Ahad, 24 Oktober 2010

“Menebus Janji D’ Pusara”

Menebus Janji D’ Pusara, hikayat ini dicoret untuk dijadikan ikhtibar dan pengajaran kita bersama.  

gambar hiasan
Menebus janji di pusara, meriwayatkan kisah seorang ayah, abang dan adik.  Kisah seorang adik merupakan juga sorang anak yang pernah menggadai janji terhadap ayah dan abangnya. Adik itu ialah Isa. Isa merupakan seorang yang berpendidikan tinggi, seorang yang berjawatan tinggi, seorang yang berpengaruh tinggi. Tetapi sayangnya semua itu telah membuatkan diri Isa terapung-apung di awan-awangan. Lupa akan asal usul, titih menitih keturunannya, daripada mana dia datang.

Ya, memang benar apa yang dirasai dan dia miliki pada hari adalah hasil dari usaha kerasnya sendiri. Tetapi bukan itu yang aku maksudkan disini. Isa tidak mengerti akan fitrah dirinya. Fitrah daripada mana dia datang? Tiada manusia yang tercipta di muka bumi ini tidak beribu, berbapa mahupun bersaudara. Melainkan Nabi Allah Adam a.s  dan Nabi Allah Isa a.s.

Apa dirinya dah dianggap seperti Nabi Allah Isa a.s, tidak memerlukan hadirnya seorang bergelar ayah dalam dirinya?? Tidak mungkin itu terjadi. Dia Isa biasa yang lahir dari perut ibunya yang punyai seorang ayah mahupun seorang abang. Abangnya bernama Seman. Seman seorangnya tidak berpendidikan tinggi, diri Seman sekadar pandai membaca, mengeja dan mengira. Seman bekerja sebagai nelayan sepenuh masa seperti ayahnya Omar.

Omar suatu ketika dahulu pernah berkahwin dengan seorang perempuan bernama Rokiah. Hasil perkahwinannya mereka suami isteri mereka dikurniakan anak iaitu Isa dan Seman. Jodoh diantara omar dan Rokiah tidak pangjang. Mereka berpisah di persimpangan jalan. Kita sebagai manusia biasa harus percaya jodoh, ajal maut di tangan Tuhan. Omar dan Rokiah berpisah tiada sengketa mahupun dendam di hati mereka.

Isa dan Seman dibesarkan oleh Rokiah tanpa hadirnya lelaki lain setelah Omar pergi dalam hidupnya. Rokiah membesarkan anak-anknya dengan menjual makanan tradisonal melayu. Dan mengambil upah membuat kerja-kerja kampung. Demi membesarkan anak-anaknya, Rokiah tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dalam hidupnya. Asalkan di matanya anak-anak sihat dan selesa serta cukup makan dan pakai.

Omar sejak berpisah dengan Rokiah, tidak pernah sekalipun menghulur bantuan untuk anak-anak dan bekas isterinya. Omar sudah berkahwin lain dengan seorang janda beranak satu. Hubungan Omar dengan Isa dan Seman berjauhan dan ada jurang diantara anak dan ayah. Omar terlalu ikutkan kata-kata isteri barunya. Sehinggakan anak sendiri diabaikan. Anak tiri ditatang bagaikan minyak yang penuh. Bak kata pepatah “anak dirumah mati kebulur kera dihutang disusukan”

Perumpaan itu terlalu kejam bunyinya. Tetapi itulah hakikat sebenarnya yang dihadapi oleh Isa dan seman. Pernah sekali Isa pergi berjumpa dengan ayahnya, untuk meminta sedikit sumbangngan untuk menampung yuran pengajiannya. Tetapi Isa di halau oleh isteri baru ayahnya. Pada ketika itu ayahnya hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Pulangnya Isa ke rumah menceritakan peristiwa yang terjadi terhadap dirinya kepada ibunya dan abangnya. Perasaan hancur hati seorang ibu, mengenangkan perbuatan seorang ayah terhadap anaknya Rokiah hanya mampu menitiskan air mata. Tidak menyangka Omar sanggup berbuat begitu terhadap anaknya Isa.

Tetapi Rokiah tidak melatah akan perbuatan Omar terhadap anak-anaknya. Kerana Rokiah menganggap semua itu ujian dari yang Esa, yang maha berkuasa. Rokiah mengubati luka hati Isa dengan berpesan

“ jangan kau benci ayahmu, walau buruk macam mana sekalipun perangai ayahmu..dia tetap ayahmu dunia dan akhirat”

Isa sejak peristiwa yang dilalui tempoh hari, perasaan benci dan dendam tersemat dihatinya terhadap ayahnya Omar. Sebaliknya Seman seorang yang penyabar dan pemaaf orangnya.

Selapas tamat pengajian Isa bekerja sebagai seorang guru. Manakala Seman tidak sebaik nasib Isa Seman hanya bekerja sebagai nelayan. Isa dan Seman masing-masing telah berkahwin dan dikurniakan beberapa orang anak. Dendam Isa terhadap isteri baru dan ayahnya sememang yang tidak pernah terpadam kesan dihati Isa, walaupun bertahun-tahun sudah berlalu.

Tetapi Seman dapat menerima ayahnya dan ibu tirinya itu. Kerana Seman tinggal berhampiran dengan rumah ayahnya. Ayahnya dan Seman sama-sama merupakan nelayan. Ibu tirinya juga baik dengan anak-anak seman begitu juga ayahnya Omar. Omar dan isterinya dah berubah kerana mereka sudah tua dan apa yang pernah dibuat oleh mereka dahulu adalah satu kesilapan. Hubungan seman dengan adik tirinya Jali rapat dan baik seperti adik beradik.

Rokiah ibu mereka menghidapi penyakit kenser hati dan telah pergi mengniggalkan mereka berdua Isa dan Seman.Perginya Rokiah ibu mereka turut dirasai juga oleh cucunya serta menatunya. Kerana Rokiah seorang nenek dan ibu mertua yang begitu baik dan penyanyang.

Dari sejak kematian Rokiah, Isa dan Seman hubungan mereka berdua menjadi jauh dan renggang. Mungkin kerana Isa baerasa marah terhadap Seman kerana telah menerima dan memaafkan ayah serta ibu tirinya. Sehari makin sehari hubungan mereka berdua berjauhan dan telah mencipta jurang akhirnya tercetusnya persengketaan.Hubungan anak-anak mereka berdua juga turut terkena tempiasnya.

Walaupun sengketa diantara Seman dan Isa tecetus, punca atau sebabnya tidak diketahui oleh Seman. Seman tetap bersabar dengan perbuatan isa terhadap dirinya. Seman yakin suatu hari Isa sedar dan dapat menerima serta maafkan ayahnya itu.

gambar hiasan
Persengkataan diantara Isa dan Seman bertahun-tahun berlarutan. Ibu tiri mereka jugapun  telah pergi menemui ilahi. Tida pendamaian di antara merekaberdua. Walaupun jauh disudut hati Seman dia rindukan pelukan adiknya. Rindukan tangan adiknya yang pernah dipinpin suatu ketika dahulu. Rindukan panggilan abang dari adiknya. Tetapi Masing-masing menunjuk keegoaan dirisendiri. Sehingga satu hari ayah mereka Omar terkena serangan strok dan terlantar tidak berdaya.

Isa telah dimaklumkan akan keaadaan ayahnya. Akhirnya isa datang melawat ayahnya. Deraian air mata membasahi pipi Isa, begitu juga Seman. Pada hari itu seorang ayah dan seorang anak yang telah lama terpisah akhirnya bertemu. Tetapi sudah terlambat untuk Isa. Ayahnya sedah tidak sedarkan diri(Koma) pelukan yang diberikan sudah tidak bererti.  Rasa kesal dan bersalah pada wajah Isa jelas kelihatan. Tetapi semua itu hanya sementara.

Umur Omar masih panjang. Omar sedarkan diri tetapi tidak mampu mengerakkan diri, Omar lumpuh sebelah badan. Omar dibenarkan dibawa pulang dan dijaga oleh Seman, anak dan isteri. Omar sejak terlantar sakit dan dijaga oleh anak-anak serta isteri seman,  Kesedihan menjadi teman hidup Omar. Omar menyesali dengan apa yang pernah dia buat terhadap anak-anaknya Isa dan Seman. Kinianak yang pernah dibuang suatu ketika dahulu, kini yang memandikan dan menyucikan najisnya.

Isa selepas berjumpa pada hari ayahnya dihospital, sejak dari hari itu bayangnya tidak nampak. Mungkin dia rasakan ayahnya dah pulih. Berbulan-bulan berlalu barulah wajah Isa datang melawat ayahnya yag terlantar sakit itu. Hanya titisan air mata yang membasai pipi Isa kerana melihat keadaan ayahnya sudah tidak mengenali  akan dirinya. Dipegang tangan ayahnya, di cium tangan ayahnya. Memohon ampun akan kesilapanya. Suasana sedih meyelubungi di rumah Seman ketika itu.

Seman, dirinya masih lagi dimarahi Isa. Seman dianggap tidak pernah muncul dihadapan Isa. Isa, tidak menegur abagnya. Mahupun bersalam dengan Seman. Seman tidak mengerti apa akan kesalahan dirinya, shinggakan Isa belum dapat menerima dirinya. Sedangkan Isa sudah menerima dan memaafkan ayahnya. Perasaan Seman itu disimpan dalam benak hatinya. Seman yakin Isa perlukan masa untuk menerimanya. Kerana perasaan pada ketika itu bercampur bau, resah, gelisah dan sedih. Kerana ayahnya sudah tidak mengenali dirinya lagi.

Sebaik sahaja melangkah keluarnya Isa dari rumah Seman pada hari itu. Isa tidak lagi datang kunjung tiba bertahun-tahun lamanya. Ingatan ayahnya Omar kembali pulih, sering memangil serta bertanyakan Isa. Rindunya Omar untuk menatap wajah Isa. Hari berganti hari, musim berubah musim, tahun bersilih tahun, Isa tidak kunjung tiba. Nama Isa terus meniti dibibir ayahnya.

Walaupun berkali-kali dihubungi dan dicari. Isa tetap tidak kunjung tiba. Air mata yang dia titiskan dahulu hanyalah pura semata-mata. Rupanya dendam isa terhadap ayahnya belum pernah padam. Sengketa dengan abangnya Seman tidak mahu beralah. Betapa bongkaknya Isa dengan apa yang dia perolehi pada hari ini.

Isa menyangka abang dan ayahnya hanya mahukan duit darinya. Kerana keadaan ayahnya yang tidak berdaya terlantar sakit merasa, perlukan duit untuk menaggung segala kos pembelajaan. Osman abangnya yang dahulunya nelayan , sekarang sudah meninggalkan lautan yang pernah menjadi rumah kedua baginya kini hanya bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan.

Seman berhenti dari menjadi nelayan, kerana dia mahu sentiasa berada disisi ayahnya yang usia senja yang hampir berlalu. Seman tiadak mahu jika ayahnya pergi menemui ilahi ketika dia tiada di sisi. Walaupun hidup susah Seman tetap berusaha untuk merawat ayahnya sembuh kembali.

Setelah bertahun-tahun menunggu hadirnya Isa menemuinya. Omar bersyukur kerana doanya di makbulkan, Isa hadir menemuinya. Hadirnya Isa pada hari itu adalah untuk memohon maaf dan menghalakan segala kesalahannya kerana Isa mahu ke Mekah. Untuk menunaikan fardu haji.

Omar menghalalkan dan memaafkan setiap kesalahan Isa. Omar mendoakan keselamatan untuk Isa. Semoga Isa selamat pergi dan pulang. Dan Omar juga mengharapkan Isa hadir selepas menunaikan ibadat haji menemuinya. Isa memegang janji yang dirinya akan hadir utuk menemui ayahnya itu. Seman abangnya tumpang gembira kerana Isa berkesempatan pergi ke Mekah. Seman juga mengharapkan setelah Isa pulang dari Mekah, Isa berubah dan sudi meyambung kembali hubungan yang putus serta terus menamatkan sengketa diantara mereka berdua.

Janji tinggal janji, kesihatan Omar makin melarat sakitnya. Omar masih menunggu kehadiran Isa. Isa tidak kunjung tiba. Sejak pergi ke Mekah dan pulang dari Mekah Isa tidak kelihatan tiba. Setiap hari Omar bertanyakan akan Isa. Tetapi Isa pergi hilang tanpa khabar berita. Janji yang dipegang belum lagi ditebusinya. Isa semenagnya seorang yang tidak pernah berubah. hatinya penuh noda-noda hitam.

Penantian janji Omar akhirnya tiba dipenghujung senja. Omar  sakit kuat dan akhirnya menghembuskan nafasnya di pondok buruk anak yang setia dengannya , di rumah Seman. Saat-saat akhir hidupnya nama Isa tidak pernah kering di bibir Omar. Omar pergi menemui ilahi denga menaggung rindu dan memegang janji anaknya Isa.

gambar hiasan
Pada malamnya saat tengah nazak, Isa dimaklumkan akan barita ayahnya tetapi Isa tidak kunjung tiba. Sehinggalah Omar pergi menghembuskan nafas terakhir hanya Seman dan keluarga berada di sisi. Perbuatan Isa amat mengguris akan hati Seman. Seman tidak lagi menelefon memberitahu berita kematian ayahnya kepada Isa. Penantian Omar sudahpun berakhir. Tidak perlulah Isa datang kerana semuanya sudah berakhir. Ayahnya Omar pergi dengan memegang janji yang belum ditebus oleh Isa.

Ruang hati yang dibuka untuk menerima Isa kini tertutup rapat. Seman rasakan tiada guna untuk memberi ruang di hati kepada orang seperti Isa.  Urusan  jenazah ayahnya Omar dijalankan tanpa menunggu Isa. Berita kematian ayahnya telah diketahui oleh Isa. Seman tetap meneruskan urusan tanpa menuggu Isa. Dimandikan, dikafan, disolatkan saat itu Isa belum lagi kunjung tiba. Jenzah dibawa turun dari rumah seman diusung ke pusara, hati sayu seman tidak dapat disembunyikan. Langkahan menuju pusara diiringi dengan titisan air mata di pipi.

Setibanya di halaman pusaran. Jenazah ayahnya dikeluarkan dari pengusungnya. Jenazah ayahnya diletakan kedalam liang lahat. Wajah mahupun kelibat Isa masih juga tidak kelihatan. Sehiggalah jenazah di timbusi dengan tanah barulah Isa muncul. Tetapi semuanya sedah terlambat, bacaan talkin mengiringi tangisan Isa. 
gambar hiasan

Sesalan dan tangisan itu sudah tidak bererti lagi terhadap aruwah Omar ayahnya serta abangnya Seman. Tangisan dan rintihan semenagnya sudah menjadi kebiasaan pada diri Isa. Walaupun pada hari itu merupkan tangisan, rintihan dan sesalan yang hadir dari hati Isa. Tetapi sememangnya sudah terlambat, masa tidak dapat diundur. Pada hari itulah Isa “Menebus Janji Di Pusara” ayahnya. Masih terbukakah pintu hati  Seman dan masih ada lagikah ruang untuk Isa adiknya?? Hanya doa yang aku dapat panjatkan dua beradik dapat bersatu kembali.


Tiada ulasan: