Khamis, 21 Oktober 2010

"Syair Fitnah"


Bila sebut syair teringat akan keidahan bait-bait kata indah dalamnya yang disampaikan dengan alunan melodi indah si pensyairnya. Jika fitnah bait-bait kata-kata yang dibicarakan semuanya nista. Jadi aku gabungkan dua perkataan itu menjadikan tajuk yang membawa maksud kepada orang-orang yang suka mengumpat dan memfitnah orang untuk kepentinagan diri sendiri. 

Seperti diri aku sememangnya tidak terlepas dari menjadi mangsa Syair Fitnah. Akan tetapi coretan aku bukan untuk membicarakan diri ini yang menjadi mangsa Syair Fitnah. Sebaliknya aku nak menceritakan keadaan bagaimana berada dikalangan orang yang menjadi penyairnya. Penyair ini sememangnya hebat orangnya. Kata-kata syairnya lebih tajam dari mata pedang. 
Penyair ini selalu dilihat pada zahir hayatnya, tiada yang menunjukan kelemahan atau cacat cela dirinya yang sebenar. Semuanya dizahirkan indah dan baik-baik akan tentang dirinya. Disusun indah kata-kata mengalir perlahan alur cerita seperti sedang mendendangkan sebuah syair merdu jika berbica megenai dirinya. Jika kita ini seorang yang kurang pandai menilai akan ketulusan benar bicaranya pasti kita akan terpedaya dek madah-madah syair nista dan dusta itu. 


Selepas kita sedang asyik dengan syair nista tetapi indah. Saat itulah Penyair memulakan gesekkan melodi Syair Fitnah. Segala keberukan dan kecelaan orang yang memusuhinya atau pencabarnya beralun lembut didendangkan olehnya. Syair Fitnah itu ada kalanya betul ada kalanya dusta semata-mata. Sekiranya syair itu berjaya didendangkan dan menjadi siulan orang sekeliling maka berbahagilah hatinya. 

Aku mahu berpesan sekiranya berdepan dengan Penyair-penyair Syair Fitnah haruslah waspada. Jika tersilap langkah dan rentak dirikita menjadi mangsa dendangan Syair Fitnah olehnya.

khalifah Umar bin Abdul Aziz r.a.:-Sekiranya apa yang kamu bawa ini berita yang berhubung maka kamu termasuk di kalangan orang yang dinyatakan di dalam firman Allah Taala:

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kamu seorang yang fasik membawa suatu berita maka hendaklah kamu menyelidiknya terlebih dahulu, supaya kamu tidak (terburu-buru) membuat satu tindakan ke atas satu-satu kaum di dalam keadaan jahil, maka kamu menjadi menyesal kerana tindakan yang telah kamu lakukan. (Al-Hujurat: 6)

Sekiranya khabar berita yang kamu bawa itu benar maka kamu termasuk di dalam firman Allah Taala:

Ertinya: Yang mencela, pergi ke sana sini menyebarkan fitnah. (Al-Qalam: 11).

Tiada ulasan: