Ahad, 6 November 2011

"Takbir Cinta Zulaikha"

PART 1



Matanya berkaca-kaca. Jika tidak ada kekuatan iman di dalam dadanya, mungkin dia telah memilih sinar dari dunia. Ujian yang dia alami sangat berbeza dengan orang-orang seusianya. Secara zahir orang memandang dirinya sebagai orang berjaya. Hidup mewah, mempunyai pekerjaan yang terhormat dan boleh dibanggakan. Dengan dedikasi dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan tugas wajarlah mampu meraih gelaran Dekan di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Bagi perempuan seusianya  tidak ada kurang pada dirinya. Sering kali mendengar pujian tentang kejayaannya dari jiran-jiran mahupun sanak saudara. Pada hakikatnya, dan dia seorang yang tahu dia sedang delema.

Berstatus anak dara tua, bukan suatu perkara yang mudah untuk di terimanya. Setiap kali bermunajat kepada Tuhan di malam hari puas dia menangisi agar di percepatkan jodohnya. Namun jodohnya masih belum kunjung tiba. Dengan tabah dan redha atas ketentuannya, dia hanya mampu bersenyum untuk memyembunyikan delema yang dilalui dengan penuh ketenangan. Itulah Zulaikha. 

Dahulu banyak mutiara yang datang kepadanya tetapi ditolak tanpa pertimbangan, dan kini mutiara-mutiara itu tidak lagi datang. Kalau pun ada seolah-olah sudah tidak lagi tersedia untuknya. Hanya bebatuan dan sampah yang kini banyak datang membuat batinnya sangat tersiksa dan menderita. Matanya berkaca-kaca, dia sedar dirinya tidak sekuat sangkaan orang. Dia seperti perempuan-perempuan lain yang ingin dimiliki dan dicintai oleh lelaki. Tetapi dia harus menempuhi jalan hidupnya yang curam, dimana menguji kesabaranya. Hakikatnya dia anak dara tua, sudah mencecah tiga puluh empat tahun. Rakan-rakan seusianya sudah ada yang mempunyai dua, tiga orang anak. Bahkan anak-anak didiknya sudah ramai yang berkahwin, dan dia hanya mampu menangis. Kerana iri hati melihat mereka-mereka itu berhasil menyempurnakan sebahagian agamanya.

***************

Hari ini Zulaikha kembali diuji. Seseorang akan datang untuk melamar dirinya, untuk dijadikan suri hati pelengkap hidup kepada seorang lelaki yang tidak disukai. Miskipun pahit dengan keputusan yang dibuat nanti, dia tetap bersabar menuruni curam dalam hidupnya sehingga akan menemukan mutiara yang diharapkan. Tetapi bagaimana dia mahu menjelaskan pada Walid dan Uminya nanti denagan keputusannya jika dia menolak pinangan tersebut?

Hand phonenya berdering. Dengan berat dia menjawab pangilan tersebut. "Zulaikha?" suara yang sangat dikenali. Suara Mak Ngah, adik kepada Walidnya. Mak Ngah merupakan orang yang beriya-iya mencarikan jodoh untuknya.

"Ya Mak Ngah" Jawab Zulaikha dengan air mata menitis dipipinya.
"Mak Ngah dan rombongan Pak Suffian dah sampai di Kota Baharu, dua puluh minit lagi kami sampai di rumah kamu"

"Ya Mak Ngah" Jawab Zulaikha dengan serak dan hambar.
"Zulaikha.... kenapa makcik dengar macam kamu tak suka jer? Sudah-sudahlah Ika, terima je pinangan dari Haji Suffian tu. Dia tu bukan setakat kaya tapi berharta, pendek kata tujuh keturunan harta dia tak habis nak makan. Dia betul-betul nak kamu jadi isterinya. Yang macam mana lagi kamu nak?"

"Ya Mak Ngah, harap keputusan terbaik saya berikan"
"Baguslah kalau begitu. Haa...ni satu lagi, nanti kau jangan lupa pakai cantik-cantik tau! Bye"  talian dimatikan tanpa salam.

kali ini yang datang melamarnya bukan orang sebarangan. Haji Suffian,  orang kaya dari terengganu. mempunyai  kilang batik dan songket di Terengganu, mempunyai cawangan butik diseluruh negeri.  Haji Suffian merupakan saudara jauh sebelah Pak Ngah suami kepada Mak Ngah. Pak Suffian duda berumur lima puluh lima tahun beranak tujuh, anak-anaknya sebaya usia dengan Zulaikha. Status dan umur bagi Zulaikha tidak menjadi masalah. Sudah bergelar haji. Kredibelitinya orang terpengaruh tidak diragukan lagi.Tetapi kredibiliti perangainya susah untuk  diterima oleh Zulaikha.

Segala latar belakang Haji Suffian, Zulaikha terlebih dahulu menyiasat siapa sebenarnya Haji Suffian. Nasib Zulaikha mempunyai rakan seperti Mardiah dan Hasanah, mereka berdua banyak menolong menyiasat siapa Haji Suffian. Mardiah dan Hasanah merupakan pekerja di kilang Haji Suffian itu. "Apapun pangkat dan darjat seseorang itu tidak menjadi ukuran. Yang menjadi ukurannya ialah kemulian hati. Kemulian hati adalah nyawa untuk orang hidup. Jika kemulian hatinya hilang ia ibarat seperti mayat hidup" itulah pendapat Mardiah pada Haji Suffian. 

Berlainan dengan pendapat Hasanah, menurutnya sudah masanya tidak perlu meninggi diri, Mencari manusia setengah malaikat itu perkara mustahil. Sepanjang mengenali Haji Suffian, dia melihat Haji Suffian masih bersolat dan berpuasa. Jadi Hasanah menyuruh Zulaikha menerima lamaran Haji Suffian itu. Akhir sekali Hasanah berkata "Siapa tahu selepas berkahwin dan kau, Haji Suffian akan berubah. Kau betulkan apa yang salah. Bukan ke itu sebahagian dari dakwah yang besar pahalanya?"

Zulaikha hampir-hampir memutuskan untuk menerima saja lamaran Haji Suffian, kerana dia sudah tidak tahan lagi ada dikalangan keluarganya sering mengata dan menyindir-nyindirnya sebagai anak dara tua. Zulaikha teringat kata-kata Mardiah yang masih terngiang-ngiang di fikirannya.

***************

Sebelum rombongan Haji Suffian itu tiba, Zulaikha memberitahu kepada Walid dan Uminya. Dia minta mereka memahaminya, Keputusan yang dibuat setelah memikirkannya masak-masak. Setelah Walid dan Uminya memahami apa yang akan terjadi  nanti, mereka kembali pasrah dalam kekecewaan. Namun Walid dan Uminya tetap mengharap keputusan yang akan diberikan oleh Zulaikha membahagiakan mereka sekeluarga.

Tepat jam 3:00 petang, rombongan Haji Suffian tiba. Dengan empat buah kereta mewah, memang betul apa yang dikata Mak Ngahnya. Haji Suffian bukan calang-calang orang. Walid dan Uminya hairan, tidak menduga yang datang seramai ini dan bukan calang-calang orang. Nasib ruang tamu rumah meraka luas, dapat menampung tetamu yang ramai itu. Zulaikha yakin bahawa tujuan Mak Ngahnya baik, cuma Mak Ngahnya tidak tahu visi hidupnya saat ini. Bukan sekadar kebendaan dan kedudukan yang diharapkan dari bakal suaminya. Dia mencari bakal suami yang boleh menjadi imam. Imam yang menjadi sebahagian tidak terpisah dalam ibadahnya di kala mengharungi kehidupan. Kerana itulah kedudukannya  kali ini benar-benar sukar.

Wakil dari rombongan Haji Suffian memulakan percakapan dengan memberi tahu tujuan mereka ke mari "..... Dan maksud kedatangan kami adalah untuk menyambung persaudaraan dan kekeluargaan dengan Haji Karim. Dengan lebih senang kami nak menyunting  anak Haji Karim iaitu Ayu Zulaikha untuk menjadi isteri  Haji Suffian. Alangkah bahagianya jika maksud dan tujuan kami dikabulkan"

Walidnya memjawab" Pertama...sekali, pihak ka..kami sekeluarga menyampaikan rasa terima kasih atas silaturrahim yang dihulurkan. Kami juga bahagia. Bagi kami lamaran ini adalah suatu bentuk penghormatan, dan jika boleh kami akan membalasnya dengan penghormatan yang lebih baik. Namum masalah jodoh hanya Allahsajalah yang mengatur. Anak perempuan kami sudah sangat dewasa dan dia lebih berpendidikan daripada kami berdua.  Segala keputusan biar dia yang  berikan" Zulaikha hanya diam dan tenang mendengar bicara walidnya. Semua tetamu yang hadir semua memandang ke arahnya. Mereka ingin tahu keputusan daripada Zulaikha. "Saya teringat dengan pesanan   Banginda  Nabi Muhammad s.a.w bersabda:  'Al' ajalatu minsy syaitan'. Saya tidak mahu tergesa-gesa. Saya tidak mahu mengecewakan sesiapapun. Termasuk diri saya sendiri, jadi dengan itu berikan saya masa untuk memikirkannya selama tiga hari.  Setelah jawapan saya dapat saya akan terus memberi tahu pada Haji Suffian sendiri. Maafkan saya kerana tidak dapat memberi jawapan itu sekarang" Bicara Zulaikha dengan tenang dan yakin.

Wajah Haji Suffian kelihatan sedikit kecewa. Namun pihak mereka harus bersetuju dengan permintaan Zulaikha. Mak Ngahnya tersenyum tanda setuju. Hanya Walidnya Haji Karim  menitiskan airmata mendengar jawapan anak gadisnya itu. Walidnya sudah tahu maksud ucapan anaknya itu. Setelah tetamu dijamukan dengan makan tengahari, rombongan Haji Suffian berangkat pulang bersama-sama dengan Mak Ngahnya.

*****************

"Kamu cari yang macma mana lagi, Zulaikha? Haji Suffian tu memang agak tua,tetapi dia seorang yang berpendidikan dan kaya orangnya. Dia boleh kelihatan muda" Kata Uminya yang sudah tahu akan Zulaikha.

"Bukan begitu Umi. Ika mencari seorang lelaki soleh yang kena dan sesuai dengan hati Ika. Itu je" Jawab Zulaikha.

"Apa, Haji Suffian tu tak cukup solehnya?  Dia berpangkat haji. Itukan sudah menyempurnakan rukun Islam." Bantah ibunya.

Zulaikha berasa agak sukar untuk memahamkan ibunya bahawa kesolehan itu tidak dilihat pada haji seseorang atau belum hajinya. Tidak juga dilihat pada pakaian, kopiah putih, serban dan sebagainya. Berapa ramai orang jahat di negara ini berpangkat haji. Setiap tahun ke Makkah  menunaikan haji untuk menutup kejahatan yang dilakukan. Uminya tidak berminat membincangkan perkara itu.

"Yang Ika tahu, Haji Suffian itu bukan baik orangnya. Ika kenal siapa Haji Suffian itu. Kawan saya bekerja di kilanganya, dan mereka yang banyak menceritakan siapa sebenar Haji Suffian tu Umi. Umi jangan bimbang, nanti kalau sudah ada yang sesuai dengan Ika, Ika tetap akan berkahwin Umi."

Mendengar jawapan dari anaknya itu, terdapat "yang Ika tahu" Uminya terus terdiam dengan raut wajah yang sedih. Dalam hati Zulaikha, dia beristighfar kepada Allah. Kalau-kalau apa yang dikatakannya mengguris perasaan Uminya. Zulaikha tidak mahu sekadar menikah. Biarlah pernikahan itu menjadi satu ibadah dan bukan sekadar alasan saja, tanpa mengambil kira rukun dan syarat-syaratnya. Zulaikha sedar bahawa dirinya semakin tua atau dikatkan andartu yang lambat bernikah, namun dia tidak mahu terburu-terburu dalam memilih bapa kepada anak-anaknya kelak.
Zulaikha masuk ke bilik dan membuka Ipadnya untuk menulis email kepada Haji Suffian. Nasib Haji Suffian ada memberikan kad perniagaannya dan terdapat emailnya sekali. Mudahlah Zulaikha memberikan jawapan tanpa berjumpa dan menatap wajah miang Haji Suffian itu.

Dear,
Haji Suffian.
Assalamualaikum...

Semoga Tuan Haji sentiasa sihat danberada dalam naungan hidayahNya.

To the point saja, dengan rasa hormatnya terhadap Tuan Haji, Saya ingin menyampaikan bahawa saya belum tidak dapat menenima lamaran Tuan Haji. Semoga Tuan Haji mendapat calon yang lebih baik lagi dari saya. Harap maklum, mohon maaf dan terima kasih atas lamaran itu.

Wasalam,
Ayu Zulaikha.


Butang send ditekan, email itu sudah dihantar. Zulaikha mengharap Haji Suffian terima keputusan yang diberikan dengan terbuka, tiada dendam antara mereka. Silaturrahim sesama islam tidak akan putus dengan keputusan itu. Apa yang diancangnya berjalan lancar dan apa yang diduganya benar-benar terjadi. Dua hari kemudia dia mendapat pesanan ringkas SMS dari Haji Suffian.

"email kamu telah aku terima. Kamu pasti tahu jawapan itu sangat mengecewakan aku!!"

Zulaikha membasa SMS itu dengan hati tidak tenteram. Dari perkataan yang disusun dia rasakan ada aroma jahat dalam setiap huruf-hurufnya dan susunan kalimahnya. Dia kemudian menerima SMS dari Mak Ngahnya.

"Hari ini aku dicaci maki oleh Haji Suffian gara-gara jawapan kamu. Aku benar-benar berasa kecewa dengan kamu! Anak dara tua tak sedar diri!!" Zulaikha terkejut.

"Maafkan Ika, Mak Ngah" Lirih hatinya, Zulaikha diam tidak membalas SMS itu.
Hati Zulaikha terasa perit selepas membaca SMS dari emak saudaranya itu. Air matanya menitis di pipi tanpa disedari. Apa hina sangat ke jika seorang perempuan itu lambat bernikah? Dia hanya mampu berserah dengan Maha Kuasa dan memohon kekuatan pada dirinya agar tetap di jalanNya. Zulaikha tahu apa yang terbaik buat dirinya.

**************************************************************************

Part 2


Selepas menghabiskan cutinya di kampung selama seminggu, Zulaikha kembali ke Kuala Lumpur. Zulaikha membawa hatinya yang lara. Orang kampung tidak habis bercakap mengenai dirinya. Mencemuh dan menghina kerana menolak pinangan Haji Suffian itu. Zulaikha menganggap itu semua ujian terhadap dirinya.

Malam itu setelah memeriksa tugas-tugas para pelajarnya, Zulaikha membuka komputer. Tujuannya ingain memeriksa kalau-kalau ada email baru yang masuk. Selain itu juga Zulaikha gemar mambaca blog. Blog yang sering dia jengah untuk dibaca ialah "ceriterakhi.blogspot.com" blog tersebut memuatkan cerpen-cerpen pendek. Sedang asyik membaca entri baru bertajuk "Munajat Rindu" dalam blog tersebut hand phonenya berdering beberapa kali. Ada tiga SMS yang diterimanya. Zulaikha membuka SMS tersebut.

"Sedang buat apa si anak dara tua?"
"Apa yang hebat sangat jadi anak dara tua?"
"Apa dengan kamu bertudung tu..dapat menutup daging tua yang sudah busuk tu?? kalau lelaki dah tak bernafsu nak menyentuhnya.. apatah lagi lalat dan ulat untuk menyentuhnya!!"

Zulaikha tersentak dan geram. Kata-kata dari SMS itu amat memedih dan menyakitkan. Dia memeriksa nombor telefon tersebut, nombor tersebut tidak dikenali. Ikutkan hatinya Zulaikha ingin membalas SMS tersebut dengan kata-kata keji, tetapi dia beristigfar banyak-banyak dan membiarkan. Zulaikha dapat menduga SMS tersebut datang dari siapa. Akhirnya dia memilih untuk mendiamkan diri dan menganggap SMS itu tidak pernah wujud. Dengan mendiamkan diri Zulaikha tahu itu merupakan satu senjata paling ampuh dan kebal. Mengambil kira kata-kata orang gila bererti dirinya juga gila. Zulaikha terus menghabiskan bacaan entri pada blog yang tertera pada skrin komputernya. Hand phonenya kembali berdering, ada lagi SMS yang diterima. Dia membuka SMS itu.

"Apa khabar anak dara tua? Kelapa makin tua semakin banyak santannya. Banggalah jadi anak dara tua!!"

Zulaikha menitiskan air mata. Tubuhnya menggigil, hatinya berasa sangat sakit. Tetapi dia mesti menang. Diam adalah senjatanya untuk menagng. Zulaikha tidak pedulikan dengan kata-kata keji yang datang dari seorang yang berpengaruh dan tinggi pendidikannya. Hand phonenya dimatikan.

Tiba-tiba ada email baru yang menyingah pada komputernya. Zulaikha memeriksa email tersebut datangnya dari Encik Yunus. Encik Yunus merupakan pensyarah yang mengajar di universiti yang sama. Email tersebut bertajuk " Satu Tawaran, Jika Berkenan" baru dikirim beberapaminit yang lalu.
Zulaikha membaca email tersebut kerana ingin tahu kandungan email itu.

"Assalamualaikum...

Sebelum itu mohon maaf jika email saya ini menggangu. Tujuan saya menulis email ini untuk memberitahu satu tawaran kepada Zulaikha. Zulaikha selepas saya mengetahui semunya tentang Zulaikha, apa yang Zulaikha cari selama ini. Saya cuba memberanikan diri untuk melamar Zulaikha menjadi isteri saya. Kerana saya yakin saya layak untuk menikahi Zulaikha. Mengenai isteri saya yang lain saya akan uruskan jika Zulaikha sudi menerima saya. Terus terang saya katakan saya mengharap Zulaikha terima lamaran saya. Sekian saja email saya. Jika ada salah saya mohon maaf. Tawaran saya ini diharapkan tidak disalah ertikan.

Dari hati yang Ikhlas,
Yunus Manin."

Zulaikha membaca email tersebut dengan tubuh yang menggigil, matanya berkaca-kaca. Zulaikha tidak tahu apa yang diarasakan. Hatinya pedih dan perit. Dirinya rasakan terlalu murah harga diri menjadi anak dara tua, terlalu hina sehingga dapat orang mepermainkan perasaannya.

Jika tawaran yang datang dari Encik Yunus berstatus duda, mungkin tawaran itu dipertimbangkan. Tetapi tawaran tersebut adalah untuk menjadikan dirinya isteri kedua. Zulaikha tidak sanggup menghancurkan perasaan isteri Encik Yunus, dan dia juaga tidak sanggup menghampakan harapan Walid dan Uminya. Bahkan dirinya tidak sanggup menjadi isteri kedua. Sakit hatinya.

Zulaikha membayangkan betapa perit dan tersiksanya isteri Encik Yunus, andai kata dia menerima tawara Encik Yunus itu. Zulaikha juga tidak sanggup menerima cacian dari isteri Encik Yunus itu. Cukuplah hinaan dan kejian dari Mak Ngah dan orang-orang kampung yang diterima.
Zulaikha tidak tahu apa yang hendak dibalas pada email tersebut. selesai saja dia membaca terus dipadam email tersebut dan menggangap email tersebut tidak pernah wujud. Zulaikha memujuk hatinya agar bersabar, air matanya disaka.

**************
Masa terus berlalu, bumi terus bereda. Zulaikha masih belum menemui jodohnya. Ada juga kawan-kawan mencarikan jodoh untuknya. Tetapi semuanya bukan calon yang sesuai untuk dirinya. Zulaikha tetap dengan pendiriannya, calon suaminya haruslah beriman orangnya. Lamaran datang silih berganti, semua ditolaknya. Tahjjud dan Istikharah tidak pernah jauh dari hidupnya. Sehingakan Uminya naik marah pada dirinya.
"Kamu ni Zulaikha tak habis-habis dengan ego kamu! Ingat kamu tu bukan muda lagi! Sampai bila kamu nak duduk macam ni??"
Zulaikha menangis kerana dimarahi ibunya. Dia menolak lamaran-lamaran yang datang berlandaskan dengan logiknya, syarat-syarat dan petunjuk dari Istikharah yang dibuat. Zulaikha menangis dipangkuan Uminya, dia meminta maaf pada Uminya kerana dia belum dapat menjadi anak yang dapat membahagiakan Umi dan walidnya. Akhirnya, Uminya itu luluh dalam tangisan.
Cuti semesta sudah tiba, Zulaikha mengambil keputusan untuk pergi ke sebuah pondok agama untuk dia menteteram dirinya daripada masalah yang dihadapi. Dia ingin mendekatkan lagi dirinya pada Allah, mungkin juga jodohnya orang-orang di kalangan yang belajar di pondok tersebut. Walid dan Uminya mengizinkan niat Zulaikha itu. Jika Zulaikha menghabiskan cuti di kampung, pasti banyak lagi hinaanya dan kejian yang dia terima. Selepas peristiwa Zulaikha menolak lamaran Haji Suffian orang-orang kampung tidak habis-habis mengata mengenai dirinya.
****************
Hari pertama Zulaikha di pondok agama, pondok agama Anjung Kasturi di Kelantan , penghuni di situ tidak mengenali Zulaikha, Zulaikha merahsiakan identitinya. Penghuni pondok tidak mengetahui Zulaikha merupakan seorang Dekan di sebuah universiti di ibu negara dan berpelajaran tinggi orangnya. Zulaikha mudah mesra dengan penghuni di pondok agama itu. Zulaikha kesana sebagai tenaga pengajar untuk mata pelajaran Syariah. Zulaikha merupakan pemegang Ijazah Syariah dari Universiti Islam Madinah. Hanya pihak pengurusan sekolah pondok itu saja tahu akan latar belakang Zulaikha. Zulaikha meminta pondok agama tersebut merahsiakan hal tentang dirinya. Dia tidak mahu bermegah-megah dengan apa yang dimiliki.

Ketika Zulaikha sedang bersiap-siap untuk ke masjid pondok agama itu, laungan azan berkumandang menandakan telah masuk waktu Zohor. Azan itu didengari itu ketika dia masih dalam biliknya. Masjid dan tempat dia tinggal tidak berapa jauh. Zulaikha di berikan sebuah rumah untuk tempat dia tinggal dalam kawasan podok agama itu. Laungan azan yang begitu merdu dan membuai perasaan. Zulaikha hanyut dalam laungan azan itu. Setelah selesai azan itu berkumandang Zulaikha tersentak dari lamunan, dan dia beristigfar. Dia yang sudah bersiap-siap dan terus pergi ke masjid itu untuk berjemaah solat Zohor.

Sekali lagi Zulaikha dibuai kemerduan suara si imam yang mengimamkan jemaah itu. Bacaan aya-ayat suci Al-Quran begitu mengumtum jiwanya, dengan penuh penghayatan dan Zulaikha hampir menitiskan air mata kerana imam yang membaca Al-Quran menyentuh jiwanya. Stelah selesai berjemaah Zulaikha cuba mengitai dari celahan tirai yang memisahkan ruang solat perempuan dan lelaki. Zulaikha ingin mengetahui siapakah gerangan yang mengimankan jemaah tadi. Apakah orang yang sama melaungkan azan itu juga. suara kedua-duanya sama. Zulaikha bertanyakan seorang makcik separuh usianya. Makcik itu mereupakan penghuni di pondok agama tersebut.

"Assalamuacaralaikum... makcik, boleh saya tanyakan sesuatu?"
"Waalaikumusalam.. ustazah, apa dia?"
"Ermmmm, siapa muazim azan tadi dan siapa yang mengimamkan jemaah tadi?"tanya Zulaikha penuh dengan minat
"Ohhh...itu Ustaz Riduan, anak kepada tok guru pondok agama ni" jawab makcik itu
"Maksud makcik anak kepada Tok Guru Hassan?" soal Zulaikha lagi
"Ya..lahtu, tulah orangnya!! tok guru ada sorang je anak lelaki. Kenapa ustazah?"
"Ermmm...tak ada apa-apa. Saja tanya." Zulaikha menggelengkan kepala dan merah mukanya kerana malu. makcik itu hanya tersenyum. makcik itu berlalu meninggalkan Zulaikha.

Sepanjang hari Zulaikha mencari-cari siapakah gerangan Ustaz Ridwan itu? tetapi dia tidak menemui siapakah gerangan itu. Niatnya cuma nak kenali siapakah orangnya. Zulaikha megemas rumah yang dia akan diam itu, dibantu oleh beberapa orang pelajar-pelajar podok agama itu. Salah seorangnya bernama Aminah, Aminah berusia dalam lingkunga 20an. Aminah seorang peramah dan banyak bercakap, ada saja soalan yang ditanya pada Zulaikha.


"Ustazah, dengar kata ustazah bukan guru tetap di sini. betulke?"
Zulaikha sedang memasang langsir berhenti seketika menjawab pertanyaan dari Aminah "Ya, saya guru sementara je. Nanti bila dah ada guru tetap saya berhentilah." jawab Zulaikha dengan lembut.
"Owhhh...Ermm ustazah, dah kahwin?"
Setap Zulaikha, seolah-olah hatinya di tikam dengan pisau yang tajam " Ermm belum ada jodoh lagi, Aminah" lirih Zulaikha, senyum paksa diberikan.
"ohh..Maafkan saya ustazah, jika pertanyaan saya buat ustazah terasa" kata Aminah dengan menyesal.
"Tak pe...awak berhak bertanya. Dah nak masuk Asar ni, nanti kita sambung lagi buat kerja-kerja ni. Kamu semua boleh balik ke asrama bersiap-siap untuk ke masjid" Bicara Zulaikha.

Peraturan pondok agama itu, setiap penghuni yang tinggal dalam pagar pondok agama tersebut wajib solat berjemaah di masjid setiap kali masuk waktu solat. Zulaikha sudah bersiap-siap dan terus ke masjid sebelum azan berkumandang. Tujuannya dia adalah ingin melihat siapakah gerangan Ustaz Ridwan. Tetapi sayang muazim yang melaungkan azan asar pada petang itu adalah orang lain, kerana suaranya tidak sama dengan muaziam yang melaungkan azan Zohor tengahari tadi. Zulaikha berasa sedikit kecewa.

*********************************************************************************
Part 3


Zulaikha masih menaruh harapan agar orang yang mengimamkan solat Asar nanti adalah orang yang sama mengimamkan solat Zohor tengahari tadi iaitu Ustaz Ridwan.Apa yang diharapkan Zulaikha terkubur. Kerana imam yang mengimamkan solat Asar pada petang itu adalah orang lain. Entah mengapa perasaan Zulaikha mendesak untuk mengetahui siapakah Ustaz Ridwan. Begitu juga waktu-waktu seterusnya solat di imamkan oleh imam lain. Zulaikha rasa ralat pada hari itu.

Sehari berada di Pondok Agama Anjung Kasturi, Zulaikha ada rasa sedikit ketenangan. Seperti kebiasaan malam hari sebelum tidur Zulaikha akan membuka Ipadnya untuk melayari internet dan memeriksa sama ada email baru masuk. Tetapi pada malam itu tiada email yang masuk. Mungkin kerana cuti semester, masing-masing menghabiskan masa bersama-sama keluarga. Tiba-tiba hand phonenya berdering. Pangilan dari kampung.


"Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam.... Zulaikha, ni Umi"
"Ohh..Umi, ada apa Umi?"
"Tak ada apa-apa...Saja Umi telefon kamu, nak tanya keadaan kamu kat sana. Macam mana?"
"Ika, baik Umi... Orang kat sini semuanya baik-baik. Umi dengan Walid macam mana?"
"Umi dengan Walid kamu tak ada apa-apa. Ika jangan lupa banyakan berdoa ya nak. Umi tahu perasaan kamu. Umi minta maaf banyak-banyak kalau-kalau kata-kata Umi ada menguris perasaan kamu. Ika ingat tau Umi dan Walid sayangkan Ika"
"Ya Umi...Ika tahu, Umi jangan risau ok. Nanti habis cuti semester Ika balik kampung jumpa Umi dengan Walid."
"Baiklah..Ika, jaga diri kat tempat orang ya nak"
"Baik...Umi, Ika ingat pesan Umi. Kirim salam kat Walid"
"Assalamualaikum"
"Waalaikumusalam"


Zulaikha bersyukur masih ada orang menyanyangi dirinya. Zulaikha memadam Ipadnya, di simpanya baik-baik. Dia harus tidur kerana esok awal-awal pagi kena bangun untuk berjemaah solat Subuh di masjid pondok tersebut.

***************

Seminggu berlalu, suara Ustaz Ridwan tidak lagi kedengaran melaungkan azan mahupun menjadi imam. Zulaikha sudah melupakan niatnya untuk mengetahui siapakah Ustaz Ridwan. Zulaikha juga tidak bertanyakan hal tersebut pada penghuni podok itu. Dia takut mereka beranggapan lain pada dirinya. Zulaikha harus menjaga maruahnya. Dia kemari untuk memambahkan dan mendekatkan dirinya kepada yang Satu, dalam pada masa yang sama dia ingin kongsikan sedikit ilmu yang dia ada dengan penghuni-penghui di situ.

Zulaikha tidak lekang dengan Tahjjudnya. setiap hari dia bangun seawal jam 4:30 pagi untuk Bertahjjud agar ketemukan jodohnya. Pada sutu malam ketika dia sedang Bertahjjud di rumahnya. Zulaikha mendengar suara yang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Suara tersebut penuh penghayatan, Siapa yang mendengarnya dan memahami isi-isi bacaan itu pasti akan menitiskan air mata. Suara itu pernah didengarnya, Zulaikha yakin itu suara Ustaz Ridwan yang membaca Al-Quraan di Masjid pondok tersebut. Suara itu jelas kedengaran kerana masjid dengan rumahnya tidak jauh cuma dipisahkan tembok setinggi 6 kaki, antara kawasan asrama perempuan dan rumahnya dengan masjid itu.

Ada satu perasaan yang menyinggah di hati Zulaikha, dia tidak mengerti apakah perasaan itu. Setelah terbuai dengan suara yang mengalunkan bacaan ayat-ayat suci itu, Zulaikha tersentak kerana pintu rumahnya diketuk berkali-kali.

"tuk...tuk..tukkk" Pintu rumah Zulaikha diketuk.
"Assalamualaikum Ustazah"
Zulaikha bagun dari sejadah dan keluar dari biliknya menuju ke pintu utama rumahnya. "Waalaikumusalam....Siapa tu?"
"Aminah...Ustazah" Zulaikha membuka pintu rumahnya.
"Ada apa...Aminah?"
"Tadi semasa sama nak ke masjid, saya tengok rumah Ustazah masih gelap. Jadi saya singgahlah, bukan apa takut Ustazah tidak tersedar dari tidur. Sebab selalunya lampu depan rumah Ustazah time-time macam ni dah terpasang" bicara Aminah.
"Ohhh...ya ke, terima kasih Aminah. Saya dah bangun ni baru ni tengah bersiap-siap nak ke masjidlah ni. Awak tunggu saya ya. Kita pergi sama-sama" Senyum Zulaikha
"Ok...tak menjadi masalah, sebaliknya saya dapat pahala...hehehe" Aminah ketawa. Zulaikha hanya menggeleng kepala dan senyum.

Setiba di tangga masjid laungan azan berkumandang. Tubuh Zulaikha bergetar kerana suara Muazim yang melaungkan azan Subuh itu sungguh mengasyikan dan merdu. Suara azan itulah yang didengarnya kali pertama menjejak kaki ke Pondok Agama Anjung Kasturi itu. Zulaikha beristigfar, takut-takut perasaan dia datang dari bisikan syaitan. Tapi Zulaikha yakin itulah suara sama dia dengar yang megalunkan bacaan Al-Quran awal pagi tadi. Suara Ustaz Ridwan. Hatinya berdebar-debar, Zulaikha terus beristigfar untuk mengelakan dirinya lalai.

Solat Subuh pagi itu di imamkan oleh Ustaz Ridwan. Selesai solat Subuh, di atas mimbar Masjid Pondok Agama Anjung Kasturi, Ustaz Ridwan menyampaikan tazkirah Subuh. Dia menghuraikan kata-kata Imam Ibnu Athaillah as-Sakandari.
"Jemaah yang dimuliakan Allah. Ibnu Athaillah dalam kitab Al-Hikam ada menyebut: ' Memiliki buah amal di dunia ini merupakan khabar gembira kepada orang-orang yang beribadat yang bakal memetik pahala di akhirat! Maksudnya, apabila seseorang itu semasa hidupnya di dunia ini ikhlas beribadat kepada Allah, kemudian dapat merasai nikmatnya seperti hatinya berasa tenang, fikiran yang jernih, keluarganya yang sakinah, anak-anak yang soleh dan kerinduannya untuk beribadat semakin bertambah, dapat merasai banyak lagi nikmat-nikmat ibadah, itu adalah khabar gembira yang mana nanti di akhirat akan mendapat kenikmatan pahala yang lebih lagi. Pahala yang lebih agung iaitu dari Allah 'Azza wa Jalla."
Zulaikha kagum dengan huraian yang disampaikan oleh Ustaz Ridwan. Itulah kali pertama dia melihat wajah Ustaz muda itu ketika berucap di atas mimbar. Ustaz Riwan muda sepuluh tahun tahun dari umurnya. Walaupun usianya masih muda tetapi cara dia berhujah lebih matang dari usianya. Akhirnya penantian dan pertanyaan Zulaikha, siapakah Ustaz Ridwan terjawab.

*****************

Tengahari Zulaikha masuk kelas, kelas yang sama Aminah belajar. Saat dia sedang fokus mengajar dan menjawab pertanyaan dari pelajar-pelajarnya. Zulaikha tidak perasan dirinya di perhatikan dari jauh. Ustaz Ridwan memerhati Zulaikha dari luar beranda kelasnya. Cara Zulaikha mengajar dan melayan kerenah pelajar-pelajarnya sangat bagus dan profesional. Ustaz Ridwan menghampiri kelas Zulaikha dia terdengar pesanan Zulaikha sebelum menamatkan kelasnya. Pesanan Zulaikha

"Kurangkan berkata-kata banyakan bekerja"
"Maksud Ustazah?" Tanya Aminah.
"Kenapa Allah mengurniakan kepada kita dua tangan, dua kaki, dua mata, dua telinga, jutaan saraf otak tetapi Allah kurniakan kita hanya satu mulut?" Soal Zulaikha lagi. Pelajarnya membisu tak tahu apa yang harus dijawab.

Zulaikha menerangkan maksud soalannya. "Kerana Allah menginginkan agar kita lebih banyak bekerja, lebih banyak beramal nyata daripada banyak berkata-kata. Maka ada ungkapan, 'man katsura kalamuhu katsura khatauhu'. Sesiapa yang banyak berkata-kata maka banyaklah dosanya!! Dan sebab itu Rasulullah s.a.w berpesan kepada kita semua 'Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berkata yang baik-baik atau diam saja!' Umat dan bangsa yang besar adalah umat dan bangsa yang lebih banyak kerjanya daripada bicaranya. Orang-orang besar sepanjang jarah adalah mereka yang lebih banyak bekerja daripada bicara!" Jelas Zulaikha kepada pelajar-pelajarnya. Aminah dan yang lain mengangguk kepala tanda mereka faham. Ustaz Ridwan tersenyum dari bidai tingkap kaca dan dia bereda dari situ.
"Assalamualaikum....insyaAllah kita jumpa lagi" Zulaikha menamatkan kelasnya.
"Waalaikumusalam Ustazah"

Zulaikha keluar dari kelas dan berjalan menuju ke pejabat. Ketika berjalan untuk ke pajabat tiba-tiba dia ditegur oleh seseorang. Zulaikha mengenali suara itu........

"Assalamualaikum......."
Zulaikha menghentikan langkahnya. dia menoleh kebelakang. Ustaz Ridwan yang menegurnya. Tubuh Zulaikha bergetar dan dia rasa mengelabah.
"Waalaikumusalam..."
"Maafkan saya, jika mengejutkan Ustazah" Ustaz Ridwan menghampiri Zulaikha. Mereka berjalan seiringan yang agak jauh sedikit jaraknya.

"Emmmm.. ta...tak apa. Ada apa yang perlu saya bantu Ustaz..." "Ustaz Ridwan" Ustaz  Ridwan meyambung kata-kata Zulaikha yang terhenti.
"Panggil saja saya Ustaz Ridwan. Tak ada apa-apa yang perlu Ustazah tolong. Cuma saya nak katakan bagus pesanan Ustazah di kelas tadi" Ustaz Ridwan senyum. Zulaikha mukanya merah padam dan malu.
"Terima kasih... Saya cuma sampaikan apa yang saya perolehi masa saya belajar dahulu" jawab Zulaikha.

"Pesanan Ustazah pada pelajar-pelajar tadi teringat saya pada nasihat James Allen: ' Jangan biarkan orang lain lebih tahu banyak tentang dirimu. Bekerjalah dengan senang hati dan dengan jiwa yang tenang, yang membuat kamu menyedari bahawa muatan fikiran yang benar dan usaha yang mendatangkan hasil yang benar!" bicara Ustaz Ridwan
Zulaikha tersetak. Dia hanya mampu mengangguk dan senyum. Setelah mereka berdua sampai di pejabat masing-masing membawa haluan.


*********************************************************************************

Part 4


Diam tak diam sebulan berlalu. Zulaikha dan Ustaz Ridwan saling menghormati antara satu sama lain. Zulaikha memendam perasaannya terhadap Ustaz Ridwan kerana rasakan dirinya tidak layak untuk Ustaz Ridwan memandangkan dia jauh lebih berumur dari Ustaz Riwan. Ustaz Ridwan tidak mengetahui yang Zulaikha meyimpan perasaan terhadapnya.


Maghrib, Zulaikha tidak ke masjid kerana kurang sihat. Badannya terasa nak demam, kepalanya berat seperti dihempap dengan batu yang besar. Jadi dia memilih untuk bersolat di rumahnya sahaja.. Tentang keadaannya sudah diberi tahu kepada isteri tok guru pondok tersebut Mak Hajah. Selepas Maghrib Mak Hajah meyuruh Ustaz Ridwan membawa Zulaikha ke klinik.

"Ridwan, nanti lepas Maghrib..kamu tolong bawa Zulaikha ke klinik di pekan ya"
"Ermmm..kenapa dengan Zulaikha mak?" Tanya Ustaz Ridwan dengan perasaan risau.
"Mak dengar dia demam. Sebelum lebih melarat demamnya eloklah kamu tolong bawakan dia ke klinik."
"tapi mak? nanti....."
Mak Hajah memintas percakapan Ustaz Ridwan "tak payah tapi-tapi...nanti-nanti, Kamu bawak Aminah tu sekali sebagai teman. Kamu nak tolong orang bukan nak buat kerja tak elok"
Ustaz Ridwan menghela nafasnya dengan lega "Huhhhh..... Kalau macam tu baiklah mak"

Zulaikha dibawa ke klinik oleh Ustaz Ridwan ditemani Aminah untuk mengelakan fitnah. Setelah dibawa ke klinik Ustaz Ridwan terus membawa Zulaikha dan Aminah pulang ke pondok agama itu.

***************

Ke esokan harinya, Ustaz Ridwan mencari kelibat Zulaikha, di pejabat pengurusan pondok agama itu. Zulaikha tidak kelihatan, mungkin masih belum sihat. Ustaz Ridwan terpaksa mengambil alih kelas Zulaikha. ketika sedang mengajar hand phone Ustaz Ridwan berdering tanda ada SMS yang diterima. Ustaz Ridwan membuka SMS dari nombor yang tidak dikenali. SMS tersebut tertulis


"Assalam... terima kasih Ustaz"
Ustaz Ridwan binggung memikirkan siapa yang menghantar SMS itu. Kerana dia tidak mengenali nombor telefon si penghantar SMS itu. Ustaz Ridwan membalas SMS itu." Wasalam.....Siapa ni? terima kasih untuk apa?" Dibalas Ustaz Ridwan SMS itu
"Oh, maaf... Saya Zulaikha. Terima kasih kerana menghantar saya ke klinik malam tadi" SMS itu datang dari Zulaikha.
"Tak menjadi keberatan, itu sudah menjadi sebahagian tanggungjawab saya.Ustazah dah ok?" -Ustaz Ridwan
"Alhamdulillah..... dah baik sikit dari malam tadi. Mungkin esok dah boleh masuk kelas kut"- Zulaikha.
"Ok baguslah..... banyakan berehat, tak perlu fikirkan pasal kelas tu. saya boleh ambil alih buat sementara waktu"- Ustaz Ridwan
"Terima kasih Ustaz. Ustaz banyak tolong saya" -Zulaikha.
"Sama-sama, hari ni hari awak mana tahu esok lusa hari saya pula" -Ustaz Ridwan


Setiap SMS yang di balas memberi seribu erti buat Zulaikha. Betapa baiknya Ustaz Ridwan, beruntung siapa menikahi Ustaz Ridwan. Zulaikha mendoakan agar Ustaz Ridwan menemui jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Seharian berehat di rumah Zulaikha terasa bosan kerana tidak dapat melihat telatah dan melayan kerenah pelajar-pelajarnya.


**************

Zulaikha dah mula masuk kelas dan mengajar, sehari dia bercuti rasakan bagai setahun. Walaupun bertahun-tahun mengajar dia sebuah universiti. Pengalaman mengajar di pondok agama itu jauh berbeza. Zulaikha rasakan hendak mengajar terus di pondok agama itu. Tetapi dia ke situ hanya sebagai pengajar semantara sahaja. dua bulan lagi cuti semester akan berakhir jadi dia terpaksa kembali ke Kuala Lumpur dan mengajar di universiti semula.


Zulaikha menerima panggilan dari kampung. Uminya menelefonnya kerana ada lamaran dari seseorang.
"Assalamualaikum...Zulaikha"
"Waalaikumusalam kenapa Umi?" Ada nada risau.
"Umi nak bagi tahu ni... ada orang nak datang melamar kamu. Jadi boleh tak kamu ambil cuti sehari dua balik kekampung?"
"Lamaran?? dari siapa Umi? kalau dari Mak Ngah yang carikan... terima kasih jelah Umi. Ika bukan nak bersikap biadap, tapi cukuplah dengan apa yang Mak Ngah kata kat Ika dulu Umi. Jodoh Ika Tuhan dah tentukan tak perlu Mak Ngah bersusah payah carikan jodoh untuk Ika, dan cakap lagi kat Mak Ngah tu... terima kasih banyak-banyak kerana sikap perihatin dia pada Ika. Ika Hargai" Bicara Ika pada Uminya. Air matanya disaka. Ika berasa perit dan sedih mengenangkan kata-kata yang pernah di ucapkan dari Mak Ngahnya kerana dia menolak lamaran dari Haji Suffian dahulu.
"Zulaikha... dengar cakap Umi dulu. Mak Ngah tak tahu apa-apa pasal lamaran yang baru ni. Lamaran datang dari orang masjid Pak Imam Awang imam masjid kampung kita tu. Pak Imam tu memberi tahu pada Walid yang ada orang berkenan dengan kamu dan ingin menghantar rombongan merisik. Walid kamu cakap pada Umi, katanya orang yang nak melamar kamu tu saudara dari Pak Imam Awang tu. Orangnya baik dan seorang Imam masjid juga katanya." jelas Uminya.
"Ermmm nantilah Umi, Bagi Ika fikirkan" lembut Zulaikha menjawab.
"Baiklah... Kamu jaga diri baik-baik. Assalamualaikum" Talian di matikan oleh Uminya.
"Waalaikumusalam.." Zulaikha rasa bersalah pada Uminya.


Lamaran itu membuatkan perasaan Zulaikha berbelah bagi. Sama ada terus menolak tanpa melihat siapakah orangnya atau mengiyakan saja permintaan Uminya itu. Zulaikha takut Umi dan Walidnya kecewa lagi dengan keputusannya nanti. Bagi Zulaika, menjaga hati lebih perit dan susah menjaga sekandang biri-biri. Tetapi hati sudah dijinakkan ianya lebih susah untuk menjadi liar berbanding biri-biri. Begitu juga melembutkan hati lebih sudah dari mencairkan besi. Tetapi apabila hati sudah lembut, ianya lebih susah untuk berkarat berbandiang besi.


Pada malam itu Zulaikha Bertahjjud dan Beristikharah mencari jawapan dan keputusannya. Sepanjang malam Zulaikha mengadu pada Penciptanya. Air matanya mengalir terus mengalir mengenangkan ujian pada dirinya. Apa dosanya sehinggakan Tuhan melambatkan pertemuan jodohnya. Zulaikha tertidur dengan Munajat zikirnya pada malam itu.


Keseokan harinya dia tersedar apabila mendengar laungan azan oleh Ustaz Ridwan di masjid pondok agama itu. Azan itu menandakan telah masuk waktu Subuh. Zulaikha bingkas bangun dari hamparan sejadahnya yang menjadi alas tidurnya malam tadi dan bersiap-siap untuk ke masjid untuk berjemaah. Di saat Ustaz Ridwan mengimamkan solat Subuh pada pagi itu dibacanya Surah Ar' Rahman. Zulaikha mengalir air mata. Kerana setiap baris ayat itu di fahami maksudnya di tambah lagi alunan bacaan Ustaz Ridwan tersangat merdu membuat jiwa terasa dengan bacaannya.

Sesudah selesai berjemaah Zulaikha segera untuk pulang ke rumah kerana pagi itu dia ada kelas. semasa menuruni tangga masjid dia terdengar perbualan makcik-makcik yang datang berjemaah di masjid itu mengenai Ustaz Ridwan.

"Tak lama lagi..dengar kata Tok Guru Hassan akan dapat menantu"
"Ya lah.. bertuahnya siapa dapat bersuamikan dan bermenantukan Ustaz Ridwan tu"
Zulaikha tersetak mendengar perbualan makcik itu. Dia rasakan hatinya pedih seperti ditikam dengan sebatang buluh yang tajam. Dia tidak mengetahui kenapa dia rasakan kepedihan teramat sangat. Tetapi dia terpaksa memujuk hatinya yang Ustaz Ridwan sudah ada pilihan hatinya. Perasaanya terhadap Ustaz Ridwan harus dihapuskan. Zulaikha membawa keperitan hatinya dan meninggalkan perkarang masjid itu....
********************************************************************************************************

Part 5


Pada hari itu Zulaikha tidak dapat memberikan tumpuan kepada pengajarannya. Aminah pelajarnya perasan akan keadaan Zulaikha. Selepas berakhirnya kelas pada hari itu Zulaikha terus pulang ke rumahnya. Ketika dalam perjalanan kerumahnya Zulaikha terdengar suara memangilnya.
"Ustazah"

Zulaikha menghentikan lankah dan mencari arah suara itu datang. Ternyata suara itu datang dari orang yang dikenali. Zulaikha menoleh ke belakang, kelihatan Aminah berlari anak menghampirinya.

"Assalamualaikum...Ustazah" Aminah tercungap-cungap nafasnya.
"Waalaikumusalam... Aminah, ada apa?" Soal Zulaikha melihat pelajarnya seperti ada perkara mustahak yang hendak dikhabarkan.
"Tak ada apa-apa, cuma nak balik sama-sama dengan Ustazah" senyum Aminah.
"Ohhh... Saya ingatkan apa" Zulaikha menghela nafas lega dihatinya.

Mereka berdua jalan bersama menyusuri laluan anak di tepinya tebetang sebuah padang yang menghijau rumputnya dipotong rapi.

"Ustazah... ermmm saya nak tanya sikit boleh?" Aminah bersuara
"Ya, boleh! kamu ada masalah dengan penerangan saya dalam kelas tadi ke?"

Aminah membetulkan lipatan tudungnya dari kiri pipinya. Walaupun tudungnya berkeadaan baik. Zulaikha sudah masak dengan perangai pelajarnya itu.

"Apa yang kamu nak tanya ni? ni mesti nak tahu pasal sayakan? saya dah agak kalau kamu tu asyik lipat tudung kamu, tak ada hal lainlah. Mesti nak tanya hal saya kan?" Bicara Zulaikha sambil melemperkan senyuman.
"Bukan.. macam tu Usatazah. Saya tengok Ustazah dalam kelas tadi kurang beri tumpuan je. Asyik mengelamun termenung jauh. Jadi kalau Ustazah ada masalah bagi tahu saya, takut-takut saya boleh bantu" Aminah tersengeh. Walaupun Aminah masih muda peringkat adik kepada Zulaikha. Tetapi Aminah seorang yang berfikiran yang matang.
"Ohhh..Ya ke, Saya mengelamun dalam kelas tadi? Kamu ni Aminah kenapa kamu tak jadi pakar Psikologi je, pandai sangat baca raut wajah seseorang" Zulaikha senyum dan mengelengkan kepalanya.
"Saya tak apa-apalah Aminah. Biasalah masalah bulanan wanita, perubahan hormon" sambung Zulaikha.

Zulaikha cuba meyembunyikan rasa kecewanya mengenai perasaannya terhadap Ustaz Ridwan. Selama ini Zulaikha ego terhadap perasaannya sendiri. Dia cuba menolak perasaan cintanya terhadap Ustaz Ridwan. Setelah mengetahui Ustaz Ridwan akan bertunang dia rasakan kecewa dan hatinya hancur. Zulaikha tabahkan hatinya dan langkahnya terus diatur sehingga menuju ke kawasan rumahnya.

Aminah bersuara lagi "Sabarlah Ustazah, Allah yang mengatur perjalanan hidup ini. Perasaan cinta adalah fitrah, seseorang yang kehilangan cinta itu adalah perkara biasa, yang seringkali terjadi dan kadangkala ada yang sampai menderita kerana cinta. Tetapi kita sebagai orang yang beriman, harus bersyukur kerana diberi peluang untuk menyingkap rasa cinta dan sigkapnya dengan setepatnya.

Jodoh itu sebahagian rahsia Allah, buat apa kita terlalu memikirkan sangat rahsiaNya itu? Kita laluilah kehidupan seperti biasa. Permualaan itu bermula dari langkah kita, dan pengahkiran itu akan Allah tentukan kelak. Berdoalah semoga pengakhiran itu adalah sama seperti bermulanya langkahan baik pertama kita. Selagi 'Akad, Ijab dan Qabul' tidak tertunai itu bukan dikatakan jodohnya. Kekadang pertemuan itu ada, namun jodoh tetap lagi menjadi rahsia yang Esa" Aminah senyum

"Assalamualaikum Ustazah" Aminah berlalu meninggalkan Zulaikha, menuju masuk ke asrama perempuan.

Zulaikha tersentak, dengan kata-kata Aminah sebentar tadi. Dia terfikir sejenak dan hatinya berbicara "Bodohnya aku, kenapa aku memasukan Ustaz Ridwan kedalam hati. Bodohnya aku. Semua sudah ada yang mengaturnya. Iaitu Allah. Jika saatnya bertemu nanti akan bertemunya juga" bisik hati Zulaikha.

**************

"Umminya, apa kata Zulaikha?" Soal Haji Karim, bertanyakan apa yang dibualkan isterinya dengan anaknya.
"Zulaikha bagitahu, dia terima lamaran dari pihak Pak Imam Awang dan dia akan balik hujung minggu ni untuk masjlis tu." ada nada gembira bicara Hajah Fatimah
"Alhamdulillah, mudah-mudahan pengakhiran yang baik Uminya" Haji Karim senyum dan memanjat kesyukuran.

Zulaikha memberi tahu keputusan kepada uminya setelah dia menemui jawapan dalam Istikharanya. Zulaikha mengharapkan lamaran dari pihak Pak Imam Awang adalah pertemuan jodohnya. Zulaikha sudah melupakan perasaannya terhadap Ustaz Ridwan. Zulaikha mendoakan semoga jodoh Ustaz Ridwan dan pasangannya berkekalan sehingga ke syurga. Sedang Zulaikha menyiapkan kerja-kerjanya sekolah di meja makan rumahnya, tiba-tiba hand fonenya berdering ada SMS yang dia terima.

"Salam.. Perawan tua. semoga jodohmu berpanjangan" Tersentak Zulaikha. Hatinya membara, ditahan amarahnya. Dia membalas SMS tersebut. Zulaikha tahu siapa penghantar SMS itu dari Haji Suffian.
"Wasalam... IsyaAllah, Alhamdulillah. Daripada kau takbbur dengan pangkat dan kebaikan yang kau tabur. Lebih baik kau tangisi setiap kejahatan dan dosa yang kau telah lakukan" Zulaikha melempaskan amarahnya yang bersisa. Rasa bencinya pada Haji Suffian tidak dapat diselindunginya lagi.

Azan maghrib berkumandang. Zulaikha mengemas semua buku-buku nota di atas meja makan itu. Disusunya rapi dan dia masuk ke bilik tidur untuk bersiap-siap ke masjid. Di Saat sampai ke masjid Zulaikha terpandang seorang perempuan cantik menuruni dari kereta Ustaz Ridwan. Mak Hajah dan Tok Guru Hassan ada bersama. Zulaikha memerhati dari jauh, perempuan itu sungguh mesra dengan Mak Hajah dan Tok Guru Hassan. Bertuah Ustaz Ridwan dapat calon isteri yang pandai mengambil hati orang tua dan beriman. Zulaikha meneruskan langkah dan memasuki masjid untuk berwudhuk dan mengerjakan solat.

Solat Maghrib pada malam itu diimamkan oleh Tok Guru Hassan. Selepas selesai solat Maghrib Ustaz Ridwan menyampaikan ceramah agama. Ustaz Ridwan memulakan ceramahnya dengan membaca kalimah yang ditulis Ibnu Athaillah Al-Sakandari : Man athbata li nafsihi tawadhuan fahuwa al mutakabiru haqqan. Maksudnya, sesiapa yang yakin bahawa dirinya berasa tawadhuk, maka bermakna dia benar-benar takbbur. Para jemaah berasakan kalimah-kalimah yang disampaikan Ustaz Ridwan itu begitu ringan masuk ke dalam kalbu. Ustaz Ridwan meneruskan pengajian kitab Al-Hikam itu. Dibacanya lagi kalimah Ibnu Athaillah yang berbunyi : 'Laisa al-Mutawadhi'u al-lazi idza tawadha'a ra'a annahu fauqa ma shana'... yang bermaksud bukanlah orang yang tawaduk atau merendah diri berasakan dirinya di atas yang dilakukannya.

Misalnya, dalam suatu majlos ada seseorang berasa tawaduk dengan duduk di belakang. Tetapi dalam pada masa yang sama dia berasa yang sesuai bagi dirinya ialah di atas, iaitu duduk dibahagian depan majlis. Maka orang seperti ini bukanlah orang yang merendah diri melaikan orang yang sombong.

Lalu, bagaimanakah orang yang benar-benar tawaduk itu? Orang yang benar-benar merendah diri itu bagaimana sebenarnya?

Ibnu Athaillah mengatakan pada baris berikutnya: Wa lakin al-mutawadhi' iza tawadha'a ra-a annahu duna ma shana'a. Ertinya, tetapi orang yang benar-benar merendahkan diri adalah orang yang mana apabila merendah diri dia berasa berada di bawah sesuatu yang dilakukan. Misalnya, dalam sesuatu majlis ada orang yang dipaksa duduk di bahagian yang agak ke hadapan. Kerana dipaksa atau terpaksa, dia pun duduk di situ. Dalam masa yang sama dia merasakan dirinya sepatutnya berada di bahagian belakang. Inilah orang yang merendah diri.

Misalnya lagi, katakan dalam sebuah masyarakat itu ada seseorang yang dimuliakan dan dihormati ramai orang, namun dia selalu berasa dirinya belum layak bahkan tidak layak menerima penghornatan seperti itu. Maka dialah orang yang tawaduk itu."

Ustaz Ridwan berhenti sejenak, memandang kepada beberapa wajah hadirin. Zulaikha membelek dan meyemak setiap kalimah yang disampaikan Ustaz Ridwan. Zulaikha kagum dengan petahnya Ustaz Ridwan meyempurnakan penerangannya. Ustaz Ridwan menyampaikan apa yang diperolehi dari hasil penjelasan oleh Imam Muda bernama Aiman Ramadhan. Merupakan imam di sebuah masjid di Kaherah. Imam muda itu juga merupakan senior kelasnya Fakulti Usuluddin. Umurnya sebaya dengan Ustaz Ridwan.

Ustaz Ridwan menambah penjelasannya. Para jemaah yang dimuliakan. Sejarah telah membuktikan hancurnya sesuatu bangsa itu antara sebabnya kerana sombong dan bongkak. Seorang ulama menjelaskan hakikat sombong itu, ialah apabila seseorang berasa dirinya wajar diagungkan padahal hakikatnya tidak wajar. Begitu juga seseorang berasa layak dia menerima pengiktirafan dalam kerjanya kerana dia rasakan dia yang menonjol daripada orang lain dan mendabik dada dengan senyuman. sedangkan dia belum layak, demikianlah bongkak.

Bangsa kita sekarang ini boleh rosak binasa jika masih ramai yang sombong dan menjadikan sombong itu sebagai budaya! Misalnya, ada seorang anggota polis yang ingin pengiktirafan atau cepat dinaikan pangkat kerana dirinya rasakan dia layak dengan membodek. Waimanya dia belum layak dan carakerjanya masih sama dengan anggota-angota lain. Nilainya masih kurang tetapi dia berasakan dirinyalayak dan tidak kurang bahkan layak kerana dia pandai membodek. Orang sebegini sudah sombong lebih sombong lagi. Dia membiayai kesombongannya itu. Yang menjadi mangsa selain dirinya juga adalah bangsanya sendiri.

Malam itu Ustaz Ridwan membaca dua baris saja diri kitab Al-Hikam itu. Namun penjelasannya panjang lebar dan mendalam. Zulaikha terpukau oleh huraian-huraiannya.
Zulaikha berkata dalam hatinya.

"Bertuah gadis itu memliki cinta Ustaz Ridwan. Pasti setiap wanita inginkan calon suami seperti Ustaz Ridwan itu"

Azan Isyak dilaungkan, dan sekali lagi Tok Guru Hassan mengimamkan jemaah malam itu. setelah selesai solat Zulaikha menuruni tangga masjid dan disapa oleh Mak Hajah.

"Zulaikha"
"Mak Hajah" Zulaikha menghulurkan salam dan disambut Mak Hajah yang ditemani oleh seorang perempuan cantik yang dilihatnya sebelum masuk ke masjid tadi.
"Zulaikha, ni Mak Hajah kenalkan. Ni Shamsiah" bicara Mak Hajah perempuan itu melemparkan senyuman dan menghulurkan salam.
Zulaikha meyambut salam Shamsiah itu. "Cantik nama sama cantik dengan tuannya" Zulaikha senyum.
"Mak Hajah, saya minta diri dulu...dah lambat ni. Assalamualaikum Mak Hajah" bicara lembut Zulaikha dan melemparkan senyum lalu berlalu dari situ. Zulaikha masih ada rasa cemburu pada Shamsiah. Dia cuba buang perasaan itu dan harus menerima hakikat Shamsiah adalah pilihan Mak Hajah dan Ustaz Ridwan.

**************

Hari yang di janjikan sudah tiba Zulaikha dan pulang ke kampung. Pada Hari itu Zulaikha berdebar menanti rombongan dari pihak Pak Imam Awang. Semoga apa yang dia harapkan berjalan dengan sempurna. Dia yakin dengan keputusan yang dibuat. Keyakinannya pada ketika itu tidak seperti keyakinan yang sudah-sudah.

tepat jam 2 petang rombongan Pak Imam Awang kunjung tiba. Zulaikha hanya menunggu dalam biliknya, meanti dirinya dipanggil untuk bertayakan jawapan darinya sendiri. Rombongan itu datang denga dua buah kereta mewah. Rupanya calon lelaki itu merupakan anak saudara kepada Pak Imam Awang dan mereka juga dari keluarga yang dihormati dan disegani. Majlis itu dimulakan oleh Pak Imam Awang sebagai juru cakap sebelah pihaknya.

"Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi menerima kunjungan ronbongan kami kemari"
"Saya juga berbesar hati menerimanya... apa orang kata kecil tapak tangan padang bola kami tadahkan" bicara Haji Karim ayah Zulaikha. Kedua-dua pihak berketawa mendengar celoteh kelakar ayahnya Zulaikha.
"Seperti hajat yang diketahui, saya mewakili keluarga abang saya untuk merisik dan melamar puteri Pak haji. Untuk anaknya Amirul" Pak Imam menunjukan Amirul yang tersenyum segak dan sopan berpaian kemeja dan seluar slack. Gaya Amirul seperti orang terpelajar.
"Owhhh.... kalau saya yang jadi calon perempuannya saya dah terima si Amirul ni." bicara Haji Karim ketawa bergema lagi.
"Tapi saya ni ayahnya saja, dan keputusannya kenalah tanya tuan punya diri" Haji Karim senyum

Hajah Fatimah bangun dan masuk ke bilik dan menyuruh Zulaikha ke ruang tamu untuk memberikan jawapan dan bertemu dengan Amirul.
**********************************************************************************

Part 6



Disaat melangkah keluar dari bilik Zulaikha menuju ke ruang tamu untuk bertemu dengan rombongan merisik tersebut, dia rasa berdebar dan gementar. Entah mengapa rasanya sedemikian. Alangkah terkejutnya Zulaikha, melihat Shamsiah, Mak Hajah, Tok Guru Hassan dan Ustaz Ridwan yang ada di situ. Apa lagi dugaan Allah buatnya kali ini. Pak Imam Awang lantas bertanyakan Zulaikha.

"Zulaikha, apa kamu sudi menerima lamaran dari pihak kami?"
"Ermm Sebelum saya berikan jawapan, saya ingin bertayakan satu soalan. Siapa Amirul?"

Pak Imam Awang menunjuk jari ke arah Ustaz Ridwan yang sedang melemparkan senyuman.

Zulaikha berasa hairan dan pelik. Apakah hari itu merupakan mimpinya. Zulaikha bertanya lagi untuk kepastian.

"Jadi Ustaz Ridwan, Shamsiah... Amirul??" Soal Zulaikha
"Ohhhh... Ustaz Ridwan. Nama penuhnya Amirul Ridwan. Shamsiah itu adiknya." Lirih Pak Imam dan tersenyum.

Mata Zulaikha berkaca-kaca dia hampir menistiskan air mata. Bukan kerana sedih tapi gembira, disaka air matanya yang hampir menitis ke pipi. Semua orang yang ada berasa hairan dan pelik.

"Zulaikha, apa kamu menolak lamaran dari Ustaz Ridwan?" Soal Pak Imam Awang.
Zulaikha hanya menunduk dia mendiamkan diri sejenak. Dia menghela nafas dengan lembut mengangkat muka kepada tetamu yang hadir.

"Kerana Allah, saya menerima lamaran ini" Senyum Zulaikha. Zulaikha bangun dan masuk ke bilik untuk membuat sujud syukur, sebagai memanjat kesyukuran kepada Allah. Sungguh hebat ujian Allah sama dengan nikmatnya.

Orang yang paling gembira ketika itu adalah, Walid dan Uminya. Semua yang hadir memanjat kesyukuran. Pada hari itu majlis merisik terus bertukar majlis pertunangan. Kedua belah keluarga bersepakat untuk segerakan pernikahannya.

"Semakin cepat semakin baik. InsyaAllah semakin cepat juga semakin barakah!" Demikian Tok Guru Hassan bersuara.

Maka ditetapkan hari pernikahan Zulaikha dengan Ustaz Ridwan dua minggu selepas pertemuan itu. Kedua-dua keluarga itu langsung didera kesibukan menyiapkan kenduri perkahwinan itu. Kerana Zulaikha anak tunggal, Haji Karim ingin semua kenalan, teman lama dan saudara diundang.

Dengan berkerja keras, dalam waktu yang singkat undangan pernikahan tersebar. Zulaikha mengundang semua kawan-kawannya. Yang tidak dapat dikirimkan undangan diberitahu melalui email dan SMS. Zulaikha juga mengundang mahasiswa-mahasiswanya yang dia kenali. Mereka diundang menerusi SMS. Undangan SMS turut diberikan kepada Aminah. Pelajarnya di Pondok Agama Anjung Kasturi itu, Aminah membalas:

"Terima kasih, Ustazah atas undangannya. Tahniah, Semoga pernikahannya barakah. Tapi maafkan saya tidak dapat datang sebab pada hari yang sama kakak saya melangsungkan akad nikah di Perak. Ustazah dan Ustaz Ridwan pasangan sepadan. Tahniah sekali lagi saya ucapkan"

Zulaikha sedikit kecewa kerana Aminah tidak dapat menghadiri majlis pernikahwinannya. Tidak ketinggalan juga Zulaikha mengundang kawan-kawan sepejabat dan kawan karibnya Hasanah dan Mardiah. Khabar pernikahannya juga diketahui oleh Haji Suffian. Hal itu membuatkan Haji Suffian marah dan geram.

"Jangan sebut aku ni Suffian jika aku tidak ajar perempuan tengkik tu!!" Haji Suffian geram sambil memukul mejanya.

**************

Hari pernikahan Zulaikha semakin dekat. Zulaikha telah memilih baju pengantinnya. Baju pengantin muslimah putih susu yang sangat cantik. Dia memang suka warna putih susu. Baju pengantin itu dibeli dari butik pengantin terkemuka di Kuala Lumpur ketika pergi menghantar kad jemputan kepada teman-temannya. Petang itu Zulaikha mencuba baju pengantin di biliknya. Sambil memandang wajahnya di cermin dan berkata.

"Akhirnya aku akan jadi pengantin juga. Aku akan punya suami. Aku akan hidup berumah tangga seperti orang lain"

Hatinya berbunga-bunga. Zulaikha bahagia. Jika boleh meminta dia masih ingin meminta akad nikah dan walimatulurusnya dipercepatkan lagi. Zulaikha ingin segera mengatakan kepada dunia bahawa dia juga berhak hidup wajar seperti orang lain. Hidup berkeluarga, memiliki suami yang baik dan setia dan akan memiliki anak-anak yang menjadi penyejuk jiwa. Tiba-tiba hand fonenya berdering satu SMS diterimanya dari Haji Suffian.

"Apa Khabar anak dara tua? Jika kau dah tempah atau beli baju pengantin. Baik kau hantar balik baju itu. Kau tak akan memakainya di hari penikahan yang telah kau tentukan. Kau akan tetap kekal dengan statusmu sebagai anak dara tua. Bukannya kau bangga jadi anak dara tua. Setiap kali dilamar banyak orang dan boleh ditolak dengan semena-menanya. Kenapa perlu tergesa-gesa nak kahwin?? Jadilah anak dara tua sampai mati!!"

Zulaikha terkejut membaca SMS itu. SMS berisi kata-kata khianat itu muncul lagi. Entah kenapa, kali ini dia tidak stenang dulu menghadapi SMS khianat dan jahat itu. Marahnya Zulaikha teramat, rasanya ingin membunuh orang yang mengirim SMS kurang ajar itu. Dengan perasaan geram dia membalasnya.

"Semoga lakhanat Allah mengenaimu wahai iblis tua! Semoga kau menemui ajalmu dalam keadaan hina di mata manusia!!"

**************

Segala persiapan untuk majlis akad nikah dan walimatulurus di rumah Zulaikha hampir sempurna. Esok majlis pernikahan itu akan berlangsung. Rumah Zulaikha dipenuhi para tetamu dan undangan. Kanak-kanak berlari berkejaran. Pembesar suara telah dipasang. Lagu-lagu perkahwinan dimainkan. Petang itu syair lagu "Kasih Kekasih" dari kempulan nasyid "In-team" bekumandang,

Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati.

Ayah ibu merestui
Menyarung cicin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta kita pun bersemi

Zulaikha tersenyum, Esok dia akan sah menjadi isteri kepada Ustaz Ridwan. Zulaikha berhenti dari mengelamun dan masuk ke dapur untuk membantu kaum ibu apa yang perlu. Mereka meminta Zulaikha berehat saja. Maka selepas Isyak dia terus tidur, agar esok dia benar-benar segar dan ceria.
Lagu-lagu bahagia masih mengalun. Di Luar biliknya masih lagi sibuk dan terus berjalan sebagaimana yang dirancang. Kanak-kanak ketawa bahagia. Mereka berlarian sambil memegang kuih di tangannya. Zulaikha tidur dalam kebahagiaan tidak terkira.

Zulaikha tidur nyenyak, Jam menunjukan jam 3:30 pagi. Zulaikha dikejutkan dari tidurnya. Tidur bahagianya hilang. Dia terkejut kerana kedengaran suara bising. Uminya menangis menjerit-jerit seperti orang dirasuk, manakala Walidnya pula tersandar di kerusi seperti patung. Hasanah yang mengejutkannya.

"Ada apa, Kenapa Has?" Zulaikha bertanya dengan terperanjat. Tiba-tiba rasa cemas luar biasa mengalir ke dalam tubuh dan hatinya. Hasanah tiba-tiba menagis dan memeluk Zulaikha.

"Ustaz Ridwan... Ika"
"Ada apa dengan Ustaz?"

Hasanah tidak menjawab malah esakan tangisnya semakin kuat. Pak Imam Awang bapa saudara Ustaz Ridwan yang kebetulan berada di situ menjawab.

"Ridwan telah tiada, anakku! Ustaz Ridwan dah meninggal dunia!"
"Apa?" Zulaikha terkujut dan terduduk
"Ridwan mati kemalangan jalan raya. Dia dilanggar lari saat melintas jalan" Jelas Pak Imam Awang
"Ya...Allah, tidak! tidak! Tidak!"

Zulaikha menjerit. Jeritannya menyayat hati siapa saja yang mendengarnya. Zulaikha pengsan seketika. Jiran tetangga yang mengetahui turut bersedih dan mereka saling bertanyakan satu sama lain.

"Kenapa boleh jadi begini? Bagaimana Ustaz Ridwan boleh kena langgar lari? Di malam menjelang akad nikah, bukan ke sebaiknya dia berada di rumah saja berehat? Kenapa boleh kemalangan? Apa yang dia lakukan sebenarnya?"

Pak Imam Awang menjelaskan. " Selesai solat Maghrib malam tadi ada seorang yang telefonnya. Katanya kawan lama ingin jumpa di pasar malam. Ridwan minta kawannya itu datang kerumahnya saja. Tetapi kawannya itu memaksa Ridwan pergi menemuinya atas urusan pekerjaan dan sangat penting, dan Ridwan akan diajak sedikit mengetahui prospeknya. Akhirnya, Ridwan pergi untuk jumpa kawannya itu. Sebelum itu keluarganya melarang pergi tapi Ridwan tetap nak pergi. Pada mulanya sepupunya mahu ikut bersama tetapi Ridwan tidak benarkan dia ikut dengan alasan sepupunya diperlukan dirumah untuk menyiapkan apa yang perlu untuk majlis esok.

Jam 10 malam Ridwan belum juga pulang. Sebahagian orang berasa cemas, sebahagian lagi ada yang marah. Ridwan tidak segera pulang malah masih leka dengan kawannya itu yang tidak dijelaskan siapa orangnya. Tepat tengah malam tadi, dua orang polis datang. Dan memberi tahu ada kemalangan melibatkan ahli keluarga. Tok Guru Hassan dan sebahagian keluarga pergi ke tempat kejadian untuk melihat , memang benar mayat yang berlumuran darah itu adalah Ridwan"

Mendengar cerita itu dari Pak Imam Awang semua orang terdiam. Semua membisu. Semuanya berada dalam kesedihan sepanjang malam. Zulaikha masih Pingsan.

****************

Keesokan Paginya bukan majlis pernikahan yang disebut tetapi majlis kematian. Tiada lagi nyanyian kebahagiaan, tiada senyuman, tiada senda gurauan yang hanya adalah kesedihan dan tangisan. Zulaikha belum dapat menerima apa yang terjadi. Dia masih pingsan berkali-kali. Hasanah dan Mardiah berusaha membawa Zulaikha ke hospital. Zulaikha harus dijauhkan dari suasana sedih dirumahnya. Dimana pada hari itu merupakan sepatutnya hari akad nikah yang tiba-tiba tercipta trauma baginya.

Hasanah dan Mardiah membawa Zulaikha yang masih pengsan ke hospital. KB Medical Centre. Hasanah memilih bilik VIP agar Zulaikha dapat berehat dengan selesa. Menjelang waktu Zohor Zulaikha sedar dari pengsannya. Hasanah berada di sisi menenangkannya. Manakala Mardiah pulang ke rumah Zulaikha untuk melihat keadaan Hajah Fatimah umi Zulaikha. Setelah minum beberapa teguk air, Zulaikha menangis.

"Lebih baik aku mati saja Has. Aku tidak kuat!" kata Zulaikha dalam pelukan Hasanah dengan teresak-esak.
"Ingat Allah ya Ika, Istigfar banyak-banyak! bersabarlah. Minta pada Allah agar musibah ini diganti dengan sesuatu kebaikan" Hasanah cuba menguatkan semangatnya.
"Tapi aku boleh jadi gila Has. Aku boleh gila! Daripada aku gila lebih baik aku mati saja! aku tak kuat hadapi ujian ni Has.." Air mata Zulaikha terus mengalir.
"Tidak, kau tak akan gila. Kau akan baik. Percayalah ini ujian dari Allah untuk memilihmu menjadi kekasih-Nya"
"Tak tahulah apa akan terjadi pada diriku Has"
"Sudahlah kau istirehat dulu. Tubuhmu sangat lemah. Banyaklah berzikir. Dengan banyak berzikir hati akan tenang"

Dengan setia Hasanah menemani Zulaikha. Segala usaha dia kerahkan untuk menenangkan kawan karibnya itu Zulaikha.

"Has, macma mana dengan anak kau? siapa yang jaga dia kalau kau kat sini?" tanya Zulaikha
"Tenang sudah ada yang menjaganya. Suami aku izinkan aku untuk temankan kau"
Air mata Zulaikha mengalir lagi. "Bahaginya mempunyai anak. Kau beruntung Has. Ada suami yang baik, anak-anak yang comel. Keluarga besar yang penuh kasih sayang. Sedangkan aku, jangankan anak. Suami pun tak ada. Baru nak melangsungkan pernikahan bakal suami dah meninggal.." kata Zulaikha sambil menangis memandang syiling bilik hospital itu.

"Sudahlah Ika.Sudahlah. Hanya belum sampai masanya saja. InsyaAllah bila tiba masanya kau akan memiliki yang lebih baik dari yang aku kecapi ini"
"Entahlah Has, harapan aku sedah berkecai aku rasa aku tak nak hidup lagi dan fikirkan pasal kahwin"

"Tidak Ika. Kau tak boleh berputus asa. Ingat Allah, Dia maha berkuasa. Ini sebahagian ujian kecilnya saja. Masih banyak hamba Allah diuji dengan ujian yang jauh lebih besar dari kau alami ini. Marilah Ika, kau perlu tabah! kau perlu kuat! kau perlu teruskan kehidupan! kau tak boleh menyerah. Berputus asa bererti kau menyerahkan dirimu dalam perangkap syaitan!"

"Doakan aku ya Has. Semoga aku kuat. Tapi ujian ini bagi ku terlalu berat!"

"Aku tahu ini berat bagimu, tapi aku yakin kau mampu menghadapinya Ika. Aku yakin"

"Aku bertuah ada kawan macam kau Has. Terima kasih Has...Kau baik sangat!" lirih Zulaikha dengan mata berlinangan air mata.

Pintu bilik diketuk. Seorang doktor bertudung masuk. Dengan mesra doktor setengah baya itu memeriksa keadaan Zulaikha. Semua keluhan Zulaikha dia mendengar dengan penuh perhatian. Sesekali doktor itu menenangkan Zulaikha dengan kata-kata yang lembut dan menyejukan. Senyumanya mengalirkan kesembuhan.

"Jadi, cik ni Zulaikha seorang pensyarah di Universiti UIA lah?" Zulaikha mengangguk dan senyaum
"Maksudnya cik mesti kenal dengan anak saya?'
"Apa nama anak doktor?' soal Zulaikha
"Namanya Yusuf. Yusuf Hadi bin Imran"
"Ooo..kenal. Kenal sangat-sangat. Ucapkan tahniah untuk Yusuf sebab katanya dia akan ke Kahera Mesir untuk lanjutkan pengajiannya"
"Ya nanti saya sampaikan. Yusuf selalu ceritakan tentang Cik Zulaikha. Terima kasih kerana telah banyak membantu anak saya"
"Sama-sama doktor"

Pertemuan dengan doktor bertudung yang merupakan ibunya kepada Yusuf itu membuat Zulaikha seolah-olah dapat bernafas. Banyak yang dikongsi bersama-sama dengan doktor itu. Kisah hidup doktor hampair sama dengan kehidupan Zulaikha yang lambat menemui jodoh.


******************************************************************************************************

Part 7



"Yang sudah terjadi biarlah berlalu. Walau diratapi sekalipun dia tidak akan kembali. Jodoh kadang kala perlu dicari, tetapi kadang kala ianya datang sendiri tanpa dicari. Adapun yang paling penting adalah dekatkan diri dengan Allah sama ada dalam keadaan susah dan bahagia mahupun keadaan senang dan sedih" pujuk doktor yang merawatnya.


Zulaikha seperti mendapat suntikan darah segar. Daya hidupnya tumbuh kembali. Dalam hati dia berkata.
"Ya benar, apa yang sudah terjadi biarlah berlalu. Bagaimana sekali diratapi Ustaz Ridwan tidak akan kembali"


"Ingatlah pesanan Anton Chekov" Bicara doktor itu lagi.
"Apa pesanannya doktor?" Tanya Zulaikha perlahan.
Doktor senyum "Anton Chekov pernah menulis, 'Suatu ketika kamu perlu untuktidak memikirkan kejadian dan kegagalan. Jangan biarkan hal itu mengganggu dirimu!"


"Nasihat dan pesanan yang baik sekali doktor"
"Ya. Tidak ada salahnya untuk memperkaya jiwa kita kena baca juga karya-karya sastera"
"Terima kasih doktor atas segalanya"


***************


Derita yang dialami Zulaikha ternyata tidak hanya berakhir di situ. Tanpa pengetahuannya,  di rumahnya terjadi musibah kedua. Haji Karim, walidnya, yang sememangnya sudah tua tidak tahan menaggung tekanan yang dihadapi  Zulaikha. Haji Karim, Walid Zulaikha kena serangan strok. Dengan segera telah dibawa ke hospital. Namun, keadaannya tidak dapat diselamatkan. Walidnya meninggal dunia semasa dalam perjalanan.  Pemergian Haji Karim menyusuli bakal menantunya.


Berita kematian Haji Karim tidak disampaikan kepada Zulaikha. Zulaikha mengetahuinya setelah dia pulang dari hospital denganjiwa yang kuat dan mantap. Mengetahui walidnya telah tiada Zulaikha menangis, namun tidak sampai pengsan. Lengkap sudah penderitaan Zulaikha.


Berita pernikahanyan yang tidak jadi kerana pengantin lelaki terlibat dalam kemalangan targis itu telah dimuatkan dalam akhbar harian Metro. Berita kematian Ustaz Ridwan yang mengejut itu masih dalam sisasatan pihak polis. Polis menyiasat saksi-saksi. Polis mencurigai orang yang membuat panggilan kepada Ustaz Ridwan. Orang itu belum juga dikenal pasti dan masih dalam siasatan.


Beberapa hari selepas itu, Teman-temannya datang untuk mengucapkan takziah, ada yang datang dari Kuala Lumpur dan ada yang datang dari Pondok Agama Anjung Kasturi. Zulaikha juga terkejut melihat Haji Suffian datang untuk memberikan ucapan takziah. Di hadapan Zulaikha Haji Suffian  perlahan-lahan berkata.


"Saya turut berduka.  Semoga roh mereka berdua ditempatkan di kalangan orang-orangnya beriman. Saya harap baju pengantinmu sudahpun dipulangkan ke balik ke butik asalnya!"


Zulaikha tersentak. Kata-kata Haji Suffian bagaikan sebilah pedang yang tajam mengelar-ngelar sebahagian tubuhnya. Kata-kata itu amat perit dirasainya. Kata-kata Haji Suffian itu menguatkan keyakinannya bahawa punca kematian Ustaz Ridwan adalah angkaranya. Kata-kata jahat Haji Suffian itu hampir melumpuhkan semangatnya saat itu. Tiba-tiba kekuatannyabangkit . Dia tidak akan terjerat dengan kata-kata Iblis tua itu. Dia mesti tenang dan kuat. Dia mesti menang.


"Terima kasih kerana sudi datang Tuan Haji" Jawab Zulaikha berpura-pura dan tidak pedulikan setiap kata-kata Haji Suffian itu.


*************


Firasat Zulaikha terus mengatakan bahawa Haji Suffian adalah punca kematian bakal suaminya. Dia ingin laporkan kepada pihak polis, Mungkin orang misteri yang membuat panggilan kepada Ustaz Ridwan adalah Haji Suffian atau orang suruhannya. Tetapi Zulaikha tiada bukti, dia bingung memikirkan apa yang harus dia lakukan. Hal itu kemudiannya diberi tahu kepada kawan karibnya. Hasanah. Hanya hasanah yang akan mempercayainya.


"Aku yakin Has. blis tua kutuk tu adalah dalang kematian Ustaz Ridwan. Aku pasti dan yakin!" Kata Zulaikha berapi-rapi. Lantas dia menunjukan SMS  yang menguatkan dugaannya itu. Hasanah melihat SMS yang dihantar Haji Suffian pada Zulaikha dengan kepala dingin.


"Sudah-sudahlah Ika. Jangan menambah masalah lagi. Jangan menyusahkan diri sendiri. Jangan menuduh tanpa bukti! Silap-silap kau sendiri yang dituduh nanti!" bicara Hasanah dengan lembut tapi tegas.


"Dengan SMS ini, kata-kata ucapan takziah tempoh hari belum cukup membuktikan lagi si Iblis tua tu punya angkara ke?"Soal Zulaikha.


"Aku bukan peguam mahupun hakim Ika. Tapi sebaiknya kau berikan tumpuan kepada Umi kau tu. Ikhlaskan dan redha saja, kerana orang yang ikhlas dan redha selalunya akan menang. Orang yang ikhlas dan redha itu Allah selalu bersamanya" Sahut Hasanah perlahan. Lalu dia mengambil surat khabar dari bagnya.


"Apa lagi polis sudah mengumumkan bahawa kematian Ustaz Ridwan kemalanagan kecuaian bukan kemalangan berniat jahat. Pemandu yang melanggar Ustaz Ridwan sudah menyerah diri dan dihadapkan ke mahkamah. Cuba kau baca berita ni" Hasanah menyerahkan naskah akhbar harian Metro kepada Zulaikha.


Zulaikha mengambil surat khabar dari tangan Hasanah dan membaca berita yang dimaksudkan Hasanah itu. Zulaikha menghela nafas panjang ada rasa kecewa dalam tarikan nafasnya. Hasanah memahaminya. Lalu Hasanah cuba menghiburkan Zulaikha.


"Sudahlah Ika, tabahkan diri kau. Kuatkan iman. Ini ujian bagimu dari Allah. Rasulullah pernah bersabda: "Semua perkara bagi orang mukmin itu baik. Jika mendapat nikmat bersyukurlah dan jika dapat musibah bersabarlah. Semoga musibah itu menjadi pahala" Lanjut Hasanah.


Zulaikha mengangguk. Dalam hatinya bertekad untuk semakin mendekatkan dirinya pada Allah. Ia teringat kata-kata arwah tunangnya Ustaz Ridwan.
"Kita semua milik Allah dan akan kembali kepada Allah. Kita semua tunduk pada takdirNya, yang paling berkuasa di atas segalanya adalah Allah"


Sejak itu, Zulaikha hampir tidak pernah meninggalkan solat malam. Dia labuhkan segala keluh kesah dan deritanya kepada yang maha menciptakan. Zulaikha pasrah seluruh dirinya kepada Allah. Dalam keheningan malam dia berdoa.


"Ya Rabbi, Aku telah berikhtiar, sekarang kepada Mu aku kembalikan semua urusan. Ya Rabbi, Aku berlindung kepada Mu dari semua jenis kejahatan yang terjadi di muka bumi ini. Ya Rabbi, Aku memohon kepada Mu segala kebaikan yang Engkau ketahui dan aku berlindung kepada Mu dari segala perkara buruk yang Engkau ketahui"


**************


Bualan Ramadan tiba. Zulaikha sudah dapat melupakan kejadian yang menimpanya. Zulaikha sudah berhenti jadi pensyarah di UIA. Tok Guru Hassan menawarkan Zulaikha untuk menjadi tenaga pengajar di Pondok Agama Anjung Kasturi, tetapi Zulaikha meminta masa untuk dia fikirkan. Sementara itu dia nak habiskan masa dan memberi perhatian lepada Uminya, Hajah Fatimah. Zulaikha semakin menikmati ibadahnya. Selesai tahjjud, Zulaikha menyipkan sahur. Uminya masih tidur. setelah semuanya siap Zulaikha membangunkan Uminya dengan penuh kelembutan.  Si Umi lalu membasuh muka kemudian bersahur bersama-sama Zulaikha. Rumah itu terasa begitu sunyi. Hanya Zulaikha dan Uminya yang duduk di meja makan itu.


"Ramadan tahun lalu, kita masih makan sahur bersama Walidmu ya nak"
"Ya Umi...Sudahlah Umi jangan diingat itu lagi"


"Adakah Umi berkesempatan melihat kamu bersanding ya nak"
"Sudahlah Umi. Kita serahkan semuanya kepada Allah. Jika Allah menghendaki apapun boleh terjadi. Pertengahan Ramadan nanti Ika nak bawa Umi ke Makkah untuk tunaikan umrah. Umi ikut ya" Hajah Fatimah mengangguk dan senyum.


Selesai Sahur, Zulaikha membaca al-Quran manakala Uminya mengerjakan solat. Apabila azan Subuh berkumandang mereka berdua pergi ke masjid kampungnya. Selain untuk solat Subuh berjemaah mereka ingin mendengar kuliah subuh yang diadakan sepanjang Ramadan.


Setelah selesai, Zulaikha mengajak ibunya berjalan-jalan menghirup udara pagi keliling kampungnya. Merekaberdua kerumah setelah matahari sudah terang bersinar di ufuk. Meraka sempat singgah di stesen minyak Petronas untuk membeli surat khabar. Zulaikha terkejut mambaca tajuk utama akhbar harian Metro itu " SEORANG USAHAWAN MATI DIBUNUH DALAM KEJADIAN PECAH RUMAH" usahawan yang dimaksudkan itu adalah Haji Suffian.


Zulaikha berkata perlahan dalam hatinya "Padan muka kau Iblis tua!! Tuhan utuskan orang untukku membunuh kau!!" lalu Zulaikha bertakbir dalam hatinya "Allahuakbar!!" Dia berasa doanya dikabulkan oleh Allah. Orang jahat itu akhirnya mendapat balasannya sendiri.

*************


Petang itu, selepas solat Asar, Zulaikha pergi kekedai untuk membeli kelapa, gula melaka dan tepung gandum untuk dibuat kuih sebagai juadah berbuka puasa. Setelah pulang dari kedai, Zulaikha melihat ada sebuah kereta Proton Persona warna hitan di hadapan rumahnya. Hatinya tertanya-tanya siapakah yang datang kerumahnya. Setelah masuk kerumahnya ternyata yang berkunjungitu adalah Doktor Noraini yang merawatnya ketika dia dimasukan ke hospital KB Medical Centre iaitu ibu kepada Yusuf Hadi.


"Darimana Cik Zulaikha?" Tanya doktor itu.
"Tak payahlah bercik cik, doktor. Panggil je saya Ika ataupun Zulaikha. Saya dari kedai beli barang sikit nak buat kuih" bicara Zulaikha.
"Ohh pandai buat kuih, sudahlah orangnya cantik pandai masak rupanya" Puji doktor sambil tersenyum.
"Tak adalah pandai sangat pun... Doktor datang sorang je ke? Zulaikha senyum.
Sambung Zulaikha lagi " Yusuf apa khabar? Urusan biasiswanya untuk ke Kaherah Mesir sudah selesai ke?"


"Alhamdulillah, Yusuf sihat. Dia kirim salam. Tadi dia sedang sibuk menulis, saya pun tak tahu apa yang ditulisnya"
"Kalau senang-senang selalulah ke sini. Doktor ke sini secara kebetulan atau memang sengaja datang kemari?" bertanya Zulaikha.


"Saya, memang sengaja datang ke mari, ermmm...."


Uminya Zulaikha yang dari tadi hanya diamkan diri tiba-tiba bersuara.
"Zulaikha, Doktor Noraini ni datang ke mari kerana ada hajat penting dengan kamu. Katanya ada hal penting yang ingin beliau bincangkan. Sini, biar Umi yang buat kuah tu dan bolehlah kamu berbual hal yang penting tu dengan Doktor Noraini" 


Doktor Noraini mencelah "Maaflah kalau kedatangan saya menggangu"
"eehh, tak mengapa doktor" Sahut Uminya Zulaikha.
"Saya ke dapur dululah, doktor duduklah dulu berbual-bual dengan Zulaikha ya" Hajah Fatimah meninggalkan mereka berdua di ruang tamu itu.


Zulaikha diam, Doktor Noraini pun diam. Suasana Hening seketika.


"Eh..mahu bincang pasal apa ya doktor?" Zualikha bersuara memecah keheningan.
"Emmmm ni, tentang Yusuf. Anak saya"
"Kenapa dengan Yusuf?"


"Sebelum tu saya minta maaf ya Zulaikha. Saya tidak bermaksud menyinggung sesiapa kerana saya tahu  Zulaikha merupakan orang yang Yusuf hormati. Segala kata-kata Zulaikha dipatuhinya. Jadi saya ingin bincang dan mendengar nasihat dari Zulaikha. Sebenarnya dua hari yang lalu Yusuf meyampaikan hasratnya untuk berkahwin. Apakah pandangan Zulaikha berhubung perkara itu? Sedangkan dia akan menyambung pelajarannya ke Mesair" Bicara Doktor Noraini


Zulaikha mengerutkan dahi. "Kalau menurut saya secara peribadi hal itu tidak ada salahnya Yusuf berkahwin kemudian ke Mesir. Jadi dia boleh membawa isterinya bersama, itu lebih bagus ada juga orang yang jaga makan pakainya di sana nanti"


"Menurut Zulaikha, adakah Yusuf sudah layak berkahwin? sudah layak bergelar suami? dan mampu menyara isteri dan anak-anaknya nanti?" Soal bertubi-tubi dari Doktor Noraini


"Menurut saya, Yusuf sudah layak berkahwin. Selama saya mengenalinya di universiti, dia seorang yang boleh diberi tanggungjawab dan kepimpinanya baik. Kenapa doktor masih ragu dengan anak sendiri?"
"Saya tidak ragu Zulaikha. Tapi saya mencari jawapan yang pasti. Barulah saya lepaskan Yusuf ke dunia baru yang penuh perjuangan dan cabaran itu"
"Yakin saja doktor, berkahwin awal bagi orang seperti Yusuf tu bagus. Saya menyesal tidak berkahwin awal dulu"


"Sebab itu saya kemari, selain dari tentang Yusuf. Saya juga ingin berbincang dengan Zulaikha pasal calon yang diajukan Yusuf" bicara Doktor Noraini.
"Harap-harap saya kenal dengan calon isteri Yusuf itu. Dia masih belajar sama dengan Yusuf di UIA ke? Tanya Zulaikha dengan penuh minat.

*******************************************************************************

Part 8 "Tamat"


"Tidak...Zulaikha. Calon isteri Yusuf, Zulaikha amat mengenalinya dan dekat dengan Zulaikha." Senyum Doktor Noraini
"Dekat dengan saya? Saya amat mengenalinya? Biar betul takkan Umi saya kut" Senyum Zulaikha.
"Biar saya berterus terang saja ya Zulaikha. Sebelum itu saya minta maaf kerana se..sebenarnya Yusuf meminta kepada saya supaya melamar kamu Zulaikha. Calon diajukan, anak saya itu adalah kamu"


Zulaikha terperanjat rasanya bagaikan disambar petir. "Sa..saya doktor?!" terketar-ketar Zulaikha bertanya.
"Ya, kamu Zulaikha. Yusuf ingin mengahwini kamu"


"Maaf, doktor. Mungkin Yusuf cuma bergurau. Saya tidak pernah berlaku yang tidak-tidak dengan Yusuf doktor, Betul!" Jawab Zulaikha dengan nada takut dan khuatir. Dia Khuatir kalau-kalau Doktor Noraini itu datang untuk membuat perhitungan dengannya. Zulaikha takut dianggap mempunyai hubungan dengan Yusuf.


"Tak Zulaikha, Yusuf tak pernah main-main dalam soal peribadinya. Yusuf sangat serius dalam hal ini"
"Kalau begitu Yusuf salah pilih doktor"
Doktor Noraini hanya senyum "kenapa Zulaikha kelihatan takut ni?"
"Doktor harus percayakan saya, Saya tidak ada apa-apa hubungan dengan Yusuf. Kecuali sebagai pensyarah dengan pelajarnya saja"


Doktor Noraini mengeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia faham apa yang dimaksudkan Zulaikha. "Zulaikha, saya percaya dan tidak pernah menuduh begitu. Saya juga percayakan Yusuf. Saya datang ke sini adalah nak menunaikan janji saya kepada anak saya itu. Saya berjanji akan meyunting mana-mana gadis yang ingin dinikahinya asalkan akhlak dan agamanya elok dan baik. Ketika Yusuf menyatakan hasratnya untuk menikahi Zulaikha, saya terus setuju. Sebabnya saya sudah ketahui segala tentang Zulaikha daripada Hasanah, kawan baik kamu. Saya mengharapkan Zulaikha tidak menolak lamaran ini. Lamaran peminangan ini betul-betul tetapi belum resmi. Jika Zulaikha sudi menerimanya nanti saya akan meminag secara resmi dengan membawa Yusuf dan ayahnya serta ahli keluarga terdekat"


Zulaikha tidak tahu apa yang harus dijawabnya. Apa yang disampaikan oleh Doktor Noraini sangat jelas. Zulaikha memahami setiap maksud yang disampaikan."Doktor dah tahu tentang saya, tetapi Yusuf belum tahu doktor"


"Dia lebih mengetahui dari saya tentang diri kamu Zulaikha. Apakah lagi yang membuatkan Zulaikha ragu cinta Yusuf pada diri kamu?"


"Saya masih belum boleh percaya dan terima perkara seperti ini doktor. Ni kerja gila. Mahasiswa melamar pensyarahnya. Apa kata Masyarakat nanti?"


"Apakah yang perlu saya lakukan, agar Zulaikha mempercayainya? Demi Allah! saya bersumpah bahawa apa yang saya sampaikan ini adalah benar. Tiada terjadinya perkara gila, tak ada Zulaikha. Malah mengikuti sunah Rasul, ini bukan satu idea yang gila. Ini idea yang baik. Tiada dalil mahupun hadith mengatakan bahawa Mahasiswa meminang pensyarahnya adalah gila dan haram!" Doktor Noraini menjelas agar Zulaikha percayakannya.


"Saya ini lebih tua dari Yusuf doktor, Dia hanya layak jadi adik saya"Lirih Zulaikha


"Syariat tidak menentukan batas umur Zulaikha. Kamu memang lebih tua, tetapi tidak jauh bezanya cuma empat tahun sahaja. Yusuf kini sudah berusia 29 tahun. Sedangkan saya sendiri suami lebih muda dua tahun dari saya"


"Saya belum dapat menerimanya doktor"


"Kenapa? Tadi Zulaikha katakan Yusuf sudah layak berkahwin dan memiliki isteri. Apa lagi yang tidak layak? Apakah ada sesuatu cacat pada diri Yusuf sehingga Zulaikha tidak dapat menerima lamarannya?"


Zulaikha terdiam. Dia tidak tahu apa yang dia harus lakukan. Dia masih tidak tahu apakah yang menyebabkan Yusuf melamarnya. Apa yang harus dia putuskan jawapan. Zulaikha masih mendiamkan diri.


"Diam bererti setuju. Saya minta diri dulu ya Zulaikha. Mana Mak Hajah tadi?" Doktor memutuskan jawapan Zulaikha.


Zulaikha tersentak mendengar kata-kata dari Doktor Noraini yang sudah minta diri mahu pulang. Zulaikha berdiri mengikuti Doktor Noraini yang sudah berdiri. "Doktor sebentar, bagi saya masa untuk fikirkan. Lagi pun minggu depan saya akan ke Makkah untuk menunaikan umrah. Selepas pulang dari umrah saya putuskan jawapannya."


Doktor Noraini agak kecewa sedikit dan mengiyakan permintaan Zulaikha. "Ya baiklah. Ajal, maut, jodoh, pertemuan di tangan Tuhan. Kami sekeluarga sabar menanti jawapan dari kamu.


Setelah bersalam dengan Hajah Fatimah uminya Zulaikha dan dengan Zulaikha juga Doktor Noraini meninggalkan rumah itu.



**************


Berangkatlah Zulaikha bersama Uminya ke tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah. Saat pertama kali melangkah masuk ke Masjidil Haram, Zulaikha terpegun melihat Kaabah. Selama ini dia hanya ketahui Kaabah itu merupakan kiblat untuk orang-orang Islam. Tetapi pada hari itu Zulaikha dapat melihat sendiri Kaabah yang tersegam indah dihadapnya. Zulaikha mengalirkan air matanya, disaka titisan air mata yang jatuh di pipinya.


Hatinya cukup tersentuh dan terharu dengan pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail membina Kaabah itu. Zulaikha juga terharu perjuangan junjungan besar Nabi Allah Muhammad s.a.w yang berjuang melindungi Kaabah dan mengembangkan syiar Islam sehingga hari ini agama Islam yang suci terus berkembang. Zulaikha merasakan diri kerdil ketika berada dalam kawasan Masjidil Haram itu. Andai Nabi yang maksum tidak terlepas dari terima ujian, bahkan ujian para nabi lebih berat dilalui mereka. Kenapa dirinya tidak dapat terima ujian yang diberikan Allah pada dirinya. Air matanya terus mengalir tanpa disedari.


Zulaikha melakukan sujud syukur kerana diberi kesampatan peluang menjejak kaki di Masjidil Haram itu. Itulah anugerah tidak terhingga. Nikmat yang dia dapat teramatlah indah. Bibir, lidah dan hatinya tidak putus-putus berzikir dan berselawat kepada Allah dan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Bagi Uminya hanya mengimbau kembali saat dia menunaikan Haji bersama arwah suaminya suatu ketika dahulu. Zulaikha dan Uminya memulakan Tawaf sebahagian rukun umrah. Selepas sempurna melaksanakan tawaf.


Pada sebelah malam hari Zulaikha mengambil peluang untuk berqiamulai di Masjidil Haram. Uminya selepas melakukan solat terawih terus balik ke hotel untuk berehat kerana keesokan paginya mereka akan meneruskan rukun-rukun umrah seterusnya. Sebaliknya Zulaikha menghabiskan masa bersolat Taubat, Bertahjjud dan Beritikharah, untuk meminta petujuk dan memudahkan segala urusannya di duania mahupun di akhirat.


Air mata Zulaikha terus mengalir disaat dia beristikharah setiap doa yang dipohon bersulamkan esakan tangisan. Selepas selesai solat semuanya. Zulaikha membaca Al-Quraan. Ketengan yang dia rasakan tidak sama ketengan ketika di tanah air. Selepas menghabiskan bacaan Al-Quran Zulaikha pulang ke hotel untuk berehat sebelum bangun untuk bersahur.


*************


Setelah 12 hari di Kota Makkah, Segala rukun umrah telah sempurna Zulaikha dan Uminya kerjakan. Sebelum berangkat balik ke tanah air Malaysia. Zulaikha mengambail kesempatan untuk melawat Jabal Rahmah. Banyak sejarah mengenai Jabal Rahmah, di Jabal Rahmahlah Nabi Adam a.s dan Isteriya Siti Hawa bertemu setelah berpisah dari syurga dicampak ke dunia. Setelah 100 tahun mereka bertemu kembali di Jabal Rahmah itu.


Ketika di Jabal Rahmah Zulaikha berdoa agar dipercepatkan jodohnya. Dengan kedudukan antara dua sujud Zulaikha menghadap kiblat. Dia menadah tangan dan berdoa. Pada saat dia berdoa sapu tangan yang digunakan untuk mengesat air matanya terbang dibawa angin. Zulaikha cuba untuk menagkapnya tetapi gagal. Dan sapu tangan itu terbang dan terjatuh di kaki seseorang. Dia menghampiri lelaki itu yang sedang memelakangi dirinya. Zulaikha megambil sapu tangannya takut dipijak lelaki itu. Selepas mendapatkan sapu tangannya Zulaikha bangun dan lelaki itu memusingkan badannya, alangkah terkejutnya Zulaikha lelaki itu adalah Yusuf Hadi bekas mahasiswanya. Setelah bertahun-tahun berpisah selepas Yusuf menamatkan pengajiannya di UIA. Pada hari itu Zulaikha dan Yusuf diketemukan oleh Allah s.w.t. Dan Jabal Rahmahlah menjadi saksi pertemuan mereka.


Rupanya Ramadan pada tahun itu Yusuf juga ke Makkah untuk menunaikan umrah. Setelah ibunya Doktor Noraini memberi tahu Zulaikha perlukan masa untuk memberikan jawapan tetapi ibunya tidak memberitahu padanya yang Zulaikha akan ke Makkah untuk menunaikan Umrah. Yusuf langsung tidak tahu selama 12 hari Zulaikha berada di Makkah. Bahkan mereka menaiki pesawat yang sama dan menginap di hotel yang sama. Dengan kuasa Allah pada hari itu mereka berdua dipertemukan. Di kesempatan yang ada Yusuf sendiri melamar Zulaikha di Jabal Rahmah. Turut disaksikan beberapa jemaah yang lain dan Uminya Zulaikha Hajah Fatimah.


"Cik Zulaikha, bersaksikan Jabal Rahmah ini. Saya Yusuf Hadi bin Imran ingin meminangmu dengan Bismillah dan kerana Allah" Yusuf yang segak berjubah berkopiah dan berserban meluntut
di hadapan Zulaikha. Yusuf nekad berbuat demikaian semata-mata untuk memberi tahu Zulaikha. Bahawa dia betul-betul serius melamar Zulaikha.Para jemaah yang ada melihat telatah meraka.


Muka Zulaikha merah padam. "Yusuf, kamu betul-betul serius?"
"Ya" jawab Yusuf tanpa ragu-ragu.
"Kamu sudah tahu kekurangan saya dan mahu menerima saya?"Soal Zulaikha untuk kepastian.
"Ya. Tak ada manusia yang sempurna" Yusuf masih lagi meluntut.


"Kalau begitu saya terima, tapi dengan syarat"
Yusuf bangun berdiri "Apakah syaratnya?"
"Akad nikahnya malam nanti, selepas solat Tarawikh di Masijdil Haram. Dengan disaksikan semua jemaah masjid dan Kaabah. Maharnya dengan sebuah kitab Al-Quran" Bicara Zulaikha.


Yusuf terperanjat. Dia tidak menduga bahawa Zulaikha mensyaratkan begitu. Malah Uminya juga hairan.


"Kenapa akadnya tidak dilakukan selepas AidilFitri dan di Malaysia?"
"Tidak. Bukan kamu sudah tahu tentang cerita saya selama ini. Saya tidak mahu mati kaku gara-gara tidak jadi bernikah lagi. Saya bukan main-main dan perkara ini ada serius. Saya hanya bimbang ada perkara-perkara di luar kekuasaan kita yang membatalkan rancangan ini. Bagi saya lebih baik akad itu dilakukan pada malam nanti dan di Kota Makkah ini atau tidak sama sekali!"


Yusuf merenung wajah Zulaikha. Wajahnya begitu teduh namum namun semangatnya berwibawa.
"Baiklah, Saya setuju dengan syarat Cik Zulaikha" jawab tanpa ragu Yusuf.
"Satu lagi, jika kamu dah setuju dengan syarat saya. Kau jangan lagi memanggil saya Cik Zulaikha. Panggil saja saya Ika" Zulaikha tersenyum


Uminya Hajah Fatimah, mengalirkan air mata. Rasa gembiranya tidak dapat digambarkan. Dia terus menghampiri Zulaikha dan memeluk serta mencium anaknya itu. Zulaikha dan Uminya sama-sama mengalirkan air mata kegembiraan. Para jemaah yang ada disitu turut tumpang gembira.


***************


Pada malam 23 di bulan Ramadan itu, apa yang diharapkan Zulaikha menjadi. Akad nikah selepas solat tarawikh akan disaksikan para jemaah yang ramai dan Kaabah juga turut menjadi saksi. Para jemaah sebahagian besarnya dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei yang turut berada melihat Zulaikha dan Yusuf disatukan, mereka semua terharu. Saat akad nikah Zulaikha mengalirkan air mata. Dia tidak pernah membanyangkan dan bermimpi untuk diijab qabul di kota suci bagi orang-orang Islam itu. Selepas sah menjadi isteri Yusuf, Zulaikha melakukan sujud syukur. Begitu besar Nikmat yang dirasakan. Segala penderitaan yang ditanggung selama ini seperti direntap tercabut dari jiwanya.


Perkhabaran gembira itu juga turut di beritahu saudar di Malaysia. Doktor Noraini dan suaminya bersyukur akhirnya semuanya selamat dan hajatnya termakbul oleh Allah. Hasanah dan Mardiah menghatar SMS mengucapkan tahniah. Malam itu Zulaikha sangat gembira. Yusuf juga merasakan hal yang sama. Selesai sahaja akad nikah Yusuf mengajak Zulaikha pulang ke Hotel. Di kamar hotel Zulaikha menunaikan ibadahnya sebagai seorang isteri. Ibadah yang sudah lama ditunggu-tunggu bersama seorang suami. Di mata Yusuf, Zulaikha yang kelihatan cantik dengan Jilbab putihnya dan jauh lebih cantik rambutnya terurai. Hanya Yusuf seorang tahu betapa cantiknya Zulaikha seperti apa pada malam itu.


Mereka berdua saling mengagumi, saling mencintai, saling menghormati. Kebahagiaan Zulaikha malam itu menghapus semua derita yang dialaminya. Tasbih selalu mengiringi tarikan nafasnya. Zulaikha semakin yakin, bahawa Allah bersama-sama dengan orang-orang yang bersabar dan ihsan. Malam itu merupakan benar-benar malam kesaksian Zulaikha atas Tasbih, Tahmid dan Takbir Cinta yang didendangkan Allah 'Azza wa Jalla kepadanya. "subahaanallaah wal hamdulillaah, wa laailaahaillallaah wallaahu akbar"

Tamat


* sila tinggalkan komen diruang pesanan.