-Nur' 26)
"betul-betul."

****************
Qayyum sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti, seminggu dia tidak masuk pejabat. Justeru, banyak kerja yang perlu dilakukan.
"Abang..." sapa Humairah manja.
Qayyum senyum "kenapa sayang?"
"nah.." Humairah megeluarkan sesuatu dan berikan kepada suaminya.
Qayyum mengambil dan berfikir "Brithday abang rasanya belum lagi"
"Abang buka lah dulu. Saya dah ngantuk. Abang jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang...Assalamualaikum." Humairah nampak kepenatan. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Humairah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Qayyum membuka balutan itu. 'Al-Quran, The Love Letter FromAllah' dari isterimu Humairah.
Qayyum turn off laptopnya, kertas-kertas yang bertaburan diperkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Qayyum mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Dalam kesamaran cahaya lampu di sisi katil, Qayyum melihat Humairah sudah lena tidur. Kerana keletihan, Qayyum mengucup kening isterinya tanda terima kasih atas pemberian tafsir Al-Quran tadi.
Qayyum meletakan tafsir itu di atas meja make-up. Dia menuju ke bilik air yang tersedia dalam bilik tidur mereka untuk berwudhuk. Dia mahu lakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya mahukan tafsir Al-Quran itu. Ketika pekerja kedai buku mengatakan sudah habis terjual, dia seakan kecewa teramat, entah mengapa dia rasakan ralat sangat kerana tidak memiliki tafsir ketika itu. Sesungguhnya kemanisan iman itu sungguh manis

*******************

"Qayyum!! Kamu nak jadi apa ni ha?" tengking Dato' Azizul merangkap CEO Syarikat Bersatu Holding Sdn. Bhd dan juga merupakan abahnya Qayyum. Qayyum hanya tunduk, sejak menjadi suami Humairah dia banyak berubah lebih-lebih lagi selepas balik dari pondok agama. Sejak dari hari itu dia tidak cepat marah atau melenting.
"Kamu dengar tak ni?"
"Seminggu kau menghilang, kau kemana? pergi enjoy..joli!!.
Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa merundum jatuh teruk ni?" Dato' Azizul mencampak fail itu di meja pejabat Qayyum.
"Abah, ekonomi dekat sini buat masa ni tak stabil." Jawab Qayyum dengan nada lembut.
Dato' Azizul memandang sinis anaknya. "Bukan kau jolikan semua duit tu?"
"Abah..."
"dah..! Abah tak tahu macam mana kamu nak buat.... yang penting abah nak kamu selesaikan semua bil-bil dan hutang-hutang ni!!"
Tercengang Qayyum, mana dia nak cari duit sebanyak tu.
"Abah, saya tak ada duit sebanyak tu"
"Abah tak peduli...Kamu buat apa yang patut!" Dato' Azizul terus keluar dari pejabat itu.
Terduduk Qayyum."Ya Allah....Ujian apa yang kau berikan ni?"

Tiba-tiba telefon Qayyum berbunyi. Panggilan dari Syahir. Ada apa dengan abang iparnya ni. "Assalamualaikum" lemah Qayyum menjawab.
"Waalaikumusalam, Wey sial!! aku nak kau balik rumah kau sekarang!!"
"Errrr...kenapa along?"
"Kau balik jee.. jangan banyak tanya!!"


*************************************************************************************

Part 3
Tersentap Qayyum tak kala talian dimatikan. Dia tidak menyangka abang iparnya itu datang Terengganu. Ada apa agaknya? Persoalan bermain di fikiran Qayyum. Qayyum mengambil briefcasenya. Lepas satu, satu masalah timbul. Laju Qayyum memandu kereta isterinya. Humairah tidak kerja kerana bermulanya cuti penggal persekolahan. Jadi Humairah menyuruh Qayyum membawa kereta dia untuk ke pejabat.





****************

"Along...tolong jangan buat kecoh dekat sini..long" rayu Humairah
"ehh..kau diamlah dik!!"
Qayyum melangkah masuk ke rumah "Assalamualaikum"
"Hah... dah sampai pun kau"
Qayyum menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya. Tetapi lelaki itu tidak melayan. Qayyum menarik kembali tangannya.
"Kenapa along?'' Soal Qayyum.
"Aku, nak bawak Humairah balik"
Sentap Qayyum mendengarnya. Matanya memandang Humairah yang telah pun berair mata .
" ta...tapi kenapa?'' Soal Qayyum lagi. dengan nada lembut dan hairan.
"Kau tahu tak?....aku pergi dapur, tak ada makanan langsung!! Macam mana kau sara adik aku haaa?"
"Lepas tu, aku dengar Syarikat kau dah mufliskan'' herdik Syahir
Sebak Qayyum dengar. "Along tak boleh buat macm ni...Humairah isteri saya"
"Apa yang tak bolehnya?? takkan adik aku nak sara hidup kau pulak!!"
" Aku ingat Abi kahwinkan kau dengan Humairah, kau berubah rupanya haprak jadinya. Kalau dah kaki joli kaki enjoy, tak akan pernah berubah!!"
Syahir melepaskan amarahnya yang berbisa.
"Along..., kenapa cakap macma tu?" Humairah yang berair mata membela Qayyum.
"Kau..diam!!" Dah sekarang aku nak bawa dia balik ke rumah Abi dan Umi!!" Syahir menarik tangan Humairah. Humairah sedaya upaya menarik kembali tangannya.
"Saya tak akan pergi dan tinggalkan rumah ni. Tempat seorang isteri di sisi suami. berdosa jika saya pergi tanpa izin suami!!" bicara Humairah.
"Hoii..Sial, baik kau izinkan atau kau talakkan saja. Tak kan kau nak biar isteri kau mati kebulur!!" marah Syahir.
"Ya Allah, tabahkan hati hambaMu ini" Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul apa kata abang iparnya. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya. Memang kali ini dia muflis.
"Abang...tolong" Humairah merayu pertolongan dari suaminya.
"Sa..saya, bebaskan awak" Qayyum menahan sebak membuku di hati.
"Abangggg..." Humairah merintih. menepis tangan Syahir dan terus meluntut memegang kaki Qayyum
Qayyum membelakangkan Humairah, kerana tidak mahu melihat Humairah dalam keadaan sedemikian "Siti Aisha Humairah binti Hj. Amir. Dengan lafaz Bismillah, saya ceraikan awak dengan talak satu"
Terus Syahir menarik adiknya keluar dari rumah itu. Air mata Qayyum jatuh juga. Mata di pejam.
"Abanggg.." Teriak Humairah sayu, sempat menoleh Qyyum membelakanginya. manakala Qayyum terduduk menangis.
***************
Sepanjang perjalan balik ke KL, Humairah hanya menangis dan sedu esakkan mengiringi perjalan itu. Setelah 5 jam perjalanan, kereta Toyota Vios yang dipandu Syahir memasuki perkarangan banglo mewah milik Hj. Amir. Humairah terus keluar dan memasuki ke rumah untuk mendapatkan Abi dan Uminya. Hj. Amir dan isterinya Hjh. Sapinah terkejut melihat humairah menangis teresak-esak. Humairah meluru pergi memeluk Uminya. Amarah Syahir belum reda.
"Along, kenapa? Humairah kenapa?" Tanya Hj. Amir yang sedang membaca Al-Quran di ruang tamu. Humairah hanya menangis di bahu uminya, yang turut berada di situ.
"Abi nak tahu, menantu keparat Abi dan Umi tu. Tak layak dijadikan suami mahupun menantu!!. Kalau dari mula kaki disco, kaki arak, kaki enjoy...sampai bila-bila takkan berubah. Dia dah ceraikan Humairah talak satu" Bicara Syahir. Hj. Amir dan Hjh. Sapinah terperanjat.
"Alonggg...kenapa menuduh suami saya macam tu?" Humairah bangkit membela suaminya Qayyum.
"Kau tak payah nak menutup pekung suami kaulah dik!!. Kalau dia bagus..baik sangat, kenapa sebutir beras dekat rumah kau tak ada? Apa kau orang suami isteri tak makan nasi?" tengking Syahir.
"Along..Kenapa kasar sangat bercakap ni? Umi dan Abi tak pernah ajar anak- anak umi bercakap kasar" Mencelah Hjh Sapinah. Hanya Hjh. Sapinah saja dapat meredakan kemarahan Syahir yang membara .
"Maafkan saya Umi, Abi. Saya tak berniat bersikap kurang ajar"
Syahir bereda dari rumah itu. Humairah masuk ke dalam biliknya"
***************
"Ya Allah beratnya dugaanMu. Sehingga tidak tertanggung bahuku" Qayyum baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya sunyi. Memang dia tidak ke surau malam itu. Rasa nak demam badanya. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan hutang-hutangnya ditambah lagi masalah dia dengan isterinya. Sedang dia termenung di atas sejadah, sambil bermunajat pada Allah. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil.
Qayyum mendengar esakkan di talian.
"Sayang" Esakkan itu masih kedengaran "Humairah...Sayang"
"Sampai...sampai hati abang.."Qayyum senyap.
"Maafkan Abang....Abang macam ni agar awak senang"
"Tak ada istilah senag...kalau saya tinggalkan abang sorang-sorang lalui kepayahan"
"Sayang...sayang tak faham..." Sayu Qayyum jawab.
Suara serak Humairah berbicara lagi."Abang...biarlah susah senang kita bersama"
Qayyum senyap.

"Abang,tolong abang...Saya nak jadi isteri yang solehah" Qayyum masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tetapi Humairah tidak dan tetap teguh berdiri di belakangnya.
"Sayang...sayang bukan lagi isteri Abang" lemah suara Qayyum, menahan sebak.
"Sayang tak perlu rasa bersalah" Terdiam Humairah.
" Abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya tu" Qayyum bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja-kerjanya"
"cuba abang baca"
Kertas itu tertulis " Rasulullah s.a.w bersabda "Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya" (Hadis Muslim) Qayyum terus beristigfar. Mata dipejam seketika.
"Sayang...Abang betul-betul tak kuat dan lemah" buat pertama kalinya kalimah lemah itu terungkap juga.
"Abang, tolonglah. Saya nak berada di samping Abang saat susah dan senang"
"Tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan Along, Abi dan Umi. Sayang juga harus terima yang sayang bukan tanggungjawab Abang lagi" Jauh di sudut hati Qayyum untuk menceraikan isterinya. Dia terpaksa lakukan demi kesenangan isterinya atas desakan abang iparnya, Syahir.
"Abang....along hanya insan biasa. Abang ada hak untuk menentukan yang terbaik untuk diri Abang dan saya. Abang....demi Allah saya cinta dan menikahi Abang kerana Allah" Qayyum hanya diam.
"Istikharah dan bertahjjud Abang, minta petunjukNya. Saya di sini tetap menunggu Abang!! Assalamualaikum" Humairah tidak sanggup lagi nak meneruskan bicara. Talian dimatikan.
Qayyum menarik nafasnya. " Ya Allah...."
Pada malam itu mereka saling merindui. Masing-masing istikharah, bertahjjud dan bermunajat pada yang Satu..

*******************************************************************************************************

Part 4 

"Humairah....Sayang dah bangun sayan?" Hjh. Sapinah mengetuk pintu bilik anaknya, untuk diajak bersarapan.
"Ya Umi....Humairah dah bangun" jawab Humairah dengan suara tersekat-sekat.
"Dah..lah sayang, mari kita sarapan nak" Pujuk Hjh. Sapinah. Humairah diamkan diri dalam biliknya. Hjh.Sapinah meninggalkan bilik anaknya itu.

"Ha, Uminya mana Humairah?' tanya Hj. Amir, yang sedang menunggu di meja makan untuk bersarapan. Hjh.Sapinah berjalan menghampiri meja makan itu.
"Entahlah bang....masih bersedih lagi agaknya. Saya dah cuba pujuk tapi tak diendahkannya"
"tak pe...biarkan dia, nanti saya cuba pujuk dia pulak. Awak jangan risau, anak awak tu tabah orangnya" Pujuk Hj. Amir pada isterinya yang risaukan keadaan Humairah. Hjh Sapinah menuang kopi ke dalam cawan dan hulurkan pada Hj. Amir.

"Assalamualaikum...Abi, Umi" Tiba-tiba Syahir muncul.
"Waalaikumusalam" Hj. Amir dan Hjh Sapinah serentak menjawab salam.
"Ha.. Along, Awal-awal pagi dah muncul ni kenapa? Tak ada kelas ke hari ni?" Tanya Hjh Sapinah. Selalunya susah Syahir nak datang ke rumah mereka pagi-pagi macam tu.
"Tak ada Umi, Ambil cuti" jawab Syahir. Syahir yang baru datang terus menarik kerusi dan duduk di meja makan tu.
"Dah sarapan? Kalau tak kita sarapan sekali." pelawa Hjh. Sapinah. Hjh Sapinah pergi ke dapur untuk ambilkan cawan dan pinggang.
"Anak dan isteri kau tak ikut sekali?" Soal Hj. Amir.
"Tak Abi....Khairul ada tu kelas piano, Kartika macam biasalah dengan kerja dia" Syahir mengambil kuih yang terhidang di atas meja itu. Hjh. Sapinah datang dengan membawa cawan dan pinggang berikan pada Syahir.

"Umi, mana Humairah?'
"Ada dalam bilik, masih bersedih" lirih Hjh. Sapinah, menarik kerusi dan duduk bersarapan.
"Dia belum siap lagi?. Nanti lambat pula" bicara Syahir.
"Kamu nak bawak adik kamu ke mana?" Soal Hjh Sapinah. Hj. Amir mengangguk kepala.
"Umi.... Abi nak pergi, mahkamah syariah lah. Nak uruskan penceraian Humairah dengan Qayyum"
Hjh. Sapinah dan Hj. Amir tersetak.
"Umi dan Abi kan dah tahu Si Qayyum menantu tak gunatu dah ceraikan Humairah" Syahir menuang kopi ke dalam cawan untuk diminum.

********************

Humairah akur dengan keputusan suaminya. Humairah pasrah semua itu adalah ketentuan dari Allah. Hidup, mati, jodoh, pertemuan itu adalah urusan Allah. Dia sedikit tidak menyalahkan Qayyum atau orang lain. Semua terjadi adalah percaturan dan rancangan Allah. Penceraian mereka belum dirijuk pada jabatan mahkamah Syariah, kerana Humairah tidak berapa sihat selepas balik ke KL.


Walaupun Qayyum telah menceraikan isterinya, Jauh di sudut hatinya dia membenci atau membuang isterinya dari hidupnya. Tetapi kerana keadaan memaksa dia menceraikan isterinya. Dia ada terbaca satu artikel tentang "Jika pasangan yang memudaratkan pasangannya adalah haram hukumnya berdosa" Justeru itu Qayyum menceraikan isterinya, kerana dia rasakan dia tidak mampu untuk memberikan kesenangan kepada Humairah. Dia amat menyanyangi Humairah dan tidak sanggup melihat Humairah hidup melarat bersama-samanya.

Penceraian mereka, tiada sengkata antara mereka. Perasaan cinta, kasih dan sayang masih subur di hati mereka. Kedua-duanya redha dan pasrah. Andai masih ada jodoh antara mereka sekalipun yang terpasak di bumi pasti akan tumbuh, yang tenggelam di lautan pasti akan timbul, yang terbang di langit pasti akan turun.

Telah tiga hari dia berpisah dengan isterinya. Tipulah kalau dia kata dia tidak rindukan pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Teramat perit dia rasakan. Qayyum memberi tumpuan pada urusan pejabat dan bekerja keras dapatkan projek-projek untuk mencari pulangan modal untuk membayar hutang-hutang syarikatnya. Dengan cara itu dia dapat melupakan saat-saat bahagia bersama isterinya. Abahnya Dato' Azizul sudah tidak pedulikan lagi hal-hal urusan anak syarikatnya itu. seratus peratus diserahkan sepenuhnya kepada Qayyum. Yalah dulu banyak kali abahnya tolong, tapi dia mensia-siakan. Sekarang dia tanggung sendiri.

Ketika Qayyum sedang sibuk siapkan kertas kerja di pejabatnya waktu tengahari. Dia menerima message dari hand phonenya. "Assalamualaikum, Abang dah makan?'- Humairah.
Qayyum membaca message itu dan senyum. Dia tahu Humairah tidak mahu bercakap voice to voice denganya. Merajuk tapi staill tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). comel je bekas isterinya merajuk.
"Waalaikumusalam, Alhamdulillah sudah"-Qayyum balas sms,lepas beberapa minit.
"Syarikat abang dah okay?"-Humairah
"Doakanlah ada projek yang masuk"- Qayyum.
"Abang buat Solat Dhuha, Solat itu membuka rezeki. InsyaAllah, Kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong"-Qayyum senyum membaca message itu. "InsyaAllah"-Qayyum. Humairah masih lagi mengambil berat tentang diri Qayyum, walaupun mereka bukan lagi suami isteri.

********************

Risalah Dakwah:

"Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wa
Hai Ali, bagi orang "ALIM" itu ada tiga tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang "JUJUR" itu ada tiga tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali bagi "AHLI IBADAH" itu ada tiga tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakan ibadah kepada Allah s.w.t"

"Assalamualaikum" Qayyum menoleh.
"Waalaikumusalam.ehh..Imam" Imam Akhi menegur Qayyum yang berada di luar surau. sementara menunggu masuk waktu Isyak. Mereka bersalaman, Imam melemparkan senyuman.
"Baca apa tu?"
"Risalah dakwah, nasihat Rasulullah pada Ali" jawab Qayyum sambil menunjukan risalah itu.
"Oh Alhumdulillah...dari tadi Imam nampak kamu kat sini. Tak balik?"
Qayyum senyum, " tenang duduk kat suarau ni"
"Dari Subuh tadi. Ni dah nak masuk Isyak ni... mana isteri kamu, dia tak ikut sekali? Atau kamu ada masalah?" Soal Imam Akhi
Qayyum sentap "ehhh tak ada apa-apalah Imam. Isteri saya dia balik kampung" Qayyum cuba menyembunyikan hal yang sebenar dari Imam Akhi.
"Kalau kamu ada masalah, malu nak mengadu kat siapa-siapa. Kamu solat istikharah mengadu pada Allah. Kadangkala apabila ujian tidak menjengah, kita lupa untuk memohon. Kadangkala apabila kehidupan tidak diuji, kita lupa untuk meminta. Lantara itu, hati terasa kosong. Bukan kerana ujian yang terasa berat, tapi jarak dan hubungan denganNya yang tanpa kita sedar semakin jauh. Sakit yang kita rasa akibat luka semalam jadikannya tarbiah buat kita. Banyakan bermunajat padaNya, minta denganNya. InsyaAllah dia akan bantu kita!!. . Oh... Imam nak pergi ambil wudhuk sekejap. Kamu bacalah buku ni dulu"

Qayyum menyambut lembut buku nota kecil itu. Imam berlalu pergi, Qayyum menyelak muka surat pertama buku itu. Tertera tulisan "La- Tahzan (Allah Ada) ~Yakin pada Allah bukan mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakan keredhaan pada ketentuanNya. Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah, tersiram rahmat dan hikmah, Diujinya kita sebagai tanda sayangNya pada kita..." Terkedu Qayyum, sebak menyelubungi diri, Dia beristigfar..."Subahanallah" dia hampir putus harapan, selama ini dia mengharapkan balasan terus dari doa-doanya pada Allah. sesungguhnya Allah sedang mengujinya"
Azan berkumandang, megejutkan Qayyum dari lamunan. Azan itu menandanya telah masuk waktu Isyak Qayyum bingkas bangun dan pergi berwudhuk.

Selepas selesai solat Isyak, Qayyum tidak juga balik ke rumah. Hajatnya ingin berQiamullai di surau itu. Mencari jawapan dalam Istikharah, Mencari petunjuk dalam Tahajjud, Mencari ketengan dalam Munajat.

********************

Pagi itu Qayyum tidak ke pejabat terasa penat sedikit kerana berjaga malam lakukan Qiamullail. Dia hanya rehat di rumah. Urusan pejabat dah di serahkan kepada setiausahanya buat sementara. Dengan menceraikan isterinya. Qayyum rasakan bukan satu penyelesaian masalah yang dihadapinya. Atas nasihat Imam dan solat Istikharah yang dibuat dia ketemui jawapannya. Dia ingin rujuk balik dengan isterinya. Tapi apakah isterinya dapat menerima kembali dengan lafaz talak yg dibuat atas desakan abang iparnya?? Tiba-tiba ada panggilah menyinggah di hand phone nya. Pemanggil "Abi" bekas bapa mertuanya Hj. Amir.

"Assalamualaikum, Abi"
"Waalaikumusalam.... Qayyum, Abi nak bagi tahu sesuatu"
"Kenapa...Abi??" ada nada risau.
"Qayyum, Humairah mengandung... Kandungan dia dah masuk 3 minggu" Hj. Amir memberi tahu.
Mata Qayyum berair disaka air mata kegembiraanya. "Abi, Saya..saya" tak terluah oleh kata-kata.
"Qayyum, Abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video, Kamu hayati dan fikirlah baik-baik. Semuanya di tangan kamu"
"Terima kasih Abi" Selepas salam berbalas.Talian di matikan. Syukur dengan rahmatnya, Qayyum memanjat kesyukuran pada Ilahi. Dia bakal jadi ayah. Dan itu bererti penceraian dia dengan Humairah tidak sah. Mereka masih lagi suami isteri yang sah.

Qayyum membuka emailnya menggunakan Ipad. Abinya agak moden kerana beliau merupakan seorang dekan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Wajarlah, Alongnya tidak mahu adiknya Humairah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. "Kamu hayatilah dan renung-renungkanlah. Kesihan Abi tengok Humairah, dia sangat-sangat memerlukan kamu ketika ini"
Air mata Qayyum jatuh lagi saat dia melihat video itu. Sebak tidak tertahan, Dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami
"Astaghfirullahalazim" beristighfar Qayyum. "Ya Allah...apa yang telah aku lakukan ni"

********************


Tengahari itu Qayyum bergegas balik ke KL, untuk menemui Humairah yang perlukannya pada ketika ini. Erat Humairah memeluk suaminya saat Qayyum masuk kedalam rumah Abinya. Hj. Amir hanya senyum melihat mereka.
"Abang please....jangan pernah tinggalkan saya lagi" esak Humairah.
Qayyum yang terkedu itu mengesat air mata Humairah "Shhhtt.... abang dah datang ni. Jangan nangis lagi ya" Mata mereka bertentangan. Humairah mengganguk dan memandang Abi dan Uminya.
"Jaga dia baik-baik Qayyum." Pesan Hj. Amir.
"Terima kasih Abi....Umi" Sayu Qayyum bercakap. Dia memegang nasihat Abinya itu.

Nasib Alongnya ada Confrence dekat Singapura. Jadi tidak perlu dia berdebat dengan alongnya itu.Terima kasih ya Allah, Kau permudahkan urusan ini.
"Kami balik dulu Abi.. Umi" Qayyum bersalam dengan kedua mertuanya itu dituruti Humairah. "Assalamualaikum"
"Waalaikumusalam"

********************

"Saya sayang abang" Luah Humairah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk balik ke Kemaman, Terengganu. Qayyum yang tengah memandu itu senyum. Memegang tangan isterinya lalu mencium "Abang pun sayang, Sayang"
humairah senyum senang. Humairah meletakan kepalanya di bahu Qayyum yang sedang memandu itu.
"Sayang" Panggil Qayyum
"Ya?" Humairah memandang suaminya yang tengah memandu itu.
Qayyum dian sekejap." Thank's"
"Thank's....untuk apa?"
"Sebab awak, saya dah banyak berubah" Humairah ketawa kecil
"Bukan sayalah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati Abang"
"Tapi kalau Abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, Abang tak berubah" kata Qayyum
Humairah senyum "saya hanya perantaraan je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz" Qayyum mengangguk dengan mata masih lagi fokus pada pemanduan.
"Thank's, sekali lagi"
Dahi Humirah berkerut "untuk apa lagi?"
"Settelkan hutang-hutang syarikat"
"Kita kan suami isteri, kena saling membantu" Humairah menjawab.
"Tapi, mana Sayang dapat wang sebanyak tu?" Soal Qayyum
Humairah mendiamkan diri seketika

Qayyum memandang Humairah sekilas "Sayang...mana awak dapat wang sebanyak tu?"
Humairah terkelu untuk menjawab "Ermmm rezeki Allah" Humairah seperti merahsiakan dari mana dia perolehi wang yang sebanyak itu.
"Dari mana?. Tak kan jatuh dari langit" Soal Qayyum dengan lembut.
"Abang, saya laparlah. Jom kita singgah makan, dekat depan tu ada restoran Seribu Bintang. Orang cakap makan kat situ sedap" Humairah cuba menukar topik perbualan mereka.
Qayyum lupa apa yang disoal dia tadi. Kereta di belokkan dan berhenti di restoran yang Humairah katakan itu.


*******************************************************************************************************


Part 5


Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa bahagia. Tiba-tiba, Humairah terbatuk, Qayyum terkejut. Humairah juga terkejut melihat tangannya berdarah selepas menekup mulutnya ketika dia batuk. Qayyum terus menerpa ke arahnya.
"Sayang..." terkelu lidah Qayyum sewaktu melihat darah itu.
Humairah senyum "biasalah ni, cuaca panas tu yang tekak berdarah"
"Kita pergi klinik" ajak Qayyum.
Humairah dah pening."Tak apa....sikit je nanti minum air masak banyak-banyak baik lah tu" abang jangan risau.
"No...nampak serious ni" ujar Qayyum yang melutut di sisi Humairah yang duduk di kerusi.
Humairah ketawa perlahan yang dibuat-buat. "Abang ni, panas jelah ni. Saya nak pergi toilet kejap"
Sedaya upaya Humairah cubah melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut, dia rasa sakit yang amat di kepala. Qayyum tidak tahu hendak berbuat apa-apa, Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. "Ya Allah semoga baik-baik saja"

Saat Humairah berjalan menuju ke tandas, Humairah rebah dan pengsan. Qayyum yang duduk di kerusi terkerjut dan terus menerpa ke arah isterinya yang rebah itu. Di pangku kepala Humairah, sambil menggerak isterinya.
"Sayang.. Sayang.. Sayang, bangun Sayang!!" Humairah tidak sedarkan diri. Pelanggang yang datang makan di restoran itu memenuhi sekeliling ruang tempat Humairah rebah. Qayyum terus mengangkat isterinya dimasukan Humairah ke dalam kereta bahagian tempat duduk belakang. Qayyum terus pecut kereta dan bawa Humairah ke hospital berdekatan.

Setiba di hospital, Humairah terus di bawa masuk ke bilik rawatan kecemasan. Qayyum menunggu di luar dalam kerisauan dan keresahan. Qayyum mengharapkan keadaan Humairah selamat. Setelah 30 minit menunggu Humairah dalam bilik rawatan kecemasan. Doktor yang merawat Humairah keluar.
"Doktor, bagaimana keadaan isteri saya"
"Mengikut pemeriksaan yang kami buat, Keadaan isteri encik lemah, mungkin kerana dia mengandung" Jelas doktor.
"Tapi doktor... isteri saya batuk berdarah" bicara Qayyum dengan perasaan risau.
"Owhh... Kondisi air dalam badannya kurang, dan sebab itulah dia mengalami batuk berdarah akibat kepanasan dalam badan. Lagipun keadaan cuaca sekarang agak panas. Saya dah masukan air pada isteri kamu dan dia ditahan di hospital buat semantara waktu. Jika keadaannya dah baik isteri awak boleh keluar" Qayyum menganguk. Doktor bereda dari situ.
Qayyum menadah tangan "Ya Allah, Alhamdulillah..." Qayyum meraup mukanya sebagai tanda syukur.

Setelah semalam di hospital, ke esokan harinya Humairah dibenarkan keluar dari hospital. Humairah kelihatan sihat dan ceria.
"Sayang...baik-baik" Qayyum memimpin tangan Humairah. berjalan semasa menuju ke arah tempat letak kereta.
"Abang...saya dah sihatlah. malulah orang tengok, saya tak apa-apa"
"Sayang...kan doktor dah pesan suruh jaga sayang baik-baik. Sayang tu masih lemah lagi."
Nasihat Qayyum dengan lembut dan penuh kasih sayang.
"Ya lah-ya lah.... Doktor Qayyum" Humairah senyum. Qayyum mencuit hidung Humairah, Qayyum senyum pada isterinya. Mereka menuju ke arah kereta dan berlalu pergi meninggalkan perkarangan hospital itu.

****************
9 Bulan selepas itu....

Kandungan Humairah juga genap 9 bulan. Mereka suami isteri hidup bahagia. Syarikat Qayyum bebas dari belengu hutang. Hubungan Qayyum dengan abahnya Dato' Azizul kembali baik. Tetapi hubungan Qayyum dengan abang iparnya Syahir masih dingin macam dulu.

"Krrriiiinnnnggggggg" bunyi jam loceng, memecah kesunyian awal pagi. Jam menunjukan 4:30 pagi. Humarah menggerakan Qayyum yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya.
"Abang... bangun bang" Qayyum masih lagi tidak sedarkan diri.
"Encik Qayyum...bangun!!" kejut Humairah lagi. Qayyum memusingkan badannya dan masih tidur. Akibat kepenatan bekerja siang hari tadi.
"Abang...abang... bangun" Kuat Humairah menggerakannya.

Qayyum membuka matanya perlahan-perlahan "Hurmmm... kenapa sayang?"
"abang, jom buat qiamullai berjemaah.Kita tak pernah qiamullai berjamaah" Qayyum duduk mengadap Humairah.
"Jam berapa sekarang?"
"4:30 pagi" jawab Humairah.
"Jom" ajak Qayyum.Sayang pergi ambil wudhuk dulu.
"Okay" Sambil turun dari katil sempat Humairah mencium pipi suaminya. Qayyum tergamam, sambil memegang pipinya. Kenapa pada malam itu sikap Humairah berlainan? Dia rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Atau mungkin perasaan dia yang bercelaru. Humairah hanya ketawa halus dan masuk ke dalam bilik air. Malam itu mereka berdua sama-sama mengerjakan solat tahhjud dan bermunajat pada Allah. Setelah selesai berqiamullai, Humairah bersalam dengan suaminya.

"Abang, saya nak minta maaf jika saya terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang" Sudah menjadi kebiasaan Humairah memohon kemaafan pada suaminya selepas solat.
"Halalkan semua makan minum saya...." Humairah menitiskan air mata saat itu.
Qayyum menarik Humairah dalam pelukannya "Abang pun nak minta maaf andai ada tersalah kata yang menyakitkan hati sayang. Abang minta halal juga semuanya" Dahi isterinya dicium, di saka air mata isterinya. Qayyum menahan sebak dalam hatinya. Kenapa perasaan sedih dia rasakan pada malam itu.
"Allah dah makbulkan doa saya untuk dapatkan suami yang soleh" ucap Humairah dengan senyuman. Qayyum membalas senyuman.
"eeemm... nak ikut abang Subuh dekat surau tak?"
Humairah geleng kepala. "Abang boleh, tak saya sembahyang dekat rumah je? Letihlah"
Qayyum mengangguk "Baiklah, nanti abang belikan sarapan"
"Terima kasih abang. Saaayangggg abang!!" Lirih Humairah dan senyum.
"Sayang, sayang juga". balas Qayyum.
"Abang, jangan lupa doakan rumah tangga kita sampai Syurga" kata Humairah dengan lembut.
"Sure, Sayang" Humairah bersalam dengan suaminya dan mencium tangan suaminya. perasaan dia hiba, entah mengapa. Suaminya Qayyum mengucup dahinya. Saat suaminya mengucup dahinya air matanya bertakung di kelopak mata. dengan pantas dia disaka air mata itu takut suaminya melihat dia bersedih. Qayyum rasa pelik dengan perangai isterinya pada pagi itu. Qayyum menggangap itu mungkin perubahan hormon orang mengandung. Humairah menghantar Qayyum di depan pintu rumah. Qayyum hilang dari pandangan bersama-sama keretanya.

Tiba-tiba Humairah batuk kuat, dilihat tapak tangannya mengandungi darah. Humairah terkejut. Dia segera mebasuh darah itu dan berwudhuk untuk solat Subuh. Perasaannya risau bercampur sedih. Selama ini Humairah merahsiakan kepada suaminya yang dia menghidapai Cancer Hati. Selain dari suamianya, Abi, Umi dan Alongnya tidak mengetahui dirinya menghadapi cancer itu. Selesai mengerjakan solat Subuh. Humairah berdoa.
"Ya Allah....jangan Kau ambil nyawaku di saat ku kecapi bahagia tika ini" air mata Humairah tidak tertahan terus mengalir.
"Aku bukan takut mati, tapi aku tak nak mati ketika ini. Ya Allah...andai permintaan aku melawan fitrah Mu, ampunkan aku. " Humariah terus menangis dengan kedudukan bersujud.Dia mengharapkan doanya terkabul. Humairah lena dengan tangisannya di atas sejadahnya itu


Humairah tersedar dari lenanya. Dia membuka telekung yang di pakainya. Dia melihat jam sudah 7:30 pagi. Kelibat suaminya belum kelihatan. Tiba-tiba telefonnya berbunyi, nombor pemanggil tertera "Abang" suamianya. Dia menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumusalam.....abang kat mana ni" Humairah menjawab salam dengan nada ceria.
" Boleh saya bercakap dengan Puan Huamirah" suara perempuan yang bercakap
"Ya saya Humairah. Siapa yang bercakap ni?" soal Humairah dengan nada risau.
"Puan...puan isteri kepada Encik Qayyum bin Azizul?"
Huamirah mula resah "Ya saya."
"Saya nurse dari Hospital Besar Kemaman. Puan jangan terkejut, suami puan kemalangan jalan raya"
Humairah terkejut. Hand phonenya dilepaskan. "Ya Allah...... Humairah memegang perutnya yang sarat itu. Terduduk Humairah. Air matanya mengalir, Humairah menagis, dia mengharapkan suaminya selamat.


***************

Humairah ke Hospital dengan Alongnya. Abi, Umi dan Keluarga suaminya sudah berada di hospital menunggu jenazah Qayyum untuk dibawak pulang. Humairah hanya diam ketika berada di dalam kereta semasa menuju ke hospital. Sewaktu tiba di hospital Humairah terkejut melihat ramai orang di unit kecemasan. Dia melihat sekeliling abahnya Dato' Azizul sedang menangis. Dia melihat uminya juga menangis. Dia nampak doktor keluar dari bilik kecemasan, perlahan Humairah melangkah ke arah bilik itu.
"Maaf, dia tak dapat diselamatkan" Lemah lutut Humairah dengar. Humairah cuba kuatkan semagat untuk melangkah kakinya menghampiri katil yang suaminya di tempatkan.

"Ya Allahhhh" air matanya cuba ditahan, Sakit, dia melihat suaminya Qayyum baring tenang di atas katil itu. Wajah suaminya mengalami sedikit kesan calar. Humairah mengangkat sedikit kepala suaminya dan di kucup dahi suaminya lembut. Lepas itu kakinya sangat lemah. "Ya Allahhh beratnya ujian ini.....takkkkkk!!!" jerit Humairah dan terduduk. Dia menangis . Hajah Sapinah menenangkan anaknya.
"Sabar... Humairah, bawa mengucap"
"Bukan Abanggg..Umi, bukan Abang" tangis Humairah.
Hajah Sapinah mengusap bahu Humairah "Dah ditentukan ajalnya...sayang" sebak Hajah Sapinah.
"Tak... tak... bukan Abang..bukan Abang...Umi" sayu Humairah memeluk Hajah Sapinah.
Sekali lagi Huamirah memandang jenazah suaminya. "Sakit Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat!!! kenapa Ya Allah. Abangggggg....."


**********************************************************************************
Part 6

"Sayang...Sayang.. Humairah Sayang. Bangun, kenapa tidur atas sejadah ni?"
Humairah membuka mata, melihat suaminya berada di hadapannya. Humairah memeluk erat suaminya. Rupanya dia hanya bermimpi.
"Abang janji jangan tinggalkan saya" Humairah tidak melepaskan pelukannya.
Qayyum hairan dengan sikap Humairah."Ya Abang janji. Abang tak pergi mana-mana. Sayang ni mimpi ni"
Qayyum tolong bukakan telekung yang dipakai Humairah." Dah bangun, mari kita sarapan. Abang belikan Nasi Dagang untuk sayang." Humairah bangun mengikuti suaminya ke dapur. Humairah masih lagi dalam binggung. Andai mimpi itu benar-benar terjadi, tidak tahu apa yang akan berlaku terhadap dirinya.



Qayyum memasukan lauk-lauk dan Nasi Dagang ke dalam pinggan. Humairah hanya memerhati apa yang sedang suami dia lakukan.
"Sayang, masih belum sedar lagi ke? Soal Qayyum
Humairah membisu "Sayang....kenapa ni? tak sihat ke?. Dah makan sikit, tak lama lagi awak dah nak bersalin. Jadi kena makan banyak sikit. Biar bertenaga" Bicara Qayyum pada isterinya.
Humairah mula bercakap " Abang saya mimpi tadi. Saya takut sangat"
"Sayang, mimpi apa? bagi tahu Abang" Qayyum senang hati isterinya mula sedar dari lamunan.
"Saya mimpi Abang kemalangan. Abang tinggalkan saya untuk selamanya" Humairah menceritakan mimpi yang dialaminya kepada suaminya. Qayyum mendengar dengan penuh perihatin.
Qayyum senyum " tulah..Sayang suka sangat tengok drama Melayu, kan dah terbawa dalam tidur. Sayang abang takan pergi tinggalkan Sayang. Abang janji"
Humairah senyum dangan senanag hati.


Tengahari Qayyum terpaksa ke pejabat kerana ada urusan sedikit. Humairah hanya berehat di rumah. dia dah mula cuti beberapa hari lagi dia akan bersalin.
"Sayang...jaga diri baik-baik. Abang pergi pejabat sekejap je. Kalau apa-apa hal, call abang tau" pesan Qayyum pada Humairah. Seperti biasa Humairah akan menghantar suaminya di depan pintu rumah.
"Abang, hati-hati drive" ingatkan Humairah pada suaminya.
"Okay, sayang. Makan malam nanti Abang masak. Abang pergi dulu. Assalamualaikum" Qayyum "Waalaikumusalam" Humairah melambai tangan pada suaminya. Suaminya tergesa-gesa sehinggakan Humairah terlupa untu bersalam dengan Qayyum.


Hampir masuk waktu Asar. Qayyum memasukan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari pejabat. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi bahan-bahan untuk dimasak makan malam. Qayyum keluar dari kereta Prrrrrraaaannnggggggg!!! terkejut Qayyum mendengar pinggan pecah. Dia terus berlari masuk ke rumah, Qayyum ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas Qayyum cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu.Qayyum menuju ke dapur, apabila dia masuk ke dapur dia terkejut. Darah berlimpah, Isterinya....
"Sayangggg...." jerit Qayyum melihat Humairah yang menahan sakit akibat ditikam dengan pisau. Qayyum cuba mengejar kelibat dua orang tadi. Tetapi malangnya ada orang telah menekup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Qayyum tidak bernafas dan pengsan.



****************


Qayyum terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke dalam rumah. Matanya beralih ke kiri.
"Ya Allah...Sayang" Qayyum memangku Humairah yang lemah itu. Entah macam mana Qayyam terpegang pisau yang menikam di perut Huamirah. Qayyum mencampakan pisau itu ke tepi dinding.
"Ha...ini tuan yang membunuhnya!!" Terkejut Qayyum takkala anggota PDRM masuk ke dalam rumahnya.
"Bukan.. saya cik" Qayyum cuba menjelaskan. .
"Dah bawa dia. Cuba periksa nadi mangsa" arah anggota salah seorang PDRM itu.
Tangan Qayyum digari " bukan saya!" Qayyum terkejut melihat abahnya Dato' Azizul juga turut berada di situ.
"Abah....bukan Qayyum, Abah!!"anggota PDRM itu membawa Qayyum keluar dari rumah itu. Abahnya hanya menggeleng kepala dengan air mata berlinangan.
"Bukan Qayyum.... Bah!!" sewaktu keluar.
Pada petang itu ramai orang, jiran-jiran yang memenuhi rumahnya untuk melihat apa yang berlaku. Qayyum memandang Abi, Umi dan Alongnya.
"Abi, bukan saya....Umi!!" meronta-ronta Qayyum pinta dia dipercayai.
"Apa kau dah hilang akal ke?? BANGSAT...... kau bunuh adik aku!!" Herdik Syahir, Syahir merkam ke arah Qayyum, dia cuba melepaskan tumbukan ke arah muka Qayyum. Abi sempat menahan. Abang iparnya. yang merah matanya mungkin sebab menangis.
"Bukan saya. Abi.. Umi.. percaya saya" Qayyum merayu.
"Cepat bawa dia... Kau memang tak guna" arah Syahir.
"Ya Allah ujian apa lagi yang kau berikan ini? Ya Allah izinkan aku dapat berjumpa dengan isteriku. Ya Allah selamatkan isteriku dan anakku." Air mata Qayyum jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang..." Sayang...."

*****************
Qayyum ditahan di penjara buat sementara, kesnya di siasat dan Qayyum dituduh melakukan cubaan membunuh. Qayyum akan di hadap ke muka pengadilan. Abang iparnya yang ingin dia di hukum dengan kesalahan itu. Jika mahkahmah dapat membuktikan Qayyum bersalah Qayyum akan dihukum. Haji Amir melawat menantunya di penjara.
"Abi...percyalah saya" Haji Amir senyum
"Sabar Qayyum, Kebenaran akan terungkap. Barsabarlah" bicara Haji Amir.
"Abi...bagaimana keadaan Humairah?" Qayyum bertanya dengan kerisauan.
Haji Amir senyap. Air matanya bergenang. Sebak terasa dihatinya. "Sabarlah....Qayyum, banyak-banyakan berdoa. Doa itu senjata orang-orang mukmin, gunakan ia sebaik-baiknya" Haji Amir bangun dari kerusi itu.
"Abi.... jawab saya Abi, Humairah macam mana?" merintih Qayyum dengan sebabkan yang tidak tertahan lagi. Mertuanya tidak menjawab pertanyaannya.
"Abi kena pergi.... banyak-banyak bersabar. Ingat Allah sentiasa" Haji Amir memesan pada menantunya.
"Assalamualaikum" Haji Amir terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Qayyum mendengar kata-kat Abinya.
"Ya...Allah, Aku tak kuat menanggung ujian Mu ini" Qayyum teringat nota yang dibaca ditulis oleh isterinya
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tidak berdaya" (MUSLIM)

"Encik, Saya nak sejadah dan Al-Quran" pinta Qayyum pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah, sepanjang berada dipenjara warden-warden berlembut dengannya.
"Terima kasih Ya Allah, Kau melindungi aku" Qayyum mengerjakan solat sunat, membaca Al-Quran dan dia tidak putus-putus bemunajat pada Allah agar di keluarkan dalam belenggu masalahnya. Air matanya terus mengalir memohon pertolongan dari Allah.
Sebulan ditahan dalam penjara, mahkamah memutuskan Qayyum tidak bersalah dan bebas dari tuduhan membunuh. Selepas hakim bacakan keputusan itu dalam mahkamah, Qayyum turun dari kandang orang yang tertuduh dia lakukan Sujud Syukur. Tanda syukur pada Allah.
"belajarlah diam dari banyak bicara, belajar sabar dari sebuah kemarahan, belajar kesusahan dari hidup senang, belajar menangis dari suatu kebahagiaan, belajar keikhlasan dari kepedihan, belajar tawakal dari ujian, belajar redha dari satu ketentuan. Alhamdulillah" Berulang -ulang ayat itu keluar dari mulut Qayyum
Haji Amir hanya senyum melihat wajah menantunya itu.
"Bebas juga saya Abi.." Kata Qayyum
"Alhamdulillah...Allah tunjuk kekuasaanNya dengan anggota polis yang menemui kain yang menekup kamu dan dompet perompak yang tercicir. Polis dan menagkap mereka" bicara Haji Amir
Qayyum senyum "Terima kasih Ya Allah. Abi kita pergi jumpa Humairah" Bicara Qayyum ceria. Haji Amir tersentak. Dia hanya menganggukan perckapan menantunyaitu.Qayyum duduk di bahagian sebelah pemandu. Abahnya Dato' Azizul telah berangkat ke Makkah mengerjakan Umrah. Sebagai tanda bersyukur Qayyum tidak bersalah.Qayyum hanya senyum sepanjang jalan. Tidak sabar hendak bertemu isterinya...dia teramat rindukan isterinya, Sebulan lebih dia tudak bertemu.
Mereka sampai di Hospital,Qayyum terkejut "Abi kenapa di sini?"
"turun dulu Qayyum...Jom" Ajak Haji Amir. Qayyum menuruti
Sewaktu tiba di depan wad Qayyum terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar bilik itu, dia nampak abang iparnya Sayhir menangis. Dia nampak Uminya juga sedang menangis. Dia nampak doktor, perlahan Qayyum melangkah kearah bilik itu.
"Maaf, kami tak dapat selamatkan dia" doktor itu memberi tahu pada Uminya.
terasa lemah dirinya, kakinya seolah-olah tidak dapat memijak bumi. Qayyum cuba kuatkan semangat. Humairah telah pergi meninggalkan mereka. Bukan kerana kesan tikaman tetapi kesan dari barah hatinya yang kritikal, kesannya Humairah tidak dapat bertahan.

Qayyum menghampiri katil yang menempatkan isterinya"Ya Allah....." Air matanya cuba di tahan.
Dia melihat Humairah tenang terbaring di atas katil itu, seperti sedang tidur. Uminya datang membawa seorang bayi perempuan dan berikan kepada Qayyum. Bayi itu merupakan anaknya. Bayi itu dilahirkan melalui pembedahan. Doktor terpaksa lakukan pembedahan ke atas Humairah untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan. Kesan tikaman hampir menembusi anak dalam kandungan. sejak dari di masukan Humairah koma, kehilangan banyak darah dan komplikasi pada hatinya juga.
Qayyum mendungkung anaknya dan diletakan di sisi jenazah isterinya. Qayyum mengangkat sedikit kepala isterinya dikucup dahi isterinya dengan lembut dan penuh kasih sayang. Selepas itu kakinya sangat lemah.
"Ya Allah beratnya ujian ini" Qayyum menagis dan terduduk. Haji Amir menenagkan menatunya.
"Sabar Qayyum.....bawa beristighfar"
"Abi tu bukan Humairah abi....tu bukan dia Abi....BUKANNNNNNN!!!" jerit Qayyum.
Haji Amir mengusap bahu Qayyum. "Dah sampai ajalnya" sebak Haji Amir.
"Ya Allah.....kenapa dia...Ya Allah" sayu Qayyum megungkap. Anaknya disisi jenazah isterinya menangis seakan mengentahui dia kehilangan ibunya.Qayyum bangun dan mendukung anaknya dan duduk dia di sisi jenazah isterinya itu.
"Sayang anak, kita sayang.. mata dia sama macam mata sayang"
Uminya Hajah Sapinah, lari dari situ kerana sebak melihat menantunya sedemikian.
"Sayang....bangun sayang, Abang dah balik ni" Qayyum menggerakan isterinya dengan lembut
Haji Amir bergenangan dengan airmata.
"Ya Allah....Ya Allah....Sakitnya rasa ini. sakit sangat!! Kenapa Humairah Ya Allah....." Air mata lelakinya deras mengalir.

***************
5 bulan berlalu....
Qayyum menutup buku agama yang dibacanya itu. Buku itu diletak di sisi katil. Pelipisnya digosok. 5 bulan berlalu Humairah pergi menemui Ilahi. Qayyum cuba kembali ke reality. Abah dan Abinya puas meredakan hatinya. Puas mereka menghantar Qayyum berubat. Waktu itu hanya Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya Qayyum kehilangan orang yang disayangi dalam sekelip mata. Benarlah ajal maut ketentuan Tuhan.
Qayyum akur, setiap hari dia tidak pernah lupa untuk bacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah, inspirasi hatinya. Humairah memang isterinya baik. Humairah yang sentiasa berada bersamanya bila dia dalam keadaan sempit. Humairah yang menjelaskan hutang-hutang syarikatnya dengan menggunakan wang simpanannya. Wang simpanan Humairah itu sebenarnya isterinya simpan untuk pergi Makkah menunaikan haji dan menangung kos rawatan cancer hatinya. Bila dia rasa rindu teramat sangat pada arwah isterinya dia banyakan bermunajat pada Allah. Mujur ada Siti Khadijah Humairah, dapat dia melepaskan rindu pada isterinya. Khadijah pengikat kasih sayang mereka walaupun isterinya telah pergi. Qayyum turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abahnya di villa mereka.
"Qayyum nak pergi mana nak?" dia senyum
"Abah" Qayyum menghampiri Abanya dan berslam mencium tangan lelaki itu.
"nak keluar" beri tahu Qayyum.
"nak ke mana malam-malam ni?' soal Abahnya lagi dengan lembut
"ermmm...pergi masjid. Saya pergi dulu Abah. Assalamualaikum"
Qayyum sempat mencium anaknya yang berada dalam dukungan abahnya itu.
"Waalaikumusalam" balas abahnya, Dato' Azizul.

**************
Qayyum meletakkan keretanya di hadapan masjid. Senyumanya terukir. Dia keluar dari kereta, kakinya melangkah masuk pintu utama masjid. Setelah berwudhuk Qayyum mengerjakan solat sunat masuk masjid. Selepas itu dia melakukan solat Taubat. selesai melakukan solat dia meneruskan berMunajat pada Allah dan diteruskan dengan membaca Al-Quran.
"Assalamualaikum" Sapa seorang lelaki separuh umur.
Qayyum memberhentikan bacaanya :Waalaikumusalam"
"Anak ni musafir ke? dah lewat malam ni" Qayyum senyum. Dia tahu hampir 12 tengah malam.
"Tak...Saya ingat nak tidur sinilah pakcik, nak Qiamullai"
"Ohh...kalau begitu pakcik balik dululaj ya" Qayyum mengangguk.
Setelah hampir satu juzuk Qayyum membaca Al-Quran. Jam menunjukan jam 4:30 pagi.
Qayyum bingkas bangun untuk mengerjakan solat Tahjjud. Qayyum menyimpan semula Al-Quran itu ke rak.

Setelah selesai mengerjakan solat Tahjjud Qayyum berMunajat, hatinya rindu sangat pada arwah isterinya. Qayyum masih berada di atas sejadahnya. Air mata Qayyum mengalir deras. Perit rasa hatinya, mengenangkan kembali saat-saat dia bersama arwah isterinya. Qayyum bersujud menangis di atas sejadah
"Ya Allah rindunya aku pada dia...."Air mata Qayyum terus mengalir.
Tiba-tiba, ada cahaya yang menyingah masuk ke dalam masjid. Qayyum bangun melihat cahaya itu dia terpandang seseorang. " Sayanggg..." Qayyum bangun berdiri menghampiri Humairah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung.
"Sayanggg..." Qayyum memegang tangan Humairah.
"Jangan tinggal abang lagi" tangan itu dikucup. Humairah hanya senyum dan menarik tangan Qayyum agar mengikutinya.

***************

Lemah lutut Dato' Azizul sewaktu mendapat berita dari masjid. Cepat-cepat dia bergegas ke masjid yang dikatakan pemanggil itu.
"Itulah Dato' malam tadi saya jumpa dia, sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur di masjid. Saya ya kan jelah. Tak tahu pula saya ajalnya dah tiba" bicara pakcik yang menegur Qayyum malam tadi. Sebak Dato' Azizul mendengar
"Terkejut saya pagi tadi melihat dia tertidur dalam bersujud atas sejadah. Saya kejutkan dia untuk bangun solat Subuh. tapi dia tak bergerak dan badannya rebah ke kanan. saya baringkan dia, suruh orang check nadi dia. Dia dah tak ada, dia dah pergi menemui ilahi" ceritakan pakcik itu pada Dato' Azizul.
Mengalir air mata Dato' Azizul abahnya Qayyum "Ya Allah.... semoga roh anakku dan menantuku di bawah rahmatMu"
TAMAT
"Kekadang hidup ini tidak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tidak sama dengan apa yang kita inginkan. Untuk kisah ini, bagi Qayyum satu pengakhiran yang baik "Khusnul Khotimah". Qayyum sempat mendekatkan dirinya dengan Allah, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagaimana pula kita?? Permualaan hidup kita sangat indah dengan dilaungkan Azan dan Iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar ialah kalimah "Syahadah" alangkah indahnya jika hidup kita berakhir dengan lafaz kalimah indah itu. Marilah berusaha menjadi seorang hamba yang baik. Ingat mati itu pasti, Sayurga dan Neraka yang menanti. Wallahua'lam"


*Sila tinggalkan komen anda diruangan ulasan :)