Rabu, 20 Oktober 2010

"Rapuhnya Titian Aku Ke Syurga"

gambar hiasan
Wah, tajuk macam tajuk drama slot Cerekarama tv3!! Tapi itulah kebenarnanya tentang diri aku. Aku sememangnya di lahirkan Islam. Dibesarkan dengan didikan sempurna oleh orang tua aku. Semasa kanak-kanak aku di ajar tentang, Apa itu dosa dan pahala? Apa itu halal dan haram? Apa itu solat? Apa itu puasa? Dan sebagainya. Perkara-perkara itu di ajar supaya aku menjadi islam sebenar, bukan islam hanya pada nama. 

Aku juga merupakan bekas pelajar SMA. Selama lima tahun aku menjadi pelajar sekolah agama, sememangnya sudah banyak pengetahuan agama yang dipelajari. Dengan apa ilmu yang diajar seharusnya cukup untuk aku membimbing diri sendiri. Tetapi sebaliknya terjadi pada diri aku.

Diri aku kini sudah jauh ketinggalan. Haruman Syurga tidak mungkin dapat aku menciumnya. Jurang Neraka semakin aku hampiri. Berkatanya sedemikian kerana diri aku banyak begitu banyak melakukan dosa. Terutamanya seringkali meninggalkan suruhanNya. Hanya mengipikan melakukan kemungkaran

gambar hiasan

Walaupun pesanan ibu aku tidak lengkang dari bibirnya untuk anaknya ini. “ Jangan tinggal solat”. Tapi pesanan itu aku buat tidak endah. Kecuali masalah menyinggah pada diri aku. Saat itulah aku mula mencariNya, memohon pertolongan dariNya.  

Masih adakah sinar cahaya untuk membantu aku keluar dari kegelapan itu?? Aku perlu berubah, selagi kaki mampu melangkah, selagi tangan mampu mengangkat, selagi lidah mampu berbicara dan selagi hati mempunyai rasa. Masa inilah aku harus berubah.

Kejarlah Akhirat kerana ke sana kita akan pergi. Dakaplah Dunia dan lepaskanlah bila tiba masanya nanti.



Doakan penghijrahan dalam diriku nanti……..

2 ulasan:

Inspektor Jeneral OCK berkata...

Akhi support blog aku dol..beginner neh,ape pon xreti gi.plis! huhu
http://shahrta-yen.blogspot.com/

Akhi Othman berkata...

ok2 xper berlajar perlahan2 mesti dapat punya!! nanti aku folow blog mu